Sudah banyak IMPIANA paparkan konsep dekorasi berpaksikan Scandinavian. Umum tahu konsep ini menekankan penggunaan perabot yang ringkas, mudah dan minimalis. Tetapi tahukah anda apakah gaya tulin dekorasi Scandinavian ini?
Scandinavian Style menurut penjelasan Kerryn Harper dalam penulisan bukunya yang bertajuk Home Style (Choose and create the look that’s right for you and you home) menyatakan bahawa ianya merujuk kepada wilayah yang terletak di hemisfera utara diantara negara Norway serta Sweden. Wilayah ini kekurangan sumber cahaya semulajadi iaitu dari matahari di sebelah siang terutamanya pada musim sejuk berikutan lokasi muka buminya yang bergunung-ganang dan dilitupi salji.
Oleh itu, untuk memastikan dalaman rumah mendapat cahaya yang sepatutnya, mereka akan mengecat setiap dinding dengan warna putih serta pada masa yang sama, material utama untuk kediaman di sini banyak menggunakan bahan berunsurkan kayu sebagai sokongan kepada elemen semulajadi.
Selain itu, warna kayu itu sendiri berupaya untuk menerangi serta membiaskan cahaya dengan efisien di dalam kediaman apabila terkena cahaya dari luar atau sinaran lampu elektrik. Disamping itu juga, ada juga dinding kediaman yang ditekap dengan kayu panel untuk mendapatkan impak pencahayaan ekstra dari biasan cahaya
Ads
1) Kesesuaian Konsep Skandinavia Mengikut Personaliti
Konsep ini sesuai jika anda:
-Menyukai sesuatu yang moden tetapi tidak terlalu traditional serta suka kepada susunan yang teratur
– Suka warna cerah serta penambahan cahaya
-Ingin nampak elegan
-Suka kepada elemen semulajadi seperti perabot dan lantai kayu
Ads
Skandinavia Tidak Sesuai Jika anda:
– Menyukai kepelbagaian warna dalam kediaman
-Tidak suka kepada material kayu yang tidak berapa baik dalam menyerap bunyi tapak kaki
2) Ciri-ciri konsep Skandinavia
a) dinding putih atau warna lembut
Ads
b) Banyak menggunakan material berasaskan kayu seperti dari pokok Birch dan Pine seperti kerusi, kemasan lantai, meja makan dan sebagainya.
c) Tingkap memanjang untuk memaksimumkan kemasukan cahaya
d) Konsep susun atur rumah yang terbuka
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Inspirasi Tiny House 300kps Konsep Minimalist & English Style, Dijadikan Homestay. Memiliki bidang tanah yang kecil tetap boleh dijadikan rumah dengan binaan kecil dan comel, namun lengkap dan cukup selesa untuk dijadikan persinggahan pada hujung minggu.
Rumah ‘Homestay’ Konsep Minimalist Elegant
Idea pemilik dalam menjadikan tiny house dengan keluasan hanya 300 kaki persegi ini boleh dijadikan sumber inspirasi bagi yang mempunyai tapak tanah yang kecil. Rumah ini terletak di Kuala Nerus, Terengganu dan dibina dengan kos RM60,000 serta dijadikan sebagai ‘homestay’.
Pemilik memilih konsep terbuka, minimalist elegant dengan penataan dekorasi stail Inggeris. Rona hitam putih pula menepati konsep yang dipilih. Memang simple & nampak cukup tenang.
Menariknya meskipun bersaiz kecil namun tetap selesa dan memenuhi keperluan serta kelengkapan asas rumah. Mempunyai ruang tamu, bilik air, dapur serta loteng yang dijadikan ruang tidur, malah mampu memuatkan 1 hingga 5 orang.
“Lahir dengan berkonsepkan minimalist elegant dan english style. Deco bajet sahaja. KECIL TAPI TENANG🏚️ itu yang cuba dipamerkan. Semoga tahun 2025 dapat menyerlahkan lagi rumah tiny house baru ini.Diharapkan dapat menambat hati semua. Tiny House ini kami jadikan sebagai Homestay @ Penginapan,” Farid.
INFO KEDIAMAN: Nama Pemilik: Ahmad Farid & Norfadzila Mokhtar Usia Kediaman: Siap 2024 Konsep : Minimalist + English Style Lokasi: Kuala Nerus, Terengganu Keluasan Kediaman: 300kps (12x25kaki) Anggaran Kos : RM60k (termasuk aksesori dalaman)
Jenis Kediaman: Tiny House (Homestay) Spesifikasi Ruang:
(Ruang Tamu, Dapur, Loteng, Bilik Air)
IMPIANA: Bagi yang memiliki keluasan tanah yang kecil boleh jadikan kediaman ini sebagai inspirasi.
