Adakalanya, benda yang murah akan tampil cantik jika kena pada penataan nya. Seperti perkongsian puan Muniyati di laman sosial, dinding yang kosong dan kelihatan bosan perlukan sentuhan yang unik. Maka pencarian ilham melalui pinterest dilakukan.
Ilham asal panel kain ini memerlukan bingkai atau kotak untuk dilekatkan kain tersebut. Namun olahan jimat dan bijak puan muniyati hanya memperuntukkan RM 20 untuk mengindahkan dindingnya yang bosan. Yang paling penting pilihan corak bagi setiap panel harus sesuai supaya tidak kelihatan murah.
Bahan-bahan:
3 helai kain (lerang 45 dengan ukuran 1 meter setiap satu)
1 batang kayu 1 inci
Tali
Ads
Cara-cara:
1. Jahit biasa keliling kain dan buat poket untuk masukkan batang kayu 1 inci sebagai pemegang.
Ads
2. Potong batang kayu 1×1 inci tadi mengikut lebar kain
3. Masukkan batang kayu yang telah siap dipotong ke dalam poket pada kain yang telah disediakan
Ads
4. ikat tali pada batang kayu sebagai tempat gantung
Jika dulu, penggunaan perincian wainscoting hanya digunakan oleh kediaman orang kaya sahaja. Namun tidak sekarang. Dengan tawaran harga terbaik, ramai pemilik sanggup berhabis duit, janji rumah idaman dapat dimiliki. Sebenarnya anda tak perlu lantik kontraktor untuk pasang wainscoting ni. Sebab ia amat mudah untuk dipasang dan tidak memerlukan peralatan khas. Tambahan, barangnya mudah diprolehi. Nak tahu macam mana cara pasang wainscoting dengan mudah? Jom kita tengok tutorial yang telah disediakan oleh geng dekor norhana yusuf.
Assalamualaikum, Seperti yang saya janjikan untuk semua yang bertanya. Antara barang dan peralatan yang boleh digunakan (saya tulis “boleh digunakan” sebab ada 1 barag saya tak guna tapi dah siap beli & tak mahir pakai) dalam proses DIY wainscoting ni. kos saya agak murah sikit sebab saya tak perlu beli cat dinding tu lagi, pakai apa ada je.Gambar berus cat & simen putih atau filler tak ade dalam ni sebab dah buang.Filler gunanya untuk touch up bahagian hujung cantuman kayu yang kurang kemas atau ada ruang antara cantuman kayu sebelum kemaskan dengan cat.
1. Peralatan menukang yang boleh digunakan. Gam atau silicon tu saya dah terbeli dan pakai untuk kayu yang pertama saya lekat di dinding.Oleh kerana tak reti pakai, dinding jadi comot. Siap ada cat terkopek. Akhirnya saya pakai paku sahaja
2. Cat dinding ikut keperluan dan tema yang diimpikan
3. Cat kayu untuk dialis pada bingkai wainscoting
4. Paku kayu yang halus 2 inci digunakan untuk mengukuhkan kayu wainscoting
5.saiz kayu yang digunakan untuk buat wainscoting adalah seperti berikut
– CW0045N9 nyatoh timber strip.jenis tebal sikit. Harga RM10.35 sebatang tanpa GST
– CW0017N8 nyatoh timber strip.sebatang RM5.60 tanpa GST
Contoh potongan kayu. Kayu perlu dicat dan kering kan sebelum dipotong mahupun paku kat dinding. Selepas dipaku, wainscoting perlu di touch up dengan filler pada bagian cantuman berongga dan cat untuk menutup cela. Guna berus watercolor untuk tujuan touch up cat untuk nampak kemas.
Untuk bahagian pembahagi atau bolder,Double Kan sahaja kayu wainscoting
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Track tingkap dan sliding door biasanya akan mempunyai kesan kotoran habuk, tahi cicak dan bermacam kotoran. Sebabnya kita jarang membuka tingkap dan juga tidak mengelap bahagian tersebut. Ia kurang diberi perhatian kerana tumpuan kita lebih kepada membersihkan ruang yang besar. Akibatnya kotoran degil berkumpul dan jadi degil untuk ditanggalkan.
Impiana kongsikan video dari lovelygrtt tentang teknik mudah membersihkan track tingkap hanya 5 minit. Nasihat kami pakai lah sarung tangan dan juga gunakan kain yang lebih sesuai untuk proses mencuci.
Bahan-bahan
Soda bikarbonat dan hidrogen peroxide
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Profil projek:
Projek : Mini Vertikal Garden
Tahap projek : Terbuka
Tempoh Masa : 1 jam (tidak termasuk waktu pengeringan)
Kesukaran : ***
Kos: RM 25
Kesesuaian projek: Sesuai sebagai penyeri tembok pagar serta memaksimumkan ruang teres lot tengah
Bahan:
Tanaman hiasan
Palet terpakai
Cat kayu (berwarna putih)
Peralatan pertukangan
Pasu plastik
Pencakuk besi
Langkah-langkah:
Sediakan bahan-bahan diperlukan seperti tanaman hiasan, pasu plastik, palet terpakai dan cat putih.
Mula-mula cat dahulu palet kayu kerana ia mengambil sedikit masa untuk kering. Cat dengan sapuan tipis untuk kemasan unfinished look dan kemudian jemur di tempat terbuka. Pastikan projek ini dilakukan ketika cuaca baik bagi memudahkan cat ini kering dengan cepat.
Setelah itu pasu plastik perlu lah ditebuk terlebih dahulu menggunakan besi tajam. Besi ini dipanaskan dengan menggunakan api agar mudah untuk menembusi pasu plastik tersebut. Buat satu lubang pada pasu sebagai tempat untuk memasukkan pencakuk besi nanti.
Tanaman hiasan yang dibeli di nurseri bolehlah dipindahkan ke pasu plastik yang telah ditebuk tadi.
Kemudian dengan menggunakan drill lekatkan paku bersaiz bersesuaian ke dinding untuk dilekatkan palet kayu tadi. Pastikan saiznya mampu menahan beban palet kayu dan pasu tanaman.
Setelah selesai memaku, masukkan pencakuk besi ke dalam lubang yang ditebuk tadi.
Kini pasu tanaman anda sedia untuk digantung pada kayu palet yang telah digantung ke dinding.
Dinding anda yang kosong dan kelihatan hambar kini telah tersedia dengan hasil kreatif buatan sendiri. Sebuah mini vertikal garden yang begitu menarik. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!