
Tiada yang salah mahupun betul dalam mendekor kediaman. Bagi setengah orang, tak suka gaya dekor yang anda persembahkan namun ada juga yang tetap mumuji. Sebenarnya dalam mendekor ni sangat subjektif. Tapi yang paling penting adalah perancangan yang rapi. Kalau tak, beli lah mahal macam mana pun perabot dan aksesori, tetap nampak semak dan kurang sepadan. Seabb itu, ramai yang nak kan rumah cantik akan melantik perunding dan kontraktor untuk menzahirkan dekorasi kediaman yang diimpikan. Adakalanya memang sangat mudah untuk dilihat sama ada kediaman ini mendapat sentuhan pereka atau pun tidak.
Namun, melihat kediman milik Nur Ilham Rofi dan suaminya yang terletak di Semenyih bagaikan hasil seorang yang profesional. Kediaman yang berukuran 16×65 kaki ini menjadi impian Puan Ilham dari bangku sekolah lagi. Mendapat sokongan dan bantuan daripada suami, setiap inci kediaman dirancang sebaik mungkin untuk memastikan impianya dapat dizahirkan. Pasangan ini membanting keringat menyiapkan keseluruhan dekor kediaman ini dalam tempoh 2-3 minggu.
Alhamdulillah suami saya sangat banyak membantu especially part wainscoting kami DIY sendiri. Dia juga minat untuk dekor dan mencantikkan kediaman kami. Tanpa bantuan beliau tak dapat saya menyiapkan seorang diri
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Tip Pilih Langsir Betul Kalau Tak Nak Rugi Masa Buat Tempahan

Langsir adalah pelengkap hiasan rumah. Memanglah bukan perkara no.1 dalam carta membeli barangan hiasan dalaman rumah. Tapi, langsir tetap penting kasi ruang nampak elok. Salah beli, ruang jadi buruk. Siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka….
Jom kita elak jangan kasi rugi bila beli langsir.
1. UKUR LABUH KE SENTENG.
Bila beli langsir, ukur betul-betul. Rekaan terbaik adalah labuhnya cukup-cukup di atas permukaan lantai. Jangan sampai menyapu lantai atau senteng . Elakkan juga memilih langsir cukup-cukup sampai frame tingkap macam mini skirt. Silap gaya orang cakap kita pakai langsir pinjam pulak.
2. PEMILIHAN WARNA TERANG – GELAP
Kalau rumah kecil, pilih warna yang senada dengan dinding. Tak pernah nak dramatik sangat sebab nanti ruang nampak sempit, pandangan mata pun nampak ‘semak’. Jika pakai warna warm newtral macam coklat,krim, light brown, jangan pilih warna cool newtral macam biru muda, kelabu samar atau turquoise muda. Itu sudah bercanggah. Hadirnya langsir untuk memberi ruang nampak harmoni dengan perabot.
3. RASA KETEBALAN TEKSTIL
Kita kena pastikan ruang kediaman kita cukup cahaya matahari atau tidak. Jika dah kena block dengan unit lain atau rumah lain,confirm rumah kita akan suram walaupun tengahari. Jadi langsir yang lebih nipis lebih sesuai. Paling tidak langsir renda. Ia, mampu benarkan cahaya matahari masuk. Cantik pun cantik. Ada yang murah lak tu…. Kalau pilih fabrik tebal, memang glamor. Tapi gelaplah rumah anda di siang hari. Nanti jiran ingat anti sosial pula. Langsir Black Out boleh digunakan tetapi untuk malam atau ketika kita tiada di rumah.
4. KENALI PENGGANTUNG LANGSIR
Jangan main hentam je beli. Bukan semua langsir sesuai untuk semua konsep. Jangan beli penggantung ala country tapi pakai untuk moden atau klasik. Jadi pastikan anda memilih penggantung yang betul malah detailing lipatan yang sesuai. Jika ragu-ragu, tanya pada pakar langsir. Bukan semua jahitan atas langsir sesuai untuk semua penggantung. Besi, kayu, hitam, emas, perak, polos, berkerawang, semua itu akan memberi impak kepada ruang anda. Jangan nampak aneh pula nanti bila langsir digantung ya! Duit habis, langsir buruk….aduh sakit hatikan…
5. SUAI PADAN CORAK
Wow! kita paling keliru bab yang ini. Ingat adakah kita ingin langsir menyerlah dari yang lain atau sebagai satu elemen menyokong konsep asal atau perabot yang ada? Pilih 1! Ini selalunya langsir, sofa, permaidani, kertas dinding semuanya mempunyai corak yang bold dan bertelagah di dalam satu ruang. Hasilnya…..yang mana satu nak kita lihat? Boleh juling dan stress dibuatnya! Jadi jika sofa atau kertas dindingnya sudah ada corak ‘over’, langsirnya biar polos aja atau corak yang lebih samar-samar. Begitu juga sebaliknya. Jadi ada keseimbangan.
6. PASTIKAN REKAAN BERPADANAN
Ukur tubuh pada badan sendiri, ukur langsir pada jendela sendiri! Sesuai atau tidak rekaan sarat umpama istana itu untuk hanya menghiasi jendela kediaman apartmen atau pangsapuri? Rekaan dramatik selalunya cantik untuk jendela besar dan tinggi sekitar 8 – 10 kaki. Andai rumahnya besar, perabot klasik nya dempak, ruangnya luas , silakan! Tetapi jika rumahnya kecil, ia nampak bantut dan berat. Pilih yang simple dan amali malah lebih murah. Masih ada jalan lain untuk nampak rumah kita cantik!
7. ILUSI LEBAR DAN PENDEK
Ini bukan ukuran badan. Tetapi ada rumah jendelanya sepasang di tengah dinding sekitar lebar 8′. Selalunya terdapat di kamar kedua unit apartmen atau kondo. Jangan biarkan ruang nampak biasa, kasi grand. Penuhkan dinding kecil itu dengan langsir polos dan bahagian jendela dihias lapisan sheer curtain atau bidai jika mahukan kelainan. Jadi teknik simple macam nilah yang boleh kasi ruang biasa nampak grand tanpa bercorak sarat. Murah tapi molek…..
8. SEDIAKAN PILIHAN KEDUA
Jangan rambang mata tengok kat kedai itu cantik beli. Ini cantik beli. Langsir tussel dulu pernah jadi trend beli sudahnya habis kucing main terlilit sana -sini. Mana yang suka nampak klasik mampan tu, boleh memilih pilihan kedua bagi menyelamatkan keadaan. Bidai roman boleh menjadi pengganti langsir klasik berswag, jurai bagai. Pilih corak klasik warna samar, atau yang bersulam mewah atau fabrik berkualiti dan automatik jendela nampak mahal sebab rekaannya bidai roman memang molek….
9. JANGAN GIGIH MENIRU
Lokasi dan gaya hidup keluarga kita berbeza. Jangan lekas terbeli jiwa hanya melihat rumah orang lain rekaan langsirnya begitu ‘wow’. Apatah lagi di dalam drama , iklan segala bagai. Tanya sama diri kita, rajinkah kita menggantung yang begitu berat dan berlapis-lapis? Adakah kita punya pembantu atau masa untuk membersihkan langsir berkain tebal itu? Adakah kita pun bajet untuk membeli atau menempah langsir mewah setiap 3 – 6 bulan? Jika semuanya…. ya, teruskan usaha anda. Namun jika tidak, ayuh kita cari alternatif yang lebih best untuk diri kita.
10. TERSEKAT PADA SATU ILHAM
Adakala kita ni degil atau kurang yakin. Apakah fabrik seumpama ini sesuai untuk kita? Cantik atau buruk rumah kita nanti? Pada kita corak itu jelah yang sesuai, atau fabrik itu jelah yang layak untuk kita. Jika anda mempunyai cita rasa moden klasik namun rumahnya tidaklah semegah kediaman agam, kita boleh mencuba memasang pelmet kecil dan disudahkan dengan fabrik polos rona pastel. Jangan kerana ia berkonsep mewah atau dramatik, kita perlu memilih warna seterang-terang lahar gunung berapi. Itu tidak benar . Less is more!
