Kalau dah selalu masak tu, masalah dapur melekit dan berkerak tu adalah perkara biasa. Tapi memang sakit matakan bila tengok dapur berkerak. Walaupun dah sental beribu kali masih lagi melekit minyak dan kerak. 1001 produk pencuci la dah cuba masih tidak tanggal sepenuhnya.
Masalah melekit dan kerak ni berpunca dari kesan minyak dan masakkan kita harian. Kalau nak dapur cantik bersih sentiasa kena rajin. Tapi pastinya tidak ramai yang mampu melakukan perkara sebegini.
Bukan sekadar lap permukaan dapur, anda harus bersihkan besi atau kaki dapur serta celah-celah dapur tersebut setiap kali selepas masak. Pastinya anda perlu tunggu tungku dapur sejuk baru boleh cuci. Hmmm… bukan la satu perkara yang mudahkan. Selalunya lepas masak pasti dah penat dan malas nak masuk dapur balik.
Aktiviti mencuci secara terperinci seperti ini boleh dilakukan seminggu sekali agar lekit minyak dan kesan kerak degil itu tidak lama dipermukaan dapur. Jadi bila anda cuci ia akan lebih mudah dan cepat untuk tertanggal.
IKLAN
Bagi dapur sesiapa yang dah berkerak dan melekit dengan kesan minyak degil tu jangan risau anda banyak sahaja cara dan tip mudah untuk anda hilangkan kesan melekit dan kerak pada dapur anda.
Hanya gunakan dua bahan yang ada di dapur anda sudah mampu menghilangkan kesan degil dan kotoran itu. Memang mudah untuk hilangkan kesan kotoran yang degil macam kesan lekit minyak dan kerak kesan dari sisa masakan.
IKLAN
IMPIANA kongsikan dua bahan yang mudah anda dapati:
Cuka
Soda Bikarbonat
Cara guna
Taburkan soda bikarbonat pada permukaan dapur anda, lebih pun tak apa lagi cepat ia bertindak untuk menanggalkan kesan kotoran yang degil.
Siram dengan cuka dan lap dengan menggunakan kain. Boleh lihat hasilnya. Memang terbaik.
KUALA LUMPUR: Jika anda berminat untuk mengurangkan jumlah sisa yang dibuang untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik, mengapa anda tidak mempertimbangkan untuk mengamalkan falsafah 3R iaitu, ‘mengurangkan (Reduce), guna semula (Reuse) dan kitar semula’ (Recycle)?
Salah satu cara untuk membantu anda memulakannya ialah dengan memberi perabot lama anda sentuhan baharu, bukannya membuang atau menukar perabot anda yang masih baik kepada jenama baharu yang lebih mahal – kerana ia tidak lebih daripada inflasi – namun juga tidak semestinya mengurangkan kualiti atau reka bentuk yang lebih baik.
Apa yang anda perlukan sebenarnya ialah tin biru dan kuning, Produk Pelbagai Guna WD40® bagi membantu anda mengembalikan kesinaran perabot lama anda. Berikut adalah empat perkara utama yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum melakukannya:
1) Jika ia adalah sofa kulit- atau apa-apa sahaja perabot jenis kulit – ia sebenarnya sangat mudah dibersihkan. Anda cuma perlu sembur dengan Produk Pelbagai Guna WD-40® dan lap dengan kain lembut dan kering, gosok sedikit permukaan kulit. Jika anda melakukan cara ini, ia bukan sahaja membersihkan dan melicinkan kulit perabot anda, malah membuatkannya bersinar seperti baharu.
2) Jika meja lama atau bahagian dapur anda penuh dengan kesan cawan, anda tidak perlu risau. Hanya semburkan sedikit Produk Pelbagai Guna WD-40® dan biarkan sekejap, gosok dan kesan kotoran berkenaan akan hilang. Permukaan pula akan menjadi seperti baharu. Biarpun permukaan mempunyai contengan krayon atau penanda lain, anda tidak perlu risau. Lakukan cara yang sama.
