Kacang tanah adalah tanaman yang boleh dikatakan mudah untuk ditanam. Namun, untuk menghasilkan kacang tanah yang banyak dan berkualiti agak sukar. Sebenanrya ia memerlukan teknik dan tekniknya tidaklah terlalu sudah. Nak tahu macam mana nak tanam kacang tanah denagn teknik yang betul, apa kata kita ikut cara Norainizam Nizam ini.

1. Penyediaan tanah dan  batas
Tanah yang terbaik untuk penanaman kacang tanah ialah dari jenis yang berpasir. Kacang tanah boleh tanam di dalam pasu atau polibeg tetapi lebih mudah untuk diuruskan di atas batas. Ini kerana, tanaman kacang perlu kerap melakukan tambakkan terutamanya pada sulur yang baru kelur. Disamping itu juga, bekas atau batas tanaman kacang tanah perlu bersih dan tidak mempunyai sebarang rumpai untuk mengurangkan masalah kekurangan nutrien yang boleh merencatkan pertumbuhan dan hasil kacang tanah.

2. Penyediaan benih kacang tanah
Benih yang berkualiti boleh diperoleh dari kacang yang segar atau yang baru di tuai. Kupas kulitnya dan ambil biji kacang didalamnya. Sebelum semai biji benih kacang tanah, pastikan batas terhindar dari semut kerana ia merupakan perosak utama biji benih. Semut suka makan kacang tanah. Jika menggunakan kacang tanah yang dibeli dipasaran, ia perlu direndam 2-3 jam. Hanya biji benih yang tenggelam sahaja di ambil untuk semaian. yang terapung bermakna biji kacang tanah tersebut telah rosak

3. Penyediaan lubang tanaman
Sediakan lubang tanaman sedalam 1 1/2 inci dengan jarak 3/4 kaki atau sejengkal setengah bagi setiap lubang. Isi 4-5 biji benih kacang tanah bagi setiap lubang dan timuskan dengan tanah

IKLAN

4. Pembajaan
Sebaiknya gunakan baja organik. Selesai penyedaiaan batas, taburkan baja organik dan biarkan 1 hingga 2 minggu sebelum di semai biji benih. Pembajaan berikutnya boleh dilakukan selepas 30 hari semaian. Selepas 30 hari semai, pokok kacang tanah dah mula bercambah dan telah mencapai ketinggian 4-5 inci. Apabila pokok sudah membesar, cara pembajaan adalah dengan menyelak dan taburkan baja antara pokok. Selepas tabur, siraman perlu dilakukan segera. Pokok kacang tidak memerlukan pembajaan yang kerap.

5. Siraman
Penyiraman bergantung pada keadaan cuaca. Seeloknya 2 kali sehari. Perlu diingat jika medium tanaman yang digunakan berpasir, penyiraman perlu dilakukan lebih banyak ketika musim panas. Ini kerana, medium tanaman jenis pasir lebih cepat menyerap air namun tidak mengekalkan kelembapan dalam tempoh yang lama. Ketika musim panas, siraman yang dilakukan hanya berupaya melembapkan permukaan tanah. Namun, bahagian dalamnya masih kering. Jadi perlu lebih lama menyiram

6. Penggunaan racun serangga
Kacang tanah tidak mempunyai sebarang ancaman serangga perosak utama. Hanya masalah smeut dan tikus yang memakan kacang.

IKLAN

7. Tuaian
Kacang tanah sudah boleh dituai apabila mencapai tempoh 90-100 hari. Petanda kacang tanah anda sudah sedia di tuai juga boleh dilihat apabila daunya yang lebat mula kering dan gugur. Daun dibahagian atas atau pucuk pula kelihatan kekuningan.

IKLAN