Bila dah beli langsir, kerja-kerja mencuci pun dah jadi satu hal. Silap cuci, langsir anda kelihatan lama dan buruk. Nak elak maslah ni, anda perlu lakukan 10 perkara ni.
Amal 10 Tip Ini Agar Langsir Sentiasa Nampak Baru Dan Tahan Lama [klik sini]
Atau anda boleh tengok Teknik Betul Membasuh Kain Langsir Di Dalam Mesin Basuh [klik sini]
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elemen Glamor Moden Cetus Nilai Eksklusif

Konsep moden , ringkas, bebas warna, padu dan selesa. Pereka selalunya memastikan ruang dihias dengan konsep seumpama ini dengan pilihan perabot yang cukup selesa tetapi ringkas dan menggunakan aksesori yang minima. Kelabu, hitam, putih, biru samar antara pilihan warna yang dipilih oleh pereka untuk menghias ruang ala moden yang lebih mementingkan keselesaan dan pembuatan berteknologi tinggi. Malah terdapat banyak konsep klasik diubah menjadi moden dan lebih ringkas sesuai dengan cita rasa sezaman.
Namun bukan semua di kalangan kita yang puas dengan tata hias minimal, kelam dan kusam. Masih ada juga yang menjadikan ruang kekal glamor biar pun kediamannya dihias dengan konsep moden. Bagaimana boleh kita menukar gaya hias yang begitu hambar dan ringkas menjadi meriah dan glamour? Tidak perlu warna , masih mengekalkan identiti bebas warna dan ringkas. Elemen bergemerlapan , berkilau mampu menarik hati dan pandangan ramai.
Elemen kristal, cermin, perak atau besi tahan karat boleh disuai padankan dengan rona kelabu atau putih sememangnya mampu menyerlahkan elemen harmoni. Malah ruang masih nampak menarik, eksklusif tetapi ada nilai glamor dan menggoda pandangan. Aksesori seperti lampu meja, mangkuk hias atau cermin muka bingkai perak sememangnya harmoni dan menyerlahkan suasana moden. Simple-simple je di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
MODERN INGGERIS SI BUJANG

Memiliki sebuah kediaman di usia muda sememang menjadi idaman semua orang. Ini kan pula kediaman yang dimiliki terletak di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Bagi si muda, kebiasaanya apabila memiliki kediaman sendiri, konsep dekorasi yang dipilih sudah pasti gaya yang terkini seperti tema industi, Scandinavian, electric dan sebagainya.
Namun tidak bagi jejaka yang dikunjungi IMPIANA baru-baru ini. Di kenali dengan nama Syed Saiful Fazli, jejaka berusia 34 tahun ini merupakan pengasas Charismatic Leaders Academy telah memilih dekorasi berkonsepkan Moden Inggeris sebagai dekorasi keseluruhan kediaman miliknya.
Info kediaman
Nama pemilik: Syed Saiful Fazli
Jenis kediaman: Kondominium
Konsep: Modern inggeris
Keluasan: 1710 kaki persegi
spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur, anjung, ruang tamu dan ruang makan
“Untuk menzahirkan dekorasi impian, saya telah melantik perunding rekaan dalaman. Namun, di saaat-saat akhir ketika proses perletakkan perabot, pereka telah lari di sebabkan item dihantar tidak sama seperti yang telah dicadangkan. Jadi saya tak boleh terima dan arahkan pereka untuk ikut seperti mana yang telah dicadangkan.” Pemilik membuka bicara
Walaubagaimanapun, apa yang dapat penulis perhatikan idea si pereka asal memang bijak. Ia jeles dapat di lihat melalui pembahagian ruang yang asalnya lebih bersifat terbuka diberi ruang pribadi mengikut kegunaan agar ia tampil lebih terancang. Menurut pemilik, dari awal pemilikkan rumah ini keluar sahaja dari lif peribadi tetamu akan disambut dengan pemandangan ruang dapur dan makan yang terbuka.
