Laman

Doktor Ini Kongsi Rahsia Hasilkan Teh Pegaga Untuk Ringankan Penyakit Darah Tinggi

Share

Kajian demi kajian telah dilakukan oleh Dr Ghani dan dibukukan oleh beliau tentang bagaimana tumbuh-tumbuhan ini mampu mengatasi pelbagai masalah penyakit kronik seperti darah, tinggi dan juga diabetes. Malah menurut statistik, terdapat 30% daripada rakyat Malaysia yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi yang merupakan pembunuh senyap dan paling digeruni ia mampu membuatkan seseorang diserang strok secara tiba-tiba.

 

Cara-cara menghasilkan teh pegaga untuk penyakit darah tinggi

  1. Mula-mula ambil segenggam daun pegaga kampung termasuklah akarnya.
  2. Kemudian genggam kemas daun pegaga tersebut dan press dalam dua saat. Tekniknya ialah umpama mematahkan sebatang pensel.
  3. Kemudian masukkan dalam periuk tanah. Gunakan hanya periuk yang diperbuat daripada tanah liat kerana periuk ini mampu mereneh secara sekata. Dalam masa yang sama ia meyimpan khasiat daun pegaga tadi. Gunakan 2 liter air untuk segenggam daun pegaga.
  4. Biarkan daun pegaga tersebut di dalam periuk tanah untuk tempoh 30 minit sehingga 1 jam. Kemudian barulah memasak di atas dapur. Renehkan selama 20 minit.
  5. Setelah itu  pegaga tersebut sedia untuk diminum. Anda boleh meletakkan gula merah atau gula kabung sebagai pemanis. Elakkan menambah gula pasir sebagai pemanis.
  6. Minum pada waktu pagi dan malam.

Sumber: Dr Abdul Ghani Hussain MBChB(Cairo), Principal Consultant, Research in Tradisional Malay & Islamic Medicine. Email: dr.ghani53@herbwalk-consultancy.com

IKLAN