Idamkan rumah mirip hotel 5 bintang, ini rahsia dekor terbaik. Sudah menjadi satu kepastian sesiapa yang memiliki rumah pasti inginkan ciri rumah yang terbaik. Keselesaan dalam sebuah rumah, amatlah penting dalam hidup kita. Ini kerana, rumah adalah sebuah tempat kita merasakan selamat ataupun merehatkan diri dari kepenatan dalam kehidupan seharian. Begitu juga dengan pemilik rumah ini, beliau mungkin memilih konsep rumah mirip hotel.
Selain dari itu, boleh diperlihatkan, pemilihan kemasan lantai rumah ini adalah lantai corak marble dan dinding kayu bergaris-garis. Kebanyakkan warna yang dipilih adalah warna hitam ataupun gelap kerana warna tersebut dapat di serasikan lantai marble untuk membangunkan aura rumah bercita rasa premium. Boleh juga diperlihatkan, tuan rumah ini, mungkin penggemar koleksi patung-patung dan oleh kerana itu, patung-patung yang disusun rapi di dinding itu dengan lampu-lampu yang menerangi bahagian gelap di rumah itu, telah memadai untuk merasakan suasana sebuah lounge hotel yang ada di negara ini. Tambahan pula, dengan pemasangan pendingin udara yang banyak, sudah jelas dan melengkapi untuk membuatkan sebuah rumah yang suasananya seperti hotel.
Bukan sahaja pemilihan dinding dan lantai untuk menampakkan suasana hotel itu, tetapi pemilihan lampu LED atau lampu neon, yang diletakkan di tangga dan juga lantai yang berdekatan dengan tangga. Penggunaan lampu ini dapat menyinarikan kawasan gelap atau malap yang berada di dalam rumah tersebut. Justeru, tidak semua kawasan di dalam rumah ini, adalah malap tetapi ada juga yang cerah dan mendapat sinaran matahari. Kita boleh lihat, pemilik rumah ini, membuat keputusan untuk menampakkan keceriaan di bahagian ruang tamu rumahnya kerana di ruang tamu seharusnya kelihatan selalu cerah supaya tetamu sentiasa merasa selamat jika datang ke rumahnya. Bak kata orang, rumah gelap memberi ketenangan, rumah yang cerah, memberi keselamatan.
Secara kesimpulan yang saya dapat lihat dan memberi, adalah pemilik rumah ini kebanyakkannya suka dengan konsep rumah yang berkaca kerana banyak corak marble yang terdapat didalam rumah tersebut. Tidak lupa juga, pemilik rumah ini banyak menggunakana elemen-elemen yang daapt mewujudkan suasana seperti berada di hotel dan kerana itu, rumah biasa seperti itu, menjadi luar biasa.
Tak Jemu Mata Memandang, Dekorasi Rumah Flat Tampak Elegan, Cantik & Kemas. IMPIANA tertarik pada hiasan dekorasi di dalam rumah dan laman kecil pemilik kediaman, Tunku Puteri Baizura ini yang terletak di Pulau Pinang. Meskipun hanya tinggal di rumah flat 2 bilik yang mempunyai keluasan kecil, namun namun dengan dekorasi yang tepat mampu menyerlahkan sisi elegan dan cosy pada dekorasi rumah.
Ubah Dekorasi Ikut Citarasa Sendiri
Minat mendalam pada hiasan dalaman rumah membuatkan pemilik gemar mengubah suai dan menukar dekorasi kediaman mengikut citarasa yang tersendiri.
“Macam biasa bila mood boring bertandang kita ubah la sikit-sikit bagi nampak lain. Cabinet tv tu sebab berat ja ,kalau ringan lama dah bertukaq tempat. Tunggu pak hg lamberttt lagi,dok busy nak inventory kat tempat keja dia. Mak hang dah boring tv cabinet dok kat situ. Nak tukaq pi kat tempat meja makan plak.Meja makan plak nak tukaq pi kat tempat kerusi kuning tu.
“Nanti-nanti lah…. rasanya bulan 2 la kot baru dia tukaq, seminggu sebelum posa. Selalu macam tu laaa hang paa.,” Tunku Baizura
Susun Atur Kediaman Sempurna
Perkara menarik perhatian apabila pemilik kediaman bijak bermain warna rona terang pada kediaman di samping pemilihan saiz perabot dan susun atur kediaman yang sempurna. Masih menggunakan kemasan lantai simen dan tikar getah, namun pencahayaan yang menarik berjaya menyerlahkan lagi dekorasi rumah ini, membuatkan tak jemu mata memandang.
Begitu juga pada laluan pintu masuk rumah, laman kecil dihiasi dengan pepohon menghijau yang subur, cukup redup dan mendamaikan bagi menyambut tetamu yang datang. Pelbagai jenis pokok-pokok ditanam baik tanaman berpasu mahupun tanaman bergantung dan menjalar. Kesemuanya melengkapi laman kecil ini.
Semoga dekorasi serba sederhana namun simple dan kemas ini menjadi inspirasi buat pemilik kediaman jenis rumah flat atau bersaiz kecil yang lain.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!