Cara Yang Betul Untuk Padankan Perabot Rotan Dengan Dekorasi Berkonsepkan Moden

Share

Pernah atau pun tidak anda terfikir bagaimana perabot yang perbuat daripada kayu rotan tampak klasik ini boleh dipadankan dengan dekorasi yang berkonsepkan moden ini. Adakah ia boleh dan sesuai untuk dipadankan bersama? Pasti perkara ini pernah menjadi persoalan anda sebelum ini. 

Bagi anda yang meminati pemilihan perabot yang diperbuat kayu rotan dan dekorasi yang berkonsepkan moden ini, kedua-dua elemen ini sebenarnya boleh dipadankan bersama dan mendapatkan hasil dekorasi hiasan dalaman yang tampak cantik. 

Ada beberapa perkara serta cara yang betul perlu anda tahu bagi menggabungkan perabot rotan dan dekorasi yang berkonsepkan moden. 

Untuk maklumat anda, pemilihan perabot yang diperbuat daripada rotan ini amat sesuai untuk dipadankan dengan mana-mana konsep dekorasi hiasan dalaman rumah seperti Minimalis, Bohomien dan Scandinavian. 

Namun begitu, pemilihan perabot tersebut haruslah mempunyai rekaan yang bersesuaian dengan konsep dekorasi yang ingin ditonjolkan bagi setiap ruang dalaman kediaman. 

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan cara yang betul untuk padankan perabot yang diperbuat rotan dengan dekorasi yang berkonsepkan moden ini, anda boleh menonton video segmen Tip Impiana kali ini pada pautan di bawah:;

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Baca artikel berikutnya: Dekorasi Berkonsepkan Yang Nordic Japandi, Membolehkan Rumah Tampak Elegan Di Hari Raya Aidilfitri

 

IKLAN