Cocopeat atau sabut kelapa adalah medium tanaman yang banyak digunakan tak kiah untuk peladang atau yang berkebun secara hobi. Ia disebabkan oleh medium ini lebih ringan untuk akar, bersaliran baik dan memegang kelembapan dalam tempoh yang lama. Namun, melalui perkongsian En. Azuan Abdullah di page Sahabat Kebun Anda, Cocopeat perlu dicuci sebelum digunakan. Kenapa ye? jom baca perkongsian tersebut
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Monyet, antara ancaman utama dikebun. Kalau dimakan betul-betul, tak apa lagi. Ni banyaknya hanya menginaya tanaman. Rosak begitu sahaja. Sebelum ini, impiana pernah kongsikan resepi bancuhan ubat gegat dan belacan untuk cegah kehadiran monyet perosak tanaman. Namun, ramai yang kata petu tu sekejap je ok. Lama-kelamaan, monyet dah lali dan datang semula merosakkan tanaman. Apa kata, kita cuba resepi tangkal azimat en Hadi Tamyis ni.
Tangkal azimat utk menghalau monyet. InshaAllah monyet main jauh2 sebab bau kuat yg kurang menyenangkan. Kena kat tangan atau pakaian pun melekat
Cara-cara:
Hancurkan kapur barus sampai jadi serbuk dan gaul rata dgn belacan. Bau dia mmg kuat, pakai sarung tgn waktu nak menggaul. Kemudian ikat mcm dalam gambar, dan gantung dilaluan yg biasa monyet lalu.
InshaAllah, dgn izin Allah monyet main tempat lain.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Lepas potong cili, bagi tangan yang sensitif sensasi kepenasan akan hadir. Kalau sikit-sikit tak apa, tapi kalau pijar sampai tak tentu arah macam mana? tahap pijar pada individu berbeza-beza kerana ia bergantung kepada sensitiviti kulit masing-masing. Ada yang kata, basuh dengan sabun atau rendam dalam air beras. Ada kalanya ia kurang berhasil bagi sesetengah orang
IMPIANA kongsikan petua atau tip dari Dr. Fatimah Salim cara hilangkan pijar cili.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bila tiba perayaan Tahun Baru Cina, ngaku atau arrowhead menjadi buruan masyarakat Cina. Kenapa ye? Ngaku ni terhad tau atau boleh dikategorikan sebagai bermusim. Ia menjadi buruan disebabkan khasiatnya. Berikut khastiat ngaku yang dipetik dari portal TheStar
Didalam setiap 100gm ngaku, terkandung 99 Kcal, 5.3gm protein, 0.3gm lemak, 20gm karbohidrat, 2.6mg zat besi, 51mg magnasium, 922mg kalium, 0.36mg mangan, 1.1mg Vitamin C dan pelbagai lagi. Dari kandungan ini ia membantu dalam pelbagai keperluan tubuh.
1. Zat besi membantu meningkatkan pengedaran oksigen ke seluruh badan kita
2. Menjadikan kita lebih bertenaga dan mengekalkan tahap imuniti yang sihat.
3. Kandungan Magnesiumnya menjaga saraf dan otot kita dalam keadaan santai
4. Membantu peredaran darah yang baik serta menguatkan tulang
5. Kalium di dalam ngaku menyokong tekanan darah normal.
6. Ngaku juga menggandungi Mineral mangan yang berperanan dalam menjaga kadar gula darah normal dan diperlukan dalam fungsi beberapa vitamin.
7. Bagi anda yang menghadapi masalah seperti ruam kulit, kehilangan warna rambut atau sering merasa loya kandangun mangan yang tinggi seperti di dalam ngaku diperlukan
Cara mudah dan banyak dilakukan untuk menikmati ngaku adalah dengan menjadikan ia sebagai kerepek. Jom tonton video ini cara penyediaan kerepek ngaku
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!