Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal

Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal. IMPIANA berkesempatan berkunjung ke LAMAN rumah teres 2 tingkat (corner lot) yang berkonsep Modern Tropical di Kajang. Mempunyai landskap laman berkeluasan 1,400kps yang cantik lagi menenangkan.

Menariknya dari segi pemilihan konsep laman, dekor landskap, pilihan pokok-pokok, penjagaan tanaman dan sebagainya, semuanya hanya dilakukan oleh pemilik sendiri, Ahmad Irwan Ahmad Rostam dan Nurul Shahida Zailan tanpa menggunakan khidmat pereka landskap profesional.

Malah lebih istimewa, suami isteri ini mempunyai minat yang sama dalam menanam pokok dan menghias laman serta mempunyai pengetahuan mendalam mengenai landskap, penjagaan pokok dan tanaman yang ditanam.

“Kami tidak menggunakan ‘landscaper’, semuanya dilakukan sendiri. Idea landskap kami tengok di media sosial, pergi nursery pilih pokok dan minta nursery tanam dekat bahagian mana yang kami setujulah,”

“Kebanyakan pokok-pokok ini penjagaannya kami baja sebulan sekali. Untuk rumput saya akan trim seminggu sekali, untuk pokok berpasu 2 minggu sekali kami akan baja,” kata Irwan.

Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal

Pilih Pokok Mudah Dijaga & Tahan Lasak

Pokok-pokok yang menjadi pilihan di laman ini juga pemilik pastikan ia mudah dijaga, tahan lasak dan praktikal untuk LAMAN. Antara pokok-pokok yang ditanam bagi menghiasi laman ini seperti Fiddle Fig, Rubber Plant, Keladi, Kemboja, Euginia, Jasmine, Thaumatococcus Danielli, Heliconia, Monstera, Red Button Ginger, Phyllanthus Myrtifolius, Loropetalum, Philodendron, Golden Photos, Calathea Lutea dan sebagainya.

“Kebanyakan pokok-pokok ini kami jaga/tanam daripada kecil. Dalam masa setahun dah boleh nampak merimbun. Kami selalu pilih pokok-pokok di laman yang mudah untuk dijaga dan less maintenance,” jelas Irwan.

Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & PraktikalDekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal

Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal

Selain itu, berbanding memasang rumput tiruan, ternyata pemilik lebih gemar hamparan lamannya dipenuhi dengan rumput semulajadi yang sihat dan menghijau. Rumput jenis ‘cow grass’ menjadi pilihan pemilik kerana mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Ads

“Pada mulanya kami ada plan juga sama ada untuk menggunakan ‘artificial grass’ ataupun rumput Philipines/Japanese kerana teksturnya yang lebih lembut. Namun kami memilih rumput jenis ‘cow grass’ kerana kurang maintenance dan lebih lasak.Malah penjagaannya juga tak terlampau teliti. Dalam sebulan sekali je kita baja,” terang Irwan.

Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal

Euginia ‘Pagar Semulajadi’ Privasi Semulajadi Laman

Situasi rumah berstatus strata menjadi halangan buat pemilik untuk membina tembok batu mahupun memasang pagar di laman. Sebagai alternatif, pemilik telah menanam 40 pokok Euginia dengan jarak 1.5-2 kaki untuk dijadikan sempadan dan sebagai ‘pagar semulajadi’ bagi melindungi privasi LAMAN.

“Pokok Euginia adalah pokok pagar. Kami punya rumah berstatus strata dan tak boleh tambah tembok.Di sebelah ini pula merupakan ‘parking’ umum. Jadi salah satunya kami tanam pokok Euginia ini untuk privasi,”

“Kami tanam dari kecil, setinggi 3 kaki, tapi lihatlah sekarang selepas 3 tahun, semakin meninggi dalam 7-8 kaki. Dan pokok ini antara yang paling mudah untuk dijaga selain pokok jasmin yang kami jadikan ‘skirting’, “ jelas Irwan.

Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal

Fokal Point LAMAN

Fokal point yang menjadi tumpuan utama sekaligus menaikkan seri di laman ini pastinya pokok kemboja rona merah dan Thaumatococcus Danielli yang subur merimbun di tengah laman. Bukan itu sahaja, meja taman dengan pemilihan material yang tahan lasak dan sesuai dengan cuaca ‘outdoor’ juga menjadi keutamaan di laman ini sekaligus melengkapkan lagi fokal point di ruang ini.

Ads

Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal

PATIO Pelbagai Fungsi, Ruang Berkumpul Keluarga

Paling mencuri perhatian kami, pastinya ruang patio di laman ini yang agak besar dan sesuai dijadikan pelbagai aktiviti santai bersama keluarga mahupun tetamu yang datang. Ia dilengkapi dengan ‘glass rooftoop’ yang mempunyai perlindungan UV, kemasan lantai jubin serta ‘motorized blinds’ untuk keselesaan sewaktu berada di kawasan ini.

“Keluarga kami agak selalu berkumpul. Jadi di sini lah (patio) ruang yang selalu digunakan untuk makan-makan, BBQ, lepak dan tempat solat berjemaah ramai-ramai semua di sini. Jadi ruang ini, kami hias secara minimalis dan tidak terlampau ‘crowded’,

“Di laman ini waktu pagi dan petang sangat redup.Namun waktu tengahari agak panas juga. Jadi bahagian bumbung patio ini kami gunakan material ‘glass’ dengan ‘UV proctection’ jadi tahap kepanasannya agak kurang sedikitlah. Selain itu, kami juga pasang ‘motorized blind’, bila waktu hujan atau sinaran matahari terlalu panas, kami akan tutup ‘blind’ ini mengikut keselesaan,” jelas Irwan.

Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal

Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal

Ads

Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal

Dekor Landskap Idea Sendiri, LAMAN Konsep Modern Tropical, Mudah Jaga & Praktikal

 

Bagi pemilik, mereka mengutamakan ‘healing vibes’ dan ruang untuk anak-anak bermain semasa menghias LAMAN rumah. Disamping merancang untuk letak ‘water feature’ bagi melengkapkan lagi laman rumahnya.

“Perancangan masa hadapan, kami plan letak ‘water feature’, so kami akan letakkan kolam ikan koi di sini. Tapi depends tengok pada masa dan bajet, insya allah kami akan buatlah benda tu,” jelas Irwan.

IMPIANA doakan semoga segala perancangan masa hadapan untuk laman ini akan terlaksana dan laman ini menjadi inspirasi buat pencinta laman yang lain.

INFO LAMAN:
Nama Pemilik: Ahmad Irwan Ahmad Rostam & Nurul Shahida Zailan
Jenis Kediaman: Teres (Corner Lot)
Konsep LAMAN: Modern Tropical
Usia Landskap: 3 Tahun
Keluasan Taman Landskap: 1400kps (20’x75’)
Anggaran Kos: RM80,000

Mesti Baca: Terapi Laman Inspirasi ‘Contemporary Courtyard’, ‘Morning Energy’ Buat Pemilik!
Artikel Menarik: LAMAN Indah Konsep Tropical Garden Retreat, Jadi ‘Spot Healing’ Suami Isteri!
Baca Lagi Di Sini: 3 Jenis Pokok Berfungsi Sebagai ‘Pagar’ Privasi Semulajadi, Penyeri Landskap Laman

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads