
Cuaca sekarang yang panas menyengat, memang jadi tak selesa dibuatnya. Takkan nak kena sentiasa ‘on’ aircond di rumah.
Menurut laporan daripada Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), cuaca panas yang melanda negara ketika ini bukan fenomena luar biasa sebaliknya keadaan yang biasa berlaku saban tahun ketika tempoh Monsun Barat Daya (MBD). MBD yang bermula 10 Mei lalu dijangka berterusan sehingga pertengahan September ini.
IMPIANA kongsikan beberapa cara mudah dan jimat untuk sejukkan rumah tanpa bil elektrik melambung:
Buka tingkap secara bersilang (cross ventilation) supaya udara boleh keluar-masuk dengan lancar.
Letak kipas menghala ke luar di sebelah tingkap untuk bantu sedut keluar udara panas dari dalam rumah.
Guna langsir blackout atau warna cerah untuk pantulkan haba matahari.
Lapik bahagian tingkap dengan foil penebat haba jika rumah menghadap matahari petang.
Letak pokok indoor seperti Lidah Mak Mentua, Monstera atau Sirih Gading dan sebagainya. Ia membantu dalam melembapkan udara dan turunkan suhu ruang kediaman.
Jika merancang untuk cat rumah baru, pilih cat warna cerah dan neutral berbanding rona gelap. Ini bukan saja buat rumah nampak luas, tapi juga tak serap haba sangat.
Kurangkan perabot berat dan gelap, ia buat rumah rasa “panas”.
Kipas siling dengan bilah kayu atau plastik ringan bantu edarkan udara dengan lebih baik.
Air cooler + ais pula boleh jadi alternatif sementara tanpa perlu pakai aircond.
Letak cermin besar di dinding bertentangan tingkap. Pantulan cahaya buat ruang rasa lebih lapang dan nyaman.
Mesti Baca: Cuaca Panas Lebih 32 Darjah Celsius, 5 Tip Jimat Elektrik Terutama Guna ‘Aircond’
Baca Lagi Di Sini:
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Cuaca panas yang berterusan, memang tak selesa dibuatnya. Semoga tip ini dapat membantu pemilik kediaman, mengatasi rasa bahang di rumah.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.