3) Apabila kita memerlukan lebih banyak kerusi untuk acara atau parti yang bakal diadakan dan kita mempunyai kerusi plastik atau kerusi taman yang sudah lama tersimpan di rumah. Tetapi ia tidak seperti yang diharapkan apabila kerusi yang ada warnanya telah pudar dan terdapat kesan kotoran degil yang telah terkumpul bertahun-tahun. Oleh itu, anda hanya perlu sembur dengan Produk Pelbagai Guna WD-40® ke atas kerusi terbabit dan gosok kuat sedikit. Anda akan kagum dengan hasilnya.
4) Satu set pemanggang BBQ selalunya agak mahal. Malah, jika ia dibiarkan terlalu lama dan tidak digunakan, sudah pasti akan memudahkan set BBQ menjadi kotor dan berkarat. Sebelum anda mengetahui kaedah ini, sudah pasti anda akan terfikir untuk membuangnya. Namun, ia sangat membazir jika barang berkenaan boleh diselamatkan dengan hanya membersihkannya. Mulakan dengan menyembur sedikit Produk Pelbagai Guna WD-40® ke atas tempat pemanggang dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Selepas itu, semburkan semula, kemudian gosok larutan itu dengan kain kering atau aluminium foil. Bersihkan sebarang sisa kotoran dengan tuala kertas. Sekiranya terdapat kesan kotoran (sama ada dari sisa makanan lama atau lain-lain jenis) yang terperangkap pada tempat pemanggang, anda hanya perlu sembur, kemudian hilangkan dengan menggunakan berus dawai atau berus kasar, sebelum mencucinya dengan air panas dan sabun.
Produk Pelbagai Guna WD-40® selamat untuk digunakan pada logam, getah, kayu dan plastik. Ia juga boleh digunakan untuk permukaan logam yang dicat tanpa memberi sebarang kemudaratan kepada cat.
Untuk maklumat lanjut mengenai lebih daripada 2,000 kegunaan Produk Pelbagai Guna WD-40® yang boleh dipercayai, sila layari laman web rasmi WD40
MENGENAI SYARIKAT WD-40® Syarikat WD-40 adalah organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit yang degil.
Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran.
Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive
Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
21 Idea Dekorasi Tandas & Bilik Mandi Kecil Untuk Anda. Setiap orang semestinya mengimpikan bilik mandi yang menarik dan selesa. Bilik mandi bukan sahaja boleh menjadi tempat mandi malah boleh juga menjadi tempat untuk berendam rehat di dalam tab setelah seharian penat bekerja. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mampu dan mempunyai ruang tandas yang besar mahupun bilik mandi yang luas.
Ramai yang sangka bilik air sempit dengan ruang yang terhad ini, tidak perlu diberi sentuhan atau sukar untuk diubah suai. Ini semua salah dan tidak tepat. Setiap ruang tidak kira tandas atau apa jua ruang luas atau sempit semuanya boleh di dekor dengan baik dan sempurna jika anda tahu bagai mana caranya.
Di sini, IMPIANA kongsikan jenis bilik air yang bersaiz sempit dan terhad untuk anda semua menjadi sumber inspirasi.
Pemilihan idea dan reka bentuk dalaman bilik mandi merupakan antara proses yang agak sukar. Tidak kira jika ia adalah sebuah rumah besar, banglo, sebuah kondo ataupun apartment. Kekangan yang dihadapi ialah rumah masa kini yang dibeli mahupun disewa datang bersama keluasan ruang bilik mandi yang agak kecil. Pada masa yang sama, untuk mendekorasikan bilik mandi mestilah menggabungkan keindahan dan kefungsiannya.
Kami kongsikan beberapa cadangan dan idea yang yang boleh dijadikan rujukan untuk menghias bilik mandi atau ruang tandas yang kecil. Menarik tak dekorasi tandas ini?
Sumber : Google
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI), pelbagai tip, dekorasi kediaman dikongsikan bersama anda.
