
Tak Ada Masa Nak Lipat, Ini Cara Mudah Urus Baju Berlonggok, Asingkan Ikut Bakul! Dilema setiap kali selepas mengangkat baju-baju di ampaian ialah mencari masa untuk melipatnya sebelum disusun kemas & dimasukkan ke dalam almari. Bagi mak-mak yang seharian sibuk atau mempunyai anak-anak kecil sedang membesar, kerja melipat baju ini seringkali memang tak ‘terkejar’ masa untuk diuruskan.
Perkongsian daripada ibu 5 anak ini, Puan Lynd Abu Bakar boleh dijadikan panduan bagi yang ingin menguruskan baju-baju di rumah dengan lebih terurus, mudah dan praktikal.
Pakai Baju Je Wajib.. Lipat Baju Tak Wajib
Untuk yang amal prinsip
“Hari-hari lepas kering terus lipat”
“Sakit mata tengok baju berlonggok”
Boleh skip.
Prinsip ini sesuai untuk orang yang tak ada masa yang panjang nak hadap baju bajan yang berlonggok.Contohnya, memang tak suka lipat baju. Jadi mood urus baju hanya datang sesekali ja.
Atau untuk orang yang ada baby / anak kecil whick is tak ada kemewahan masa nak hadap baju bian ni sampai sejam dua.
1. Asingkan baju ikut ahli keluarga. (15 minit untuk baju sebanyak ni)
2. Selesaikan 1 per 1 ikut kesempatan masa dan peluang. (Kalau hanger 5 min setiap bakul)
Kalau lepas kita buat step (1) anak berak, nak makan ka, meraung ka kita boleh tolak tepi bakul-bakul tu.
Walaupun tak berlipat setiap ahli keluarga boleh cari dengan mudah dalam bakul masing-masing. Kalau anak dah besar boleh ajar mereka hanger / lipat baju sendiri.
Part ni memang kena berdamai dengan keadaan.
Mungkin kita stress tengok baju tak berlipat tapi keadaan semasa tak mengizinkan.
Relax… settlekan apa yang penting dulu.
Ingat tadi.. pakai baju ja wajib.. lipat baju tak wajib..
Step (2) ni secara psychology kasi semangat untuk kita settlekan 1 per 1.
“Alah.. 1 bakul 5 min je”
Bila rasa sekejap je, kita lagi rasa ringan nak mulakan.
Dah siap 1 bakul, kita dah rasa seronok kejayaan pertama, akan lebih semangat nak siapkan 1 bakul lagi.
Kalau dapat lari sekejap dari anak 5 minit settle 1 bakul. Kalau sempat 1 je. Its ok. Kita cari kesempatan 5 minit lain.
Cara ni Lynd amalkan masa zaman serabut dulu. Rasa macam