Tingkap nako kebiasaannya mudah dijumpai di kediaman yang telah berusia binaanya. Sekarang ini reka bentuk rumah sudah semakin moden dan tidak lagi menggunakan tingkap nako. Paling tidak sliding window. Tapi kalau anda perasan, bagi pembangunan yang berkonsepkan industri dan minimalis, tingkap nako ini telah diguna pakai semula. Jadi bagi anda yang kediamannya menggunakan tingkap nako, jangan sedih. Ia masih ada nilai yang tersendiri.
Seperti yang dikongsikan oleh Pn Suhana Mat Rasau. Tidak peduli andai ada orang cakap tingkap nako sudah tidak trend, tapi idea yang diolah dapat memberi nafas baru kepada tingkap kediamannya. Malah kini menjadi trend pula. Apa yang dilakukan oleh Pn. Suhana bukanlah sesuatu yang rumit dan menelan belanja yang banyak, cukup sekadar lekatkan mirror sticker pada setiap bilah tingkap.
Nak tahu cara pasang mirror sticker pada tingkap nako? anda perlu ikut 6 langkah mudah dan cepat ini
Bahan-bahan:
1 gulung Mirror sticker (saiz 90cmx2cm @RM23.50)
Air bercampur sabun
Gunting atau pisau
Pen marker
Ads
Cara-cara:
1. Keluarkan cermin dari bingkainya dan cuci bersih. Masa ini lah akak excersice, mana yang tidak pernah cuci tu boleh la bawak-bawak dicuci ye.
2. Dah kering betul, letak cermin atas gulungan mirror sticker. Ambil marker pen dan lukis ikut bentuk cermin. Kepingan mirror sticker yang sudah siap dilukis tadi dijadikan sukatan untuk memudahkan ketika proses memotong bilah lain nanti
Ads
– Potong mirror sticker ikut panjang dan lebar yang telah di tanda
3. Basahkan cermin dengan air yang bercampur sabun sikit.
4. Buka kepingan plastik dari mirror sticker yang telah dipotong. Plastik lapik ini sangat nipis kena betul-betul tengok untuk kopek tu
Ads
5.Tampal pada cermin yang permukaannya licin dan rata. bukan yang bertekstur tau dan ratakan elok-elok. Gunakan kain untuk tolak mirror sticker dari tengah ke tepi di samping hilangkan gelembung udara (air bubble)
6. Cermin yang telah siap dipasang mirror sticker letakkan kembali dibingkai tingkap
Ini gambar bahagian dalam dan luar tingkap setelah dipasang mirror sticker. Mudah sahaja nak pasang tambahan pula kos murah dan tak makan masa yang lama pun.
Sumber: Pn Suhana Mat Rasau.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak buat kitchen Island dan kitchen kabinet, bukan nya murah. Kebiasaanya kontraktor akan ambil upah RM 3-4K. Sebenarnya ada cara lebih mudah, murah dan cepat yang boleh anda lakukan sendiri.
Pakar dekorasi terkenal Puan Anis Syuhada berkongsi cara dan barang-barang yang diperlukan untuk membina sendiri sebuah Counter Island atau mini bar menggunakan rak buku dari IKEA
Atas permintaan ramai anis nak dengan anda semua cara mix n match barang ikea dengan kos bajet mampu milik untuk kita semua buat mini bar sendiri anis sertakan barang-barang yang digunakan. Boleh cari dekat ikea Fleksible boleh alih2 kemana sahaja
Barang-barang IKEA :
Kallax RM299.00
Drona (kotak hitam 4pcs) RM14.90 each
Capita (kaki kite guna 6 kaki ) RM35.00/box
Linnmon 150×75 RM99.00
Bar Stool Stig 63 cm RM39.00
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setelah bermacam-macam cara dan petua hapuskan lipas yang dilakukan, pemuda ini mendapat tip paling berkesan dari neneknya sendiri!
Hanya dengan menggunakan TIGA bahan dapur yang boleh didapati di kedai runcit, Muhammad Ridhwan Abdul Rashid telah berjaya menangkap lebih 30 ekor lipas dengan percubaan pertama.
Bahan Yang Di Perlukan :
Minyak masak terpakai
Susu Pekat
Marjerin
Campurkan ketiga-tiga bahan tadi dalam satu bekas dan letak di dalam kereta. Biar semalaman dan bersedia untuk lihat keberkesanan petua nenek! Keesokan hari mesti anda boleh lihat berpuluh-puluh lipas yang telah mati terapung dalam bekas tersebut.
Sumber : Facebook
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.