Memberi perivasi ruang tersebut, pemisah yang dibina menggunkan gypsum board membentuah sebuah entry way sebelum memasuki kediman ini. Begitu juga di ruang tamu. Keluar dari lif peribadi keunit kediman ini aura dekorasi mewah yang bertemakan moden inggeris sudah dapat di rasai. Dari entry way ke segenap ruang mempunyai perinci dekorasi yang diilhamkan pemilik.
Pegunaan wainscoting bagi dekorasi inggeris mewah bagaikan sesuatu yang wajib. Setiap inci dari ruang tamu sehingga ruang makan perincian pada dinding di utamakan. Memandangkan dinding dan permaidani yan ditempah khas telah sarat dengan perincian, pemilihan perabotnya harus lah ringkas.
Dari segi pemilihan perabot, jelas melihat citarasa orang muda. Tidak terlalu besar dan mempunyai sentuhan moden. Lebih gemar memilih perabot yang mempunyai design dan warna berbeza, namun ia masih mengekalkan keseimbangan pada keseluruhan dekorasi. Pemilihan arm chair yang mempunyai ciri-ciri neo classical tetap padan dengan keseluruhan dekor yang cuba ditampilkan dek penggunaan metarial kain baldu.
Memandangkan pemilik kerap dikunjungi sedara mara dan sahabat handai, paduan sofa chesterfield 3 tempat duduk tetap turut disediakan untuk memberi keselesaan. Menghangatkan lagi gaya mewah yang dibawa, pemilihan perincian terutamanya pada kaki meja sisi dan meja kopi yang di letakkan diruang tamu ini di sadur dengan rona emas.
Melihat pemandangan di laur balkoni bersebelahan dengan ruang tamu, jelas menunjukkan kenapa unit ini menjadi pilihan si pemilik. Sajian pemandangannya yang memaparkan keindahan kota metropolitan Kuala Lumpur sentiasa menjadi idaman ramai. Lokasi ini harus menjadi salah satu spot kegemaran buat tetamu yang hadir untuk mengabadikan sekeping foto peribadi.
Selesai menatap pemandangan KLCC, penulis dibawa ke ruang makan yang menjadi kegemaran si pilik. “walaupun hanya tinggal seorang, saya kerap di kunjungi oleh ahli keluarga yang lain. Sebab itu, saya peruntukkan satu meja makan yang mampu memuatkan 8 orang dalam satu masa. Namun, meja kaca berbentuk bulat menjadi pilihan. Ia bertujuan memberi ruang tambahan di sekitar yang pada asalnya terlalu terhad”. Ulas pemilik
Kelihatan, pemilik bijak memanipulasi ruang. Ruang makan yang kelihatan terhad, di suaikan dengan dinding yang diberi kemasan cermin. Secara tidak langsung, penggunaan cermin tersebut berupaya memberi ipak visual yang luas. Tak cukup hanya di situ, membangkit gaya kemewahan di dalam dekorasi engglings moden yang disampaikan, pencahayaan dari lampu chandelier kaca dipadankan pada siling ruang makan ini.
“Dapur, bukan lah ruang yang menjadi kepentingan kerana saya jarang sekali memasak. Hanya apabila dikunjungi ibu, barulah dapur ini berasap. Namun, ia tetap penting dalam sesebuah kediaman. Oleh itu, penataan di ruang dapur seringkas yang mungkin.” Terang pemilik. Pemilihan kabinet dapur yang berona putih mampu mengelak ruang dapur yang kelihatan kecil menjadi sempit.
Keterujaan penulis bertambah apabila melihat bilik utama dan kamar mandi yang berdidingkan tempered glass menyajikan pemandangan kota metropolitan Kuala Lumpur. Namun untuk perivasi, langsir jenis blackout curtain menjadi tirai penghadang di kamar beradu. Walaupun bujang, pilihan katil bersaiz queen dengan rekaan engglish moden menjadi keselesaan si pemilik.
Segenap ruang telah diterokai penulis. Puas menghayati gaya engglish moden yang diketengah oleh pemilik. Tanggapan selama ini si bujang lebih gemarkan gaya dekorasi yang terkini seperti minimalis, Scandinavian dan industri telah terpeleset jauh. Ada juga jiwa-jiwa sentimental yang gemarkan dekorasi engglish namun diolah dengan gaya yang tersendiri.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI