Siapa kata dapur tak perlu di hias? Dapur, pentingnya seperti ruang tamu. Ada sesetengah wanita, bila dia dapat dapur yang cantik, kemas tersusun dan memberi keselesaan untuk melakukan tugas-tugas memasak tak perlu suruh dah memang 24 jam lah dia duduk dapur.
DAPUR cantik, baru semangat nak masak.
Seperti yang dilakukan oleh pasangan dari Sabah ini. Mereka memperuntukkan RM 10k untuk tujuan ubah suai dapur lama yang dulunya pembahagi dindingnya guna kayu menjadi lebih moden.
Ads
Kerja-kerja renovasi termasuklah menggantikan dinding kayu kepada batu, lantainya ditambah jubin, pasang siling, tempah kabinet dapur dan termasuklah mengecat. Keselurhan waktu diperuntukkan lebih kurang 2 bulan untuk menyempurnakan seluruh renovasi dapur. Tapi kerja-kerja berat mereka telah gunakan kontraktor lah. Bukan buat sendiri. Kalau mampu dan berupaya buat sendiri, peruntukan RM 10K tue lagi boleh dijimatkan.
Ads
NAH… terhasilnya transformasi dapur yang nampak kompung tadi menjadi lebih ceria.
Ads
Sumber: Kelly Fred
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jangan lekas kaget. Kita lekas benar membuang sesuatu yang buruk atau termamah masa. Sedangkan nilai estetika yang ada pada aksesori atau perabot lama itu masih boleh diserlahkan. Namun kita faham bukan semua yang mempunyai mata tajam, mampu melihat melangkaui jasad aksesori atau item hias tersebut. Pun begitu kita usah lekas putus asa kerana ruang untuk melakukan kitar semula dan berbakti pada bumi dalam penuh gaya masih ada buat semua. Bukan meminta atau mengemis tetapi kita semua percaya itu tanggungjawab kita bersama.
Selalunya ritual kitar semua seumpama ini banyak kita lihat pada konsep seperti Loft, Kedesaan Inggeris. Retro , Vintage dan Minimalism. Tetapi bukan semua di antara kita yang melakukan kitar semula. Bukan tidak sudi tetapi tidak reti dimana lokasi yang paling tepat untuk diabadikan objek hias seumpama jendela lama yang menjadi ilham kepala katil , dinding , kamar mandi dan kawasan lain di kediaman. Malah kini pinggan dan mangkuk lama juga kini diguna pakai oleh ramai pengusaha makanan daripada dijadikan hiasan sahaja. Mungkin selepas ini akan ada ramai lagi pakar rekaan kitar semula untuk khalayak…
Selain daripada permukaan high gloss yang melambangkan kemewahan, kita perlu terbuka dengan permukaan seperti kusam, terkupas, matte , separa berkilau dan lain-lain. Jadi keindahan barangan lama itu juga boleh anda nilai dengan kesan usia yang dimamah masa. Persis barangan antik yang mana nilainya dilihat dari sudut berbeza. Semakin ia buruk atau tua semakin hebat nilai yang dilihat padanya.
Dinding kita boleh dijadikan kanvas untuk berkarya seperti panel lama dinding, ukiran kediaman lama, pintu lama, jendela rumah tradisi yang labuh sehingga ke lantai yang boleh ditukar menjadi pemidang. Benar benda lama bukan mahu mengemis untuk dipandang tetapi kehadirannya dalam fungsi lain memberi kira ruang sejenak untuk berfikir, batapa cantiknya ilham mereka yang kreatif.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Umpama sang maharani dengan barang kemasnya. Menggoda mata sejuta tetamu yang bertandang. Setiap kristal yang dipadankan dengan emas bergemerlapan. Menjadi kemegahan sepanjang zaman. Begitulah chandelier yang menjadi tarikan utama pada siling apatah lagi ruang. Terdapat dalam perlbagai saiz dn reka bentuk. Daripada emas ke perak, biasan cahaya yang terpantul melalui kristal menjadikan suasana kediaman begitu elegan dan luar biasa hebatnya. Umpama si penggoda yang duduk ayu di ruang tamu mu.
Perubahan chandelier daripada era ke era sememangnya cukup lama. Bayangkan daripada era belum wujudnya tenaga elektrik sehingga kini. Pereka sudah pasti banyak bermain dengan inspirasi persekitaran dan ilham memalui seni, fesyen, seni bina dan sebagainya. Mereka bentuk chandelier bersama kristalnya dan kerangka besi yang membentuk karakter lampu.
Jika dahulu kita kagum dengan chandelier yang bergayutan dengan kristal, aksesori emas. malah dengan rekaan bersaiz raksasa, labih mencecah lantai, daripada bulat sehingga yang bertingkat labuh. Pendek kata segala kemewahan yang ada itu mahu dipamerkan pada chandelier agar kekagumannya menjadi tumpuan di ruang utama. Jangan sampai tersalah letak. Ada chandelier boleh ditempatkan dit engah ruang utam, ada pula yang lebih sesuai ditempatkan di sudut tangga atau sudut khas untuk chandelier ini supaya ruang nampak lebih hidup
Dalam pada itu, anda juga perlu bijak memilih kerana kristal yang berkualiti sellalunya didatangkan dari Eropah seperti Sepanyol dan Itali. Kualiti yang luar biasa malah tahan lama zaman berzaman. Kini tuan rumah lebih bertuah. Rekaan lampu candalier lebih berani dan pelbagai. Daripada yang lebat dengan kristal kepada yang mempunyai elemen lain seperti pengaruh Sepanyol,Moden, Minimal, Amerika Latin dan penggunaan kristal juga dilihat sudah tidak keterlaluan. Kata orang ia juga nampak menepati selera tuan rumah muda dan tidak berlebihan. Jadi pilihlah rekaan yang terbaik untuk mu dan serasi pula dengan kediamanmu. Simple-simple aja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Berapa kerap kita berjumpa cermin bulat di ruang kediaman? Ramai yang lebih selesa memilih cermin empat segi kerana mudah di suai padan dan selamat. Tahukah anda cermin bulat sebenarnya lebih hebat nilai estetikanya kerana pembuatannya yang agak cerewet dan selalunya menjadi tumpuan pada ruang?
Ringkasnya ruang kita penuh dengan elemen empat segi. Dari sofa, permaidani, jendela, bingkai gambar dan beberapa objek lain. Jika ada bulat sekali pun di meja kopi utama, lampu gantung dan kipas. Namun itu sebenarnya sudah cukup memberi keseimbangan pada ruang untuk menyuntik elemen bentuk berbeza agar ruang tampil lebih menarik dan harmoni dari aspek konsep bentuk.
Malah cermin bulat ini mampu menarik perhatian pantas dan menjadikan tata hias anda lebih elegan. baik tidak berbingkai atau bergantungan dengan tali kulit atau jerami sebagai satu simbol objek yang mahal lagi eksklusif. Tidak hairan ia selalu ditempatkan di lobi mahu pun koridor hotel atau kapal persiaran.
Pun begitu apa yang lebih menarik ia tidak semestinya perlu diletakkan di tengah susunan. Sifatnya yang tepat bulat tanpa ada bucu mana-mana sudut membolehkan ia tetap cantik biar disusun off centre atau tambil bersahaja. Ada juga pereka menggantungkannya sepasang tetapi berlainan saiz sebagai kelainan yang menarik.
Biarlah apa pun saiznya ia tetapi tampil serasi dengan ruang dan mengundang nilai elegan seta cita rasa tinggi. Bukanlah bermakna cermin empat segi tidak menarik, tetapi hadirnya bentuk berbeza dalam ruang , memberi biasan berbeza. Nak dapatkan cermin bulat murah, cari sahaja di kedai barangan terpakai terutama yang menjual perabot terpakai dari hotel. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.