Mengurus atau memiliki rumah sewa bukan lah sesuatu yag mudah. Ramai beranggapan, memiliki sesebuah haratanah untuk tujuan disewaamat menguntungkan. Namun, itu hanya berlaku jika pengurusan dilakukan sebaiknya sewal penyewa melakukan persetujuan. Pernah dengar tak, penyewa lari, rumah rosak dan sebagainya. Itu mesti perkara biasa sahaja yang anda dengar. Namun, ada penyewa yang licik lagi bijak dari kita dalam bab tipu daya. Sedar-sedar, hutang bertimbun malah pemilik sendiri yang merana.
Sebagai langkah keselamatan bukan sahaja kepada pemilik, malah melindungi hak penyewa perjanjian atau kontrak WAJIB disediakan. Jika tiada sebarang surat perjanjian bertulisyang dipersetujui pemyewa dan pemilik, ke dua-dua pihak berhadapan risiko yang lebih besar.
Proses renovasi dapur merupakan salah satu perkara yang paling merumitkan. Sama seperti tandas atau bilik air, ruang dapur memerlukan ketelitian pada kemasan sesuai dengan aktiviti. Sistem perpaipan sanitari jugaperlu dititikberatkan supaya tiada sebarang kesulitan yang boleh berlaku dimasa hadapan. Selain ituj konsep sesebuah dapur juga perlu seiring dengan fungsi dan penggunaannya agar lebih mudah untuk pemilik menyelenggara dapur kediaman.
Konsep rustik mempunyai peminatnya yang tersendiri. Konsep ini mempunyai ciri-ciri seperti penggunaan bahan semulajadi yang lebih sesuai dibiarkan raw dan tanpa kemasan. Kayu palet pula merupakan salah satu jenis kayu yang paling mudah dan murah anda boleh dapati. Jom tengok beberapa inspirasi dan idea untuk kabinet dapur menggunakan kayu palet.
Rak buku lebih sekadar ruang simpanan himpunan buku jika bijak diolah dan disusun rapi. Vibrasi warna pada kulit buku tersebut berupaya memberi suntikkan warna pada keseluruhan dekorasi kediaman. Untuk menambahkan lagi gaya dekorasi, padankan beberapa hiasan ornamen pada rak buku sebagai perincian dan mengurangkan impak mendatar hasil susunan buku yang seragam.
Rak buku juga boleh menjadi feature wall terutamanya di ruang santai dan bilik tidur. Berikut inspirasi rak buku cantik:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tatarias sempurna pada kediaman yang terletak di Subang Jaya ini cukup mengujakan penulis kerana konsep yang dibawa bukanlah sesuatu yang kebiasaannya dilihat pada mana-mana rumah di rantau ini. Tetapi minat yang mendalam serta pengalaman tinggal di luar negara selama beberapa tahun telah mendorong pemilik untuk tampil dengan reka bentuk dalaman yang nyaman tetapi elegan, hasil sentuhan Puan Zubaidah sendiri.
+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Shamsuddin Othman & Zubaidah Abdul Rahman
Jenis Kediaman: Teres Dua Tingkat
Konsep: Chinoiserie Chic
Keluasan: 26 x 75 kaki persegi
Spesifikasi: 4 bilik tidur, 3 bilik air
Pertembungan dua budaya berbeza dilengkapi barangan antik dan perabot elegan nampak begitu menawan apabila dipadankan dengan hiasan porselin biru putih dan motif floral klasik. Menurut Puan Zubaidah, kediaman yang sudah didiami selama lebih 12 tahun ini baru sahaja diubah suai dari konsep ala Inggeris kepada konsep Chinoiserie. Beliau sendiri yang telah memilih gaya ini kerana ia terasa amat dekat dengan dirinya.
Chinoiserie merupakan trend versatile yang boleh boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut dan gaya berbeza. Ia dapat melengkapkan semua konsep hiasan dalaman tidak kiralah yang tradisional mahupun moden. Meniti kediaman dua tingkat ini, penulis dapat lihat gabungan sempurna antara chinoiserie dengan gaya klasik itali yang eksklusif.
Sebenarnya, bukan mudah untuk memastikan gabungan kedua konsep ini menjadi. Pemilik tidak membuat keputusan terburu-buru dan telah mengambil masa untuk memilih segala kemasan dan susun atur sehingga beliau benar-benar berpuas hati dengan hasilnya. Ternyata ia merupakan percaturan yang membuahkan hasil kerana kediaman ini bukan sahaja merupakan ‘syurga’ buat penghuninya malah turut menjadi lokasi pertemuan rakan-rakan Puan Zubaidah.
Minat Menghias Yang Mendalam
Puan Zubaidah yang merupakan ibu kepada dua orang anak ini juga bekerja sebagai perancang majlis. Jadi tidak hairanlah sentuhan tangan magis beliau berjaya membuatkan kediaman berukuran 26×75 ini tampak elegan dan eksklusif sesuai dengan konsep yang ingin diketengahkan.
Pemilik ada menyatakan, minat yang mendalam terhadap seni hiasan dalaman telah mendorong beliau untuk mengubah suai sendiri kediaman ini. Walaupun beliau tiada latar belakang dalam bidang berkaitan, minat dan citarasanya yang tinggi membuatkan sentuhan Puan Zubaidah amat berharga.
“Saya berasa teruja dan gembira apabila dapat melihat sendiri proses transformasi kediaman dari hasil titik peluh saya sendiri. Saya juga amat bersyukur kerana suami dan anak-anak menyokong hobi saya ini”.
Susun Atur Tidak Kovensional
Tatkala pintu utama dibuka, penulis begitu kagum dan tertarik dengan susun atur ruang tamu kediaman ini yang berbeza dengan susun atur kediaman normal. Perletakan perabot di kediaman Puan Zubaidah disusun sedikit senget untuk menampilkan kelainan.
Sofa biru dua tempat duduk yang terletak diruang tamu disusun selari dengan susunan meja makan bagi menampakkan flow yang tersusun selain sebagai salah satu langkah penggunaan setiap inci ruang dengan baik.
Bilik Cucian Kenangan Dari Itali
Menyusur kebahagian belakang kediaman, dimana terletaknya sebuah bilik tetamu yang telah dihias cantik dengan rona biru dan putih. Puan Zubaidah telah memberikan sepunuh perhatian terhadap setiap perincian kamar ini kerana baginya, tetamu haruslah dilayan bagaikan raja. Jadi sudah tentunya persinggahan sementara ini terhias kemas dan selesa oleh tuan rumah.
Disebalik tirai polos biru di dalam bilik ini pula, telah ditempatkan bilik cucian yang diilhamkan khas dari Itali, dimana pemilik pernah menetap beberapa tahun lalu. Salah satu elemen yang menjadi daya penarik dimata penulis ialah kabinet kayu berwarna hijau sebagai ruang penstoran bahan-bahan cucian pemilik.
Mengakhiri kunjungan ke kediaman ini, penulis sangat berpuas hati dengan sentuhan pemilik kediaman yang rata-ratanya kelihatan begitu berbeza dan sangat menginspirasikan.
+ TIP DEKORASI
1. Jangan takut untuk bereksperimentasi dengan susun atur perabot. Manfaatkan setiap inci ruang dengan sebaiknya agar ruang tidak nampak kosong dan hambar.
2. Gabungkan beberapa konsep berbeza dan lihat bagaimana ia mengubah ruagan anda menjadi lebih menarik. Tetapi awas, jangan sampai keterlaluan.
3. Utamakan keselesaan terlebih dahulu berbanding gaya. Tiada siapa mahu duduk di kerusi cantik yang keras.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.