Hitam, kini menjadi salah satu pilihan warna yang digemari ramai. Boleh dikatakan, ramai yang menyukai dengan warna selamat. Ini kerana, warna hitam boleh diletakkan di mana-mana sahaja, termasuklah dengan sentuhan hiasan rumah. The Edge ini, disarati warna hitam yang menjadikan rumah ini menjadi menarik. Dari segi dindingnya hinggalah ke sofanya, boleh dikatakan semuanya warna gelap. Akan tetapi, warna gelap diletakkan, tidaklah semuanya hitam sejenis. Ada yang hitamnya cerah, hitamnya gelap gelita dan juga hitam sederhana. Warna putih juga ada walaupun sedikit demi tidak menampakkan kebosanan dalam rumah ini. Didalam rumah ini, juga ada dipasang lampu-lampu di atas seperti lampu studio atau lampu spotlight yang lagi mengeluarkan cahaya yang kecil untuk menampakkan kemewahan dan kecantikkan rumah ini dengan warna hitam.
Ads
Demi mengelakkan dari dihalang oleh bentuk sudut pelik ruang, rumah ini menggunakannya sebagai kanvas kosong untuk bereksperimen dengan bentuk dinamik, yang membantu mereka membuat penghuni berasa selesa. Untuk mengimbangi ruang antara Ruang Legar pendek dan Ruang Tamu, dinding TV telah dibelah dengan betul. Untuk menjadikan kabinet TV kelihatan lebih kecil, jubin besar seperti batu diletakkan di dinding, dan kabinet tegak minimalis dengan laci terletak di atas lantai. Di dapur, ia memilih untuk mendedahkan dan menyepadukan kedua-dua dapur dan ruang makan melalui bukaan percikan belakang, membenarkan cahaya semula jadi masuk dan mencipta pantulan cermin pada singki dan ketuk.
Tidak lupa juga pada ruangan bilik tidur yang kelihatan begitu megah dan mewah dengan kecantikkan warna hitam yang bermacam-macam corak. Pembentukkan yang seperti pulau itu dicipta dengan niat untuk menyambut dan bercakap. Batang keluli hitam langsing menyokong jisim bahagian atas, memberikannya rupa terapung. Falsafah reka bentuk dibawa ke dalam Bilik Tidur Utama, yang direka untuk berasa seperti tempat persembunyian dari seluruh rumah. Nada kelabu yang diletakkan di atas lantai kayu pepejal semula jadi mewujudkan suasana santai untuk tidur.
Ads
Jadi, secara konklusinya, rumah ini amatlah menarik dan ia memang direka cipta bentuk-bentuk dan warna hanya untuk kesemua peminat atau penggemar warna hitam.
Rela korbankan bilik, untuk dapatkan ruang dapur yang luas. Inilah cita-cita setiap wanita. Ruang dapur yang luas adalah satu kepuasan. Mengenali wanita jelita ini lebih dari 13 tahun yang lalu, membuatkan tidak pernah jemu mendengar inspirasi pereka hiasan dalaman ini. Memiliki sebuah syarikat ID iaitu VSQ Interiors memberi peluang untuk dirinya berkarya untuk kediaman pelanggan yang semestinya berpuas hati dengan hasil kerja beliau.
Shini Raman,45 tahun yang menetap lebih 9 tahun di salah sebuah Kondominium di Pantai Hill Park, Bangsar ini telah menawan hati sesiapa sahaja yang datang kekediamannya. ” Tiga kali dah I buat renovation dekat dalam rumah ni, last I buat masa second PKP baru-baru ni”, kata Shini.
Ruang dapur terbuka impian Shini kini menjadi realiti.
Open, Modern & Luxury konsep menjadi pilihan utama Shini dalam kediaman milik beliau dan suami. Baginya ia lebih sukakan konsep yang terbuka dan kurang pembahagi di dalam rumah. Ini kerana beliau selalu menjemput sahabat handai untuk datang ke rumah. Baginya keluasan dan kebebasan untuk menjemput tetamu yang lebih dari 15 orang ini memerlukan ruang yang luas dan selesa untuk rakan-rakan selesa dalam satu masa yang sama.
Asal kediaman ini mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. Apa yang Shini lakukan untuk memiliki keluasan dapur yang luas dan selesa ini ialah dengan mengorbankan satu bilik tidur. Kini hanya dua bilik tidur sahaja yang dikekalkan bersama satu tandas yang dijadikan sebagai tandas untuk tetamu dan juga bilik tetamu.
Menariknya pelan lantai kediaman Shini apabila siap renovasi ini ialah ruang tamu dan dapur kering beliau serta ruang patio yang cukup luas dan selesa ini nampak seakan sekata dan selari dalam elemen dekorasi. Pemilihan set perabot yang minimal membuatkan setiap ruang mempunyai keselesaan yang tersendiri.
Sistem pengudaraan yang bebas dalam ruang kediaman ini membuatkan asyik dibuai deruan angin sepoi-sepoi bahasa tak kala berada di dalam ruang tamu, patio mahupun di kabinet pulau yang dibina oleh Shini ini.
Perasan tak? Bila kita menggunakan kipas siling di rumah, mesti kita akan rasa panas jugak. Seolah-olah kipas tu tak dibuka pun. Tapi, level kelajuan kipas tu dah maksimum. Mula lah kita hairan, kenapa jadi macam itu. Rupa-rupanya, bila kita periksa kipas tersebut, penuh dengan habuk dan debu yang tebal. Sebab apa boleh jadi ada banyak habuk dan debu tebal? Mungkin tiada masa untuk cuci atau malas nak cuci. Jadi, anda jangan risau. Kini, saya akan menunjukkan satu cara untuk cuci yang mampu membersihkan kipas siling itu, sebersih-bersihnya seperti baru beli.
Cara yang akan saya terangkan ini adalah cara cuci yang dapat membersihkan kipas tanpa menyebabkan lantai kotor dengan habuk dan debu. Langkah pertama adalah, ambil sarung bantal yang tidak digunakan dan sediakan satu botol semburan yang mengandungi cuka. Untuk membuat semburan cuka tersebut, anda perlulah bancuhkan 2 sudu besar cuka dengan sedikit air di dalamnya dan masukkan ke dalam botol semburan. Jika tidak ada cuka, boleh juga menggunakan sabun pencuci yang lain. Baik mari kita sambung. Selepas sudah siap semburan cuka, ambil semburan tersebut dan semburkan di keseluruan sarung bantal.
Selepas sudah semburkan di sarung bantal, ambil sarung bantal itu dan tutup setiap bilah kipas siling di rumah anda. Apabila dah sarung, waktu ini lah anda kesatkan habuk-habuk di bilah kipas tersebut dan lakukannya berulang kali sehingga anda berpuas hati. Dengan cara ini, dapat mengelakkan habuk-habuk dari kipas itu, jatuh ke lantai.
Jadi, bagaimana? Adakah anda berpuas hati dengan cara ini? Boleh kongsikan kepada rakan-rakan anda tentang tips mudah ini.
Bila bercakap soal menghias kamar anak-anak, kita bagaikan rambang mata untuk menyediakan ruang terbaik untuk si kecil. Namun adakala dalam keadaan kelam kabut kita terlupa satu dua perkara yang dianggap remeh tetapi sangat penting. IMPIANA berkongsi tip yang mungkin boleh ditambah dalam skill anda menghias kamar anak anda. Persediaan yang rapi menjaminkan hasil yang bermutu dan amali.
1.Pastikan anda memilih perabot yang dijamin tahan dengan aktiviti anak-anak. Jangan hanya harganya yang begitu murah, anda mempertaruhkan keselamatan anak anda terutama bagi yang memilih katil bertingkat.
2. Pastikan struktur dan material yang dipilih cukup utuh terutama pada bahagian yang menyokong tilam.
3.Jangan lupa elemen bunyi yang menceriakan ruang kamar kanak-kanak. Gantungan kreatif yang berloceng misalnya mampu menghiburkan anak-anak . Malah juga merangsang deria si manja agar lebih peka. Anda sendiri boleh menyediakan gantungan kreatif ini. Jangan lupa selak ruangan DIY.
4.Elemen kraf perlbagai warna dan melukis sememangnya cukup bagus untuk perkembangan kreativiti kanak-kanak. Gantungkan ia di sekitar dinding kamar dengan kreatif dan tampil riang. Paling tidak anak-anak akan menghargai seni yang dilakukan sendiri.
5. Kabinet tertutup perlu dikurangkan bagi mengalakkan kemalangan jari tersepit atau pun terluka. Ia juga boleh dijadikan tempat persembunyian si manja dan sememangnya sangat biasa.
6.Mahukan lampu hiasan? Cukup dengan lampu dinding yang kini didatangkan dengan pelbagai rekaan menarik. Elakkan memilih lampu lantai atau meja bagi ruang kanak-kanak kerana ia agak bahaya dan mengganggu pergerakan kanak-kanak.
7.Elakkan membeli perabot yang berbucu tajam. Sebaliknya carilah perabot yang mempunyai bucu separuh bulat dan cuba ke kedai perabot khusus untuk perabot kanak-kanak.
8. Pilihlah fabrik organik . Fabrik yang tidak panas dan mudah dicuci serta selesa. Fabrik kapas merupakan pilihan terbaik dengan pelbagai kualiti yang ada.
9. Kepada anda yang menetap di tengah bandar, tidak salah menyediakan penyegar udara bagi memberi udara yang berkualiti di sekitar kamar untuk keselesaan si manja.
10. Pastikan juga suiz lampu semua di tutup dan di bawah pengawasan penjaga mereka. Ini penting bagi mengelakkan kemalangan domestik.
11.Terdapat lampu dinding untuk kamar kanak-kanak yang tidak terlalu terang dan sesuai untuk mata.
12.Jika membina kabinet bina dalam untuk penstoran barang-barang si manja, seeloknya pilihlah kabinet terbuka. Terutama untuk menyimpan permainan bagi merangsang si manja bermain dengan permainannya dan mudah pula di simpan balik. Ia nampak ringkas tetapi dengan cara ini kita mampu merangsang rasa girang dan mendisiplinkan mereka dengan berkesan.
13. Kini warna klise seperti biru dan merah jambu dilihat sudah ketinggalan zaman. Pilihlah tema warna neutral sama ada warm neutral seperti warna-warna perang kayu atau cool neutral seperti warna kelabu kebiruan air batu. Kemusian serikan ruang dengan warna ketiga dari kemasan lembut anda.
14.Jika memilih permaidani, pilihlah permaidani bulu pendek yang boleh dibersihkan dengan mudah 3 kali seminggu.
15.Siling yang ringkas dan mudah pula dibersihkan. Jika memilih tema klasik, elakkan membeli jenis siling plaster yang berkeluk-keluk dan menyusahkan anda untuk membersihnya.
16.Pastikan anda menggunakan jenis cat yang mesra kanak-kanak. Kini di pasaran terdapat jenis cat yang mudah dibersihkan dan anti bakteria. Jadi selain kertas dinding, anda boleh kembali memilih cat bagi perancangan jangka masa jauh.
17.Pastikan anda menggunakan kemasan lantai yang tidak sejuk seperti jubin dan marmar. Sebaliknya lantai kayu atau vinyl lebih selesa malah menarik bagi sebuah kamar kanak-kanak
18.Elakkan binatang peliharaan memasuki kamar anak anda. Pastikan juga lantai dan peralatan lain, dibersihkan sekerap mungkin dengan pembasmi kuman. Ini bagi mengelakkan alahan, jangkitan dan lain-lain masalah kesihatan berlaku. Awas, segala kelengkapan dan bahan kimia ini, perlulah anda simpan di tempat yang sewajarnya dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
19. Elakkan membeli perabot bayi berusia di bawah 5 tahun. Jika anda mempunyai bajet kecil. Terus cari perabot yang mampu menampung anak anda sehingga ke peringkat sekolah rendah. Anda hanya perlu menukar tilamnya setiap lima tahun. Jika merancang mempunyai zuriat lagi, beli sahaja katil dua atau tiga tingkat.
20.Jika kamar andanya tidak seluas mana, rancang penstoran maksimum untuk si manja. Dalam hidupnya, mereka akan menempuh pelbagai fasa dan setiap fasa memerlukan kelengkapan yang berbeza. Jadi pastikan anda tidak menyimpan baju-baju lama yang tidak boleh dipakai lagi. Ibu bapa adakala sayang untuk membuang atau memberikan pakaian kepada yang memerlukan. Jangan sempitkan ruang dengan benda yang tidak digunakan lagi.
21. Jangan lupa menggunakan penyendal pintu bagi mengelakkan kemalangan domestik. Apatah lagi jika kediaman anda di kondominium tinggi yang selalunya angin bertiup agak kencang pada satu-satu masa. Kealpaan kita boleh membuat anak –anak terhantuk pada pintu atau tersepit. Jangan bimbang kini di pasaran terdapat pelbagai penyendal pintu menarik bagi selaraskan dengan tata hias kediaman anda.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!