Bukan semua material fabrik sesuai dijadikan sebagai langsir dapur. Jenis fabrik yang mudah memerangkap minyak dan habuk perlu kerap dicuci untuk memastikan ia sentiasa bersih, Faham-faham je lah, kalau dah kerap dicuci fabrik mudah reput. Pakai fabrik mahal macam mana pun tak dapat elak masalah ini kalau fabrik yang digunakan tidak bersesuaian.
Namun perkongsian oleh Sherry Al Edruce melalui Facebook. Wanita ini berjaya menghasilkan langsir dapur dengan menggunakan tuala dapur yang dibelinya dari kedai eco pada harga RM 2.12 sekeping. untuk buat langsir dapur yang ada 2 keping daun tingkap, hanya 4 keping tuala diperlukan. Jadi, keseluruhan bajet yang digunakan tak sampai RM 10.00 pun.
1. Jahit jelujur dengan dengan tangan untuk cantumkan 4 keping tuala tadi. Kalau ada mesin lebih bagus
Ads
2. Seleaps cantumkan ke empat-empat langsir tadi, lepat sedikit di bahagian atas dan dijahit untuk membentuk poket rod langsir nanti
Ads
Dah siap, boleh lah gantung
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Yang duduk rumah bersaiz kompak, Penyediaan ruang simpanan sangat kritikal. Selagi ada dinding yang kosong, sebolehnya nak digunakan sabagai tempat simpanan. Kalau rumah sendiri tak apa. Boleh tebuk dinding untuk buat kabinet dinding atau rak terbuka.
Tapi yang menyewa, memang terang-terang pemilik tak bagi paku atau tebuk dinding melaikan dibernarkan. Tapi, Mohd Hafizallah Ariffin ada idea lebih bijak bina tingkat untuk ruang simpanan atas mesin basuh tanpa perlu tebuk dinding dengan hanya menggunakan paip PVC
Senarai barang yang digunakan ialah :
1. Penyambung ‘L’ pipe pvc – RM 0.47 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(2 biji x 0.47 = RM 0.94) 2. Penyambung ‘T’ pipe pvc – rm0.66 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(12 biji x 0.66 = RM 7.92) 3. Siku ‘L’ besi – RM 2.00 sepeket(beli di ledai eco) 4. Papan – RM 8.00(kalau tak silap) sepapan(beli di ikea)
(2 papan × 8.00 = RM 16.00) 5. Batang pipe pvc – RM 1.51 sebatang(beli di kedai mr.d.i.y)
(8 batang × 1.51 = RM 12.08)
Papan itu boleh cari tempat lain kalau ade tempat yang lagi murah dan kualiti yang baik….
Siku ‘L’ saya lekatkan dengan skru di penyambung pvc untuk lebih kukuh dan berkeyakinan.
Sambungan yang lain mesti guna gam untuk pvc punye bile semua ukuran da cantik dan memenuhi citarasa.
Sekian Terima Kasih, Selamat Mencuba
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kecoh dengan rumah RM 150K di jual pada harga runtuh iaitu RM 50K. Tapi impiana lebih suka rumah yang brother ni buat. Tak menggunakan modal sesen pun. Jejaka Australia ini gemar mengkaji dan mencuba sendiri cara hidup zaman primitif. Dari perkakasan yang digunakan harian seperti pisau, kapak, mangkuk dan sebagainya dibuat sendiri dari bahan-bahan yang banyak terdapat di persekitarannya.
Yang paling kagum, Rumah yang dibina menggunakan tanah liat dan kayu. Bagi sesiapa yang ada pasang niat nak bina rumah pondok, atau nak belajar kemahiran diri, boleh ikut cara-cara atau DIY kediaman yang telah disediakan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernahkah anda mendengar kes mozek lantai rumah ‘meletup’? Atau dalam kata lain, keadaan di mana mozek lantai tercungkil keluar. Kebiasaannya fenomena ini terjadi selepas beberapa tahun rumah siap dan lebih kerap berlaku jika menggunakan mozek yang bersaiz besar.
Terdapat beberapa sebab kepada fenomena ini antaranya :
1. Tanah di tapak rumah mendap.
2. Tidak menggunakan besi BRC pada tapak lantai.
3. Pemasangan mozek yang tidak mengikut spesifikasi.
4. Kesukaran pemasangan konkrit sekata pada semua bahagian mozek terutama untuk mozek bersaiz besar menyebabkan terdapat poket udara yang boleh mengembang.
Ini Cara Penyelesaian!
Cara untuk memperbaikinya adalah membongkar papan jubin yang telah dipasang. Selepas itu, bersihkan permukaan dasar lantai dari kotoran yang melekat dan biarkan hingga dasar lantai kering. Pasanglah jubin yang baru dengan pelekat yang elastic. Salah satunya adalah pelekat dengan bahan polyurethane.
Agar tidak berlaku lagi, pasanglah joint sealent setebal 2cm pada permukaan jubin dengan dinding.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.