Cara Selamatkan Pokok Terendam Air Banjir, Elak Risiko Akar Rosak & Jangkitan Penyakit

Cara Selamatkan Pokok Terendam Air Banjir, Elak Risiko Akar Rosak & Jangkitan Penyakit. Kejadian banjir yang berlaku pada kediaman bukan sahaja menyebabkan banyak harta benda musnah, pokok-pokok kesayangan di laman juga turut terkesan.

Apabila pokok terendam akibat banjir, langkah pemulihan perlu segara dilakukan segera bagi mengurangkan risiko kerosakan akar dan jangkitan penyakit.

Berikut ialah panduan lengkap untuk memulihkan pokok selepas terendam air banjir.

1) Alihkan Pokok Dari Kawasan Bertakung

Sebaik sahaja air mulai surut, pindahkan pokok ke kawasan yang kering dan mempunyai pengudaraan baik. Elakkan meletakkan pokok di bawah cahaya matahari terik secara terus kerana akar masih dalam keadaan tertekan.

2) Bersihkan Daun & Batang

Air banjir biasanya mengandungi lumpur, sisa minyak dan bahan tercemar. Bilas daun dan batang menggunakan air bersih. Jika terdapat lumpur tebal, bersihkan secara perlahan bagi mengelakkan kerosakan pada pucuk muda.

3) Periksa Keadaan Akar (Bagi Pokok Dalam Pasu)

Tanggalkan pasu dengan berhati-hati dan perhatikan warna akar:

Akar berwarna putih atau cerah: Masih sihat
Akar gelap, lembik atau berbau: Tanda awal root rot (busuk akar)

Ads

Jika terdapat bahagian akar yang rosak:

  • Potong bahagian yang lembik atau mereput.
  • Buang medium tanaman yang lama kerana ia mungkin tercemar.
  • Gantikan dengan medium baharu yang lebih poros dan cepat kering seperti campuran potting mix, cocopeat dan perlite.

Cara Selamatkan Pokok Terendam Air Banjir, Elak Risiko Akar Rosak & Jangkitan Penyakit

4) Elakkan Pembajaan Buat Sementara

  • Akar yang baru pulih sangat sensitif. Pembajaan awal boleh menyebabkan akar “burn”.
  • Tangguhkan pembajaan selama 2–3 minggu.
  • Mulakan semula apabila pokok menunjukkan pertumbuhan pucuk baharu.

5) Sembur Racun Kulat

Air banjir meningkatkan risiko serangan kulat dan bakteria.
Sembur racun kulat atau neem oil secara nipis pada daun dan pangkal batang untuk mengelakkan jangkitan.

6) Kawal Jumlah Siraman

Minggu pertama selepas banjir:

Siram hanya apabila medium tanaman kelihatan kering.
Elakkan keadaan terlalu lembap bagi mengurangkan risiko akar kembali busuk.

Ads

7) Buang Daun Yang Rosak

Daun yang kekuningan, lembik atau berlubang perlu dipangkas supaya pokok dapat memberi tumpuan kepada pemulihan akar dan pertumbuhan baharu.

Cara Selamatkan Pokok Terendam Air Banjir, Elak Risiko Akar Rosak & Jangkitan Penyakit

8) Letakkan Pokok Di Kawasan Bercahaya Lembut

Pokok memerlukan cahaya yang cukup untuk pulih, tetapi bukan cahaya matahari terik.
Cahaya pagi paling sesuai. Pastikan kawasan mempunyai aliran angin yang baik.

Cara Selamatkan Pokok Terendam Air Banjir, Elak Risiko Akar Rosak & Jangkitan Penyakit

Ads

Jenis pokok yang biasanya mudah pulih selepas dilakukan pemulihan seperti pokok hiasan berdaun seperti aglaonema, monstera, money plant, sayuran dalam pasu, beberapa jenis pokok berbunga. Manakala pokok berbatang lembut seperti keladi lebih sensitif dan mudah rosak jika terendam lama.

Semoga Bermanfaat!

IMPIANA: Jadi jika pokok terendam air banjir, cuba rawat dan pulihkan ia dengan langkah ini. Semoga pokok-pokok tersebut kembali sihat dan segar.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads