
Elak Akar Cepat Busuk & Bunga Mudah Gugur, Begini Cara Penjagaan ORKID Musim Hujan!
Bunga orkid ialah sejenis bunga yang sangat popular dalam dekorasi rumah kerana bentuknya yang anggun, warna yang pelbagai dan tahan lama.
Ia sering dianggap sebagai simbol keanggunan, kecantikan, kekuatan dan cinta. Sebab itulah ramai pemilik rumah jadikan orkid sebagai tanaman hiasan bukan saja cantik dipandang, tapi juga ada nilai simbolik yang mendalam.
Namun demikian, pada musim hujan memang mencabar sikit untuk jaga orkid sebab cuaca lembap boleh buat akar cepat busuk dan bunga mudah gugur. Tapi jangan risau, ikut 7 tip mudah ini untuk pastikan orkid kekal sihat dan cantik walaupun pada musim hujan.
👉 Jika pokok orkid diletakkan di kawasan luar rumah yang tidak berbumbung dan kena air hujan, tidak perlu siram air lagi kerana media tanamannya sudah lembab.Cukup 2–3 kali seminggu, bergantung pada medium tanam. Kalau nampak media masih basah, tangguh dulu siraman.
👉Jika pokok diletakkan di kawasan yang berbumbung seperti rumah orkid, siram air hanya apabila perlu sahaja, jika media masih lembab, tak perlu siram. Siram air hanya pada akar dan media tanamannya sahaja, elakkan siram kena pada bunga.
👉 Pokok orkid yang diletakkan di kawasan luar rumah yang tidak berbumbung cenderung untuk kena hujan dan berisiko tinggi untuk diserang penyakit kulat. Sebagai langkah pencegahan serangan kulat, sembur pokok dengan cuka kayu atau racun kulat setiap kali selepas hujan.
👉Sebulan sekali, sembur fungisid organik atau yang ringan untuk cegah serangan kulat. Boleh juga guna air bawang putih sebagai alternatif semula jadi.
👉 Gunakan pasu khas orkid yang berlubang supaya apabila media tanamannya jadi lembab akibat hujan, angin boleh masuk melalui lubang-lubang pasu untuk mengeringkan media tanaman dengan lebih cepat. Pastikan saliran baik, media seperti arang, sabut kelapa atau kulit kayu sangat sesuai untuk bantu akar bernafas.
👉Musim hujan mudah jadi punca kulat dan reput. Periksa pokok selalu dan buang daun atau akar yang dah hitam/cacat untuk elak merebak ke bahagian lain.
👉 Seeloknya apabila musim hujan, lakukan penjarakkan dalam susun atur orkid, supaya media tanaman dan pokok orkid yang lembab akibat terkena hujan tadi boleh cepat kering dan risiko jangkitan kulat pun dapat dikurangkan.
👉Kalau hujan lebat berterusan, alihkan orkid ke bawah bumbung atau gunakan plastik lutsinar sebagai pelindung. Ini elak daun rosak dan bunga patah sebab hentakan hujan.
👉 Sebaiknya, dedahkan pokok orkid dengan cahaya matahari pagi setelah hujan berhenti, bagi mengeringkan pokok yang lembab akibat hujan.
IMPIANA: Jadi jika ada tanam pokok orkid di rumah, pada musim hujan pastikan ikut tip yang dikongsikan ini supaya ia kekal sihat dan cantik, akarnya tak rosak dan bunganya pun tak gugur.
Mesti Baca: Orkid Vandachostylis Sultanah Nur Diana Petra Didaftarkan, Sempena Nama Sultanah Kelantan
Baca Lagi Di Sini: Rahsia Pokok ORKID Berbunga & Tahan Lama, Kena Tahu Pantang Larang Ini!
Artikel Menarik: Ini Rahsia Orkid Di Laman Jadi Mabuk Bunga
Sumber: Faiz Kebun AB Goncang