DIY Accent Wall Warna Biru Laut, Terus Berubah Aura Ruang Tamu Kediaman

Share

DIY accent wall warna biru laut, terus berubah aura ruang tamu kediaman. Dinding rumah yang kosong akan nampak berseri apabila diberikan sedikit sentuhan magis oleh pemilik kediaman sendiri.

Mungkin anda masih belum ada idea untuk menghias dinding rumah anda? Jom kita cuba DIY accent wall yang bertemakan warna Ocean Blue atau biru laut. Memang terus dinding jadi titik tumpu pandangan mata.

Berikut perkongsian Hanan Aana

Bahan-bahan yng dperlukan untuk DIY acent wall:

Jenis kayu: Kayu siling atau kayu spin
Keluasan dinding: 7 meter persegi
Panjang kayu: Depend on kedai ( yang kami punya 8 kaki)
Dimension kayu: 1 inci ataupun setengah Inci
Mana nak beli kayu: Kedai Hardware
Pembelian perkakasan digunakan: MR DIY
Total kos: RM210

Jenis cat: un Majestic Matte (statement Blue)
Code cat: 4863
Undercoat: Jotun Plus

Langkah untuk melakukan DIY accent wall dengan cara mudah:

  1. Buat lakaran design. Ketika ini tukar skala dinding untuk tahu secara tepat berapa batang kayu perlu beli. Kayu sebatang dalam 8 kaki.

2. Proses lakaran dimulakan.

3.Proses melekatkan kayu pada dinding.

 

4. Wood filling! Proses ini ambil masa 3 hari juga. Setiap jarak, lubang kayu, bekas paku semua kena fill. Itu belum kira lagi jarak antara dinding dan kayu yang tak rapat. Semua itu perlu diambil kira.

5. Proses sanding lepas sudah wood filling. Yang ini pun mencabar. Sebab lepas sudah sanding, tiba-tiba baru perasan masih ada lagi lubang dan gap.

6. Proses UNDERCOAT sedang dilakukan.

Tip:
1) Beli undercoat yang boleh guna untuk kayu dan dinding.
2) Beli berus dengan saiz yang berbeza. Sebab celah-celah kayu itu semua tak lepas kalau guna berus besar.

 

7. Ini adalah ketika proses mengecat.

8. Selesai layer pertama mengecat.

Tip: Jangan terus double code cat. Tunggu kering dan tunggu semua tidak rataan tu muncul. Ni gambar selepas 1 hari. So nampak tak undercoat cat asal tu timbul. Memang tak rata tapi bersabar sekejap. Lepas 2 3 hari kita cat semula.

9. Ini hasil selepas satu jam doublecoat cat. Siap juga akhirnya DIY accent wall yang dilakukan ini.

 

Sumber: Hanan Aana

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN