Perlahan-lahan Kayuh, 2 Bulan Untuk Bina Dapur Kampung Ni Nampak Cantik

Share

Siapa kata dapur tak perlu di hias? Dapur, pentingnya seperti ruang tamu. Ada sesetengah wanita, bila dia dapat dapur yang cantik, kemas tersusun dan memberi keselesaan untuk melakukan tugas-tugas memasak tak perlu suruh dah memang 24 jam lah dia duduk dapur.


DAPUR cantik, baru semangat nak masak.


Seperti yang dilakukan oleh pasangan dari Sabah ini. Mereka memperuntukkan RM 10k untuk tujuan ubah suai dapur lama yang dulunya pembahagi dindingnya guna kayu menjadi lebih moden.

Kerja-kerja renovasi termasuklah menggantikan dinding kayu kepada batu, lantainya ditambah jubin, pasang siling, tempah kabinet dapur dan termasuklah mengecat. Keselurhan waktu diperuntukkan lebih kurang 2 bulan untuk menyempurnakan seluruh renovasi dapur.  Tapi kerja-kerja berat mereka telah gunakan kontraktor lah. Bukan buat sendiri. Kalau mampu dan berupaya buat sendiri, peruntukan RM 10K tue lagi boleh dijimatkan.

NAH… terhasilnya transformasi dapur yang nampak kompung tadi menjadi lebih ceria.

Sumber: Kelly Fred 

IKLAN