DIY Pasu Berkaki Hanya Guna 5 Barang, Sangat Mudah Dan Jimat! Mak-Mak Pun Boleh Buat

Share

Tanaman hiasan di kediaman, sama ada yang hidup mahupun yang artifisial berupaya untuk menaikkan mood di sesebuah ruang. Dengan kehadiran rona hijau di satu sudut, ia serta merta dapat menjadikan kediaman anda kelihatan segar dan nyaman.

Selain jenis tanaman yang sesuai, pasu yang digunakan juga perlulah menarik dan cantik agar sudut tampil lebih sempurna. Jadi buat anda yang gemar mengumpul tanaman hiasan di rumah, boleh jadikan idea DIY dari Suhaila Shaari

ini sebagai panduan.

Bekas tanaman yang pada mulanya nampak hambar, bertukar menjadi lebih rustik dan menarik hanya dengan beberapa langkah ini. Mari kit asemah bersama!

ALATAN YANG DIPERLUKAN;
1. Tali
2. Pasu/ Bekas plastik
3. Paip PVC atau kayu
4. Gam kuat
5. Gergaji kecil (untuk potong paip PVC)

LANGKAH-LANGKAHNYA;

  1. Ini rope tie dari Mr. DIY saya beli dengan harga RM2.10 sepeket. Saya beli 11 peket.

2. Pasu plastik dari kedai ECO.Tak kisah beli pasu jenis macam mana pun, ikut citarasa masing-masing.

3. Paip PVC ni dari kedai eco juga. Untuk buat bahagian kaki. Tapi sebenarnya lagi senang jika guna kayu silinder. Lebih kukuh. Ada dijual dekat hardware, murah je.

4. Gam kuat ni juga dibeli dari Mr.DIY

5. Bila dah cukup semua peralatan, boleh la mula melilit tali pada pasu. Letak gam pada pasu tu dahulu
6. Siap lilit tali pada pasu
7. Kemudian potong paip PVC ikut ketinggian yang sesuai
8. Lilit tali pada paip yang sudah dipotong tadi
9. Setelah selesai melilit, gam kan kaki pada tapak pasu. Pastikan gam kering dan stabil sebelum digunakan.
10. INILAH HASILNAY!
Selamat mencuba, semua!
IKLAN