Isu bil elektrik yang ketika ini didakwa melambung tinggi dek cukai perkhidmatan yang dikenakan baru-baru ini antara keluhan disuarakan masyarakat di media sosial. Malah, ditambah dengan cuaca panas berbahang dikatakan punca utama bil elektrik melambung disebabkan penggunaan penyaman udara dalam tempoh lama.
Salah satu altenatif penjimatan bil elektrik ini ialah dengan pertimbangkan penggunakan sistem solar panel di rumah. Harganya mungkin besar tapi dalam jangka masa panjang memang menjimatkan kos.
Dikongsi oleh Peter Wong ini pengalaman beliau menggunakan solar panel yang mungkin jadi rujukan dan pengetahuan kita.
Sharing pengalaman guna solar panel
Sekadar sharing pengalaman pakai Solar panel saya. Saya pakai solar 10 panels. 8 menghala ke timur, 2 menghala ke barat. Panels top tier 1 jenama Qcells dan Inverter Hoymiles. Kos beli solar RM 20,000 untuk saiz 4.7kwp. Setiap bulan boleh potong bil letrik lebih kurang.
Kalau harga letrik tetap sama, agak-agak dalam 6 tahun dapat balik modal. Kalau harga letrik meningkat lepas ni, boleh dapat balik modal lebih awal.
Solar tu saya bayar ansuran 36 bulan. Downpayment dah bayar RM5500. Baki RM14,500 bahagi 36 bulan 0% interest. Setiap bulan bayar RM402.77. Tapi bil letrik sudah kurang RM280 setiap bulan.
Kadang kala bil boleh sampai negatif
Kontra balik dengan bil solar jadi setiap bulan cuma bayar RM100+ untuk letrik. Itu pun 3 tahun je. Lepas 3 tahun tak payah bayar apa-apa langsung. Cuma menikmati elektrik percuma RM280 setiap bulan. Kadang kala bil boleh sampai negatif pasal penggunaan kurang dari RM280 pada bulan tersebut.
Bagi saya rasa sangat berbaloi beli solar. Warranty inverter 10 tahun. Warranty solar panel 25 tahun.
Syor kalau rumah bil elektrik RM250 ke atas
Saya syorkan kepada sesiapa yang duduk rumah taman/kampung yang guna letrik sekurangnya RM250 ke atas. Kalau bil letrik cuma RM100-RM200 macam tak berbaloi pasal kena tunggu masa lama untuk dapat balik modal pemasangan solar.
Setiap 6 bulan sekali saya naik atas bumbung (saya ada cara naik ke bumbung melalui airwell) bawa paip air dan extendable pole dengan sponge untuk lap permukaan solar panel. Pakai air dan sabun pinggan saja.
INFO
Setiap tahun kos untuk pemasangan solar kian menurun dan terkini saya nampak ada pakej pemasangan saiz lebih kurang sama dengan saya cuma harga RM18k!! ROI lebih cepat dan harga pemasangan lebih rendah dari saya!
INFO TAMBAHAN
Tiada bateri maintenance diperlukan. Saya ingin menambah info ini kerana kerap dapat soalan bertanya tentang maintenance bateri. Saya pakai sistem on-grid dengan TNB.
Jadi semua elektrik dijana akan dibeli oleh TNB pada kadar 1 untuk 1. E.g. jika TNB caj RM0.516 setiap kWh, saya juga jual balik kepada TNB pada kadar Rm0.516. Di bawah program subsidi solar NEM 3.0, saya sudah sain kontrak dengan TNB dan TNB sudah lock-in untuk beli 100% elektrik yang dijana oleh solar panel saya selama 10 tahun.
INFO : Penggunaan tenaga solar sangatlah digalakkan kerana ia lebih mesra alam, bersih serta merupakan sumber tenaga alternatif yang tidak mencemarkan alam sekitar. Pemasangan panel solar adalah cara terbaik untuk rakyat menjana tenaga elektrik sendiri sekali gus menjimatkan wang.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.