Ciri-Ciri Homestay Yang Baik, Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Share

Setiap kali sebelum nak pergi bercuti, perkara pertama yang kita akan lakukan adalah menempah tempat tinggal untuk didiami sepanjang percutian. Terdapat beberapa jenis pilihan tempat menginap seperti hotel, butik hotel, hostel ataupun homestay.

Bagi anda yang travel dalam kumpulan yang besar dan mahu jimat, homestay lah pilihan yang paling tepat. Tapi hati-hati jangan sampai tersalah pilih kerana ada yang indah khabar dari rupa. Jadi pastikan anda melakukan research

terlebih dahulu sebelum menempah destinasi percutian bersama keluarga.

Dalam posting kali ini IMPIANA ingin kongsikan ciri-ciri homestay yang baik :

HARGA YANG KOMPETITIF
Homestay yang menawarkan perkhidmatan pelancongan alternatif dengan kadar harga yang kompetitif dan berpatutan sering menjadi pilihan pengunjung.

LOKASI YANG STRATEGIK
Lokasi yang terletak jauh dari pencemaran tetapi dalam masa yang sama juga mempunyai akses kepada pengangkutan dan kemudahan awam.

KEMUDAHAN ASAS
Mempunyai kemudahan asas yang lengkap iaitu bilik tidur yang mencukupi dan selesa, bilik air yang bersih, ruang makan dan dapur yang lengkap selain item-item kecil lain yang juga penting seperti tuala, ubat nyamuk, alatan memasak dan makan.

KEBERSIHAN
Kawasan persekitaran rumah perlulah bersih dan bebas dari sampah sarap yang menjadi tempat pembiakan nyamuk, lalat atau serangga lain.
Sistem pembuangan air dan perparitan yang baik juga merupakan bonus.

KESELAMATAN
Keselamatan fizikal rumah dan persekitaran dalam keadaan baik dan selamat.
Langkah-langkah keselamatan seperti pencegahan kebakaran perlulah juga diambil kira oleh pemilik.

IKLAN