Cara Untuk Tukar Kepala Plug Jenis China Ke Plug Malaysia

Share

Pasti segelintir di kalangan anda yang pernah membeli barangan elektronik buatan dari negara China secara dalam talian. Namun setelah barang tersebut sampai di rumah, ia tidak boleh diguna pakai di rumah. 

Ini kerana, kebanyakkan barangan elektronik buatan dari negara China menggunakan kepala plug khas dari negara tersebut. Oleh itu, anda tidak dapat menggunakannya di rumah anda. 

Jadi, bagaimana cara yang boleh anda lakukan agar barangan elektronik tersebut dapat diguna pakai di rumah anda? Jangan bimbang, caranya mudah sahaja. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah menukar kepala plug barangan elektronik tersebut kepada kepala plug khas dari negara Malaysia. Ingin tahu bagaimana caranya? Mari IMPIANA kongsikan bersama anda. 

Anda boleh mengetahui caranya dengan menonton video segmen Tip Impiana kali ini pada pautan di bawah:;

Jika anda mahu mendapatkan barangan elektronik yang sama seperti tertera di dalam video ini, anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram

dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

Baca artikel berikutnya: Ada Yang Terkejut Apabila Fius Plug Meletup? Jangan Panik! Ini Cara Mudah Untuk Baikinya

 

IKLAN