Pemilihan konsep atau tema merupakan salah satu perkara yang perlu diberi perhatian teliti sebelum memulakan mana-mana proses pengubahsuaian. Pemahaman yang mendalam tentang konsep berbeza akan memudahkan anda untuk membuat pilihan selain dapat memberi peluang buat anda untuk memahami kehendak dan matlamat reka bentuk kediaman impian anda.
Dalam isu kali ini, IMPIANA akan menekankan tentang berbezaan antara dua konsep yang sememangnya sering menimbulkan kekeliruan buat kita semua. MODEN dan KONTEMPORARI. Mungkin ada antara anda yang menganggap tiada bezanya antara kedua-duanya kerana penggunaan warna yang lebih kurang sama , garis-garis bersih dan hiasan yang minima. Tetapi anda mungkin telah tersilap…
LATAR BELAKANG
Ads
MODEN merujuk pada tempoh masa tertentu iaitu antara awal hingga pertengahan abad ke-20. Waktu itu merupakan kemuncak bagi seni dan reka bentuk Bauhaus dari Jerman, mewujudkan gaya yang berbeza dan memberi tumpuan kepada bentuk yang simple dan praktikaliti. Selepas moden, datang pula era mid-century (tahun 50-an ke 60-an). Walaupun begitu, dalam dunia seni reka hiasan dalaman istilah “modern design” sering merangkumi kedua-duanya sekali.
KONTEMPORARI tidak merujuk kepada tempoh masa yang tertentu, ia sentiasa berubah-ubah untuk mencerminkan gaya reka bentuk popular masa kini. Ia meminjam kualiti dari modenisme, minimalism, dan gaya global yang lain tanpa memberi tumpuan yang lebih kepada satu-satu konsep yang khusus.
PERBEZAAN
Ads
Kontemporari akan sentiasa berubah dengan mengikut definisi gaya terkini yang sedang menjadi trend. Hal ini menjadikan konsep kontemporari lebih sukar untuk didefinasikan. Berbeza dengan konsep moden yang mempunyai nilai estetik dimana ia menekankan garis segar, warna-warna neutral yang hangat serta keseimbangan.
Ads
PERSAMAAN
“Less is more” adalah motto untuk kedua-dua reka bentuk kontemporari dan moden. Setiap gaya ruang biasanya amat mudah dan rapi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Penggunaan kayu dalam struktur rumah sangat banyak dilihat tidak kira pada kediaman lama mahupun yang baru. Walaupun pada mulanya rumah kayu nampak kukuh, menarik dan klasik, perlu diingat bahawa sifat kayu boleh berubah bergantung pada faktor cuaca ataupun rapuh dimakan anai-anai. Jadi, pemilik rumah kayu haruslah lebih peka dan teliti menyelenggara kediamana masing-masing supaya tetap kekal utuh.
Ketika dalam proses merancang, pemilihan jenis kayu adalah hal yang paling penting kerana ia bakal mempengaruhi kos pembiayaan, penyelenggaraan dan kos baik pulih rumah yang ingin dibina kelak. Jenis-jenis kayu seperti kayu jati, kayu merbau, kayu meranti merah dan kayu cedar adalah antara spesis yang mejadi pilihan pengguna kerana sifat yang keras dan kukuh. Walaupun telah berjaya memilih jenis kayu yang sesuai, anda tetap perlu melakukan pemeliharaan supaya kayu struktur tersebut tetap kukuh dan tahan lebih lama.
Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kekuatan dan ketahanan rumah kayu, antaranya ;
Pengaruh Cuaca
Kayu yang lama terdedah kepada cuaca tidak menentu terumamanya kawasan yang beriklim lembab akan menyebabkan kayu cepat rosak dan mengembang kerana kayu boleh menyerap air dan sifat ini lama-kelamaan akan memudaratkan struktur rumah. Selain itu, jika dibiarkan tanpa rawatan, kayu yang terdedah kepada kelembapan juga boleh menjadi lapuk dan berbau hapak. Lebih parah lagi sekiranya udara mengandungi bakteria atau hama menjangkiti kayu dan membenarkan pembiakan lumut pada kayu yang terlindung dari cahaya matahari.
Serangan Serangga atau Haiwan Perosak
Lipas, tikus dan anai-anai adalah antara musuh utama kayu. Anai-anai contohnya, memang menyukai tempat gelap yang lembab dan tinggal dalam satu kumpulan yang besar. Saiznya yang halus menyukarkan lagi pemilik untuk menyedari yang rumah telah diserang perosak ini. Begitu juga dengan tikus yang akan menggigit kayu sehingga sudah berlubang, barulah tuan rumah sedar akan perbuatan makhluk perosak yang amat menyakitkan hati ini.
Beban Tanggungan
Bebanan yang tidak sesuai dengan ketahanan kayu akan menimbulkan kesulitan kelak apabila kayu sudah mula melengkung dan membengkok sehinggalah patah. Perkiraan ukuran dengan beban harus dilakukan dengan tepat dan teliti terutamanya untuk bahagian tiang ataupun rangka rumah.
Rawatan Sesuai Untuk Rumah Kayu
Rumah kayu sememangnya memerlukan penjagaan yang amat rapi dan akan mengambil masa yang lama serta belanja yang banyak. Tetapi sekiranya dilakukan dengan kerap dan betul, banyak yang dapat dijimatkan. Jadi ikuti tips penjagaan dibawah agar rumah kayu anda kekal cantik dan kuat.
Rawatan Rutin :
Rawatan Berkala :
Rawatan berkala atau bermusim perlu dilakukan bagi mengelakkan kerosakan major yang akan menggugat keutuhan rumah kayu. Jadi pastikan anda lakukan perkara-perkara ini apabila tiba waktunya. Panggil golongan profesional yang lebih arif jika anda tidak pasti cara yang betul untuk proses penyelenggaraan ini.
Sebagai kakitangan yang bertugas di tengah-tengah kota metrpolitan yang sibuk tanpa henti, kita mesti selalu berhadapan dengan isu tiada masa untuk mengemas rumah sehinggakan apabila stress di pejabat balik ke rumah pula keadaan rumah tunggang langgang. Lagi stress dibuatnya!
Jika hari bekerja 9-5 anda tidak mempunyai masa untuk mengemas, solusi biasa adalah untuk mengemasnya pada hari minggu, tetapi untuk menunggu hari minggu pula ada kalanya banyak urusan yang menanti.
Oleh itu, IMPIANA ingin membantu anda dalam berkongsi sedikit maklumat mengemas rumah di awal pagi sebelum pergi bekerja dan anda tidak akan lagi stress setelah pulang dari pejabat kerana anda sudah uruskannya di sebelah pagi cuma di waktu petang, anda hanya perlu kemaskan ruangan yang tertinggal dan di bahagian lain.
1) Mengemas dahulu tempat tidur
Anda boleh menjimatkan masa mengemas dengan memastikan cadar serta selimut katil anda dalam keadaan teratur di sebelah pagi sebelum melakukan rutin harian yang lain. Kaedah ini dapat menjimatkan masa mengemas sewaktu pulang dari pejabat di sebelah petang serta boleh memfokuskan bahagian lain di dalam rumah seperti dapur dan ruang tamu.
2) Kemas bilik air
Selepas bangun dari tidur, anda pasti akan terus mandi untuk memyegarkan diri selepas tidur yang panjang. Apa yang penting adalah untuk memastikan bilik air anda dalam keadaan yang teratur tanpa ada gumpalan rambut yang gugur tertinggal di lubang saliran, bekas buih serta syampu dan tumpahan ubat gigi. Jika pasangan anda selalu mencukur misai dan janggut, pastikan pisau cukur serta buih foam tidak tertinggal dalam sinki, selain itu guguran bulu misai juga harus diberi perhatian. Istilah TERTINGGAL tidak sepatutnya timbul jika anda tidak mahu kadar stress bertambah setelah balik bekerja.
3) Kumpulkan baju kotor dalam satu bekas khas
Buangkan habit parking tuala basah serta baju kotor secara merata. Tahukah anda, baju kotor serta pakaian basah terutamanya tuala adalah penyumbang utama kepada bau hapak dan mengundang ketidak selesaan di dalam rumah. Basuh baju di sebelah pagi mungkin tidak sempat, jadi kumpulkan dalam satu bekas baju kotor dan tutup agar baunya tidak merebak keluar (untuk rumah high rise yang tiada balkoni), tetapi jika anda tinggal di rumah jenis landed dan punyai halaman sendiri, mungkin anda boleh terus basuh dan sidai mengikut ramalan kaji cuaca harian.
4) Jangan tinggal pinggan kotor dalam singki
Jika disebelah pagi anda dan pasangan gemar makan bijirin serta bersama susu, pastikan selepas makan untuk terus membasuhnya. Ini kerana walaupun anda sudah habis makan sisa tinggalan susu kalau tidak dibasuh akan mengeluarkan bau masam basi yang bakal membuatkan mood anda bertukar dengan cepat. Jadi jangan tangguhkan pembasuhan di sebelah pagi kerana anda pasti tidak mahu membasuh pinggan bersama susu basi dan juga makanan busuk yang lain.
5) Sapu ruang tamu
Pastikan tiada sebarang sisa kotoran yang tertinggal di ruang tamu dan susun semula segala bantal dan sofa di ruang tamu sepertimana asal sebelum anda memasuki ruang kamar beradu. Ini akan menjimatkan masa mengemas di sebelah petang dan anda tidak akan stress sebaik sahaja pulang daripada bekerja. Ini kerana ruang tamu merupakan bahagian pertama dalam rumah. Bayangkan, buka sahaja pintu masuk, ruang tamu anda bersepah?
6) Jangan tinggal sampah dalam rumah
Buang jauh-jauh amalan, dah penuh bakul sampah baru buang. Ini kerana sisa sampah seperti perut ikan dan ayam tidak mengambil masa yang lama untuk berbau. Jadi sebaik sahaja anda selesai memasak atau siang ikan, terus buang sampah tersebut di dalam bilik sampah yang disediakan oleh pihak JMB atau tong sampah besar di luar rumah.
7) Periksa kembali segala kekotoran
Setelah pulang dari pejabat, pasti anda akan berasa penat setelah seharian bertugas melihat keadaan rumah yang tenang dan teratur pasti membuatkan anda berasa lega. Di waktu ini anda boleh mengambil masa untuk berehat sebentar dan teruskan dengan ruti harian lain seperti membasuh baju, mengemas sedikit baki kekotoran yang anda tertinggal di pagi hari dan sebagainya.
Memang tak dinafikan, tugas-tugas membeli barangan dapur memang menuntuk waktu yang agak lama. Nak beli 2 atau 3 barang sahaja, tapi selalu tersasar ke tempat lain nak-nak kalau anda membeli barang dapur di shopping mall. Silap-silap, barang yang tak dirancang dan tak terfikir nak beli lebih banyak dari yang diperlukan. Jadi, untuk mengelak perkara ini dari berlaku dan untuk memastikan proses membeli berjalan dengan lancar dan cepat, ini yang anda perlu lakukan.
Zaman informasi dihujung jari ni memang taka da masalah untuk anda dapatkan maklumat kedai mana yang buat promosi, barang apa yang ada promosi dan sebagainya. Ini salah satu cara supaya anda dapat menjimatkan duit ketika membeli belah.
Menyediakan senarai barang yang perlu dibeli bukan sahaja dapat mengelak anda dari lupa membeli barnag yang sepatutnya dan mengelak dari membeli barang yang tidak perlu, Malah ia banyak membantu untuk memendekkan masa anda membeli lebih-lebih lagi jika senarai barang yang di beli mengikut kategori. Nanti taka da lah anda tawaf kedai tu berkali-kali. Nanti nak beli kicap, dah pergi ke tempat sabun lupa pula nak beli sos cili. Dah kena patah balik.
Ini selalu mak-mak kena. Nak beli kicap sebotol, tapi bila ada anak-anak yang ikut tiba-tiba ada air kotak, jajan dan sebagainya. Tu tak apa lagi. Silap-silap, kena pau barang mainan lah pulak. Tu belum lagi ada memberontak sebab tak dpat apa yang dikehendaki. Bukan sahaja dnegan anak-anak, denagan rakan pon boleh ajdi, banyak je tempat nak disinggah padahal tujuan asal nak pergi beli sabun sahaja.
Menurut penis kewangan Brad Hines, rakan anda akan menyebabkan proses membeli sebotol kicap mengambil masa lebih lama kerana ia akan mempengaruhi keputusan anda. Nanti adalah idea-idea yang diberi.
Jadikan salah satu kedai runcit berhampiran dengan rumah anda sebagai tempat kegemaran. Dengan secara tidak langsung, anda tahu mana arah nak dituju untuk mendapatkan barang yang diperlukan. Nanti tak ada lah tercari-cari stsu asyik nak bertanya kepada juru jual.
Bila kerap ke kedai yang sama, mesti ada pekerja kedia mula bermesra dengan anda. Paling tidak tegur bertanya khabar. Apa kata, anda jadikan pekerja tersebut sebagai rakan, nanti jika ada kecemasan dan keperluan, pekrja tersebut boleh lah bantu
Dari awal merancang nak beli sekotak santan, sebungkus sawi, dan sekotak sabun sahaja. Tapi sesampainya di kedai malas nak gunakan bakul sebab nanti berat. Jadi troli atau push cart sentiasa menjadi pilihan anda. Jadi bila ada banyak ruang yang kosong di dalam troli tu, ia lebih menggalakkan anda untuk mengisi rongga yang ada. Jadi, sebaiknya selagi boleh dipegang atau muat bakul, tak perlu ambil troli
Tak perlu semata-mata nak kejar murah, pergi jauh untuk mendapatkan barang runcit. Hasilnya sama sahaja. Tambahan, bila dah jauh-jauh pergi tu, balik penat pula. Melainkan tiada kedai runcit yang bagus di sekitar kediaman anda.
Tiba-tiba nak tukar jenama lain pula. Dah mengambil masa untuk and abaca label dan meneliti kandungan. Untuk ambil keputusan pun perlu masa juga. Jadi, tugas membeli-belah anda bertambah lama. Sebab itu, sebaiknya gunakan produk dari jenama yang sama pernah anda gunakan. Nak baca maklumat kandungan semua, boleh baca dalam internet review pengguna.
Hadkan pembelian barang-barang sejuk beku hanya sebulan sekali sahaja. Nanti taka da lah terbabas-babas atau lupa. Asyiklah beli barang makanan sejuk beku sedangkan dalam peti ais tu banyak lagi stoknya. Jadualkan pembelian barang sejuk beku pada waktu anda membeli belah barang runcit secara major sebulan sekali. Nanti, trip berikutnya akan lebih cepat dan mudah seba anda dah elak bahagian sejuk beku
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.