D.I.Y Kabinet Dapur, Mudah Tempah Pintu Dekat Shopee Tinggal Pasang Je

Share

Ramai juga memilih binaan kabinet dapur yang menggunakan struktur konkrit sebagai asas. Biasa lah, orang Asia kalau memasak tak berdentam dentum dapur tak sah kan? kalau nak guna struktur kabinet sepenuhnya dari aluminum atau kayu, boleh roboh jadinya.

Struktur asas konkrit untuk kabinet dapur dah siap. Tapi, satu hal nak buat pintunya pula. Kebiasaannya, kalau panggil kontraktor memang harganya boleh tahan sesak nafas juga dibuatnya. Apa kata kita ikut idea Peju Faizura

. Buat sendiri je pintu kabinet dapur. Pintu dapur boleh tempah siap secara online sahaja.

Alhamdulillah selesai projek deko dapur yang dibuat hujung minggu.Projek ni buat sikit-sikit. Terima kasih kat encik suami gigih layan kehendak bini yang nak tukar wajah dapur

Ini adalah sinki kami dari mula-mula kami beli rumah dan tak pernah pasang pintu kabinet. Semangat nak pasang sendiri sebab dah tanya kontraktor kosnya RM 800

 

Pintu kabinet ni kami beli di shopee. Bagi je ukuran yang diperlukan. Nanti penjual akan siapkan ikut ukuran dan hantar. Satu pintu RM 30. Untuk kabinet ni, perlu 3 pintu. Harga semua RM 102 sekali penghantaran

 

Untuk makeover pintu kabinet ni, tampal dengan vinyl / wallpaper 

Sebelum cat dinding dapur

 

Ni saya share kan link yang terlibat dalam proses deko dapur saya ni:

1) Pintu kabinet (shopee) RM 102

Tempah terus dekat shopee link yang disediakan https://invol.co/cl2hivo

2)kayu frame pintu : hardware

3) kitchen cabinet conceal door (yang ni untuk lekatkan pintu dapur) RM 0.89

Klik link yang disediakan untuk belian terus https://invol.co/cl2hiy8

4) Cat dapur : Jotun code white snow (kedai cat)

5) Vinyl / wallpaper kabinet (Untuk makeover kabinet dapur yang dah ada) RM 15

Klik link yang disediakan untuk belian terus https://invol.co/cl2hj0p

6) Pemegang pintu kabinet (Shopee) RM 1.00

Klik link yang disediakan untuk belian terus https://invol.co/cl2hj4p

7)Bidai tingkap : kedai Mr Diy.

8) Wallpaper wall brick dapur RM 4

Klik link yang disediakan untuk belian terus https://invol.co/cl2hjev

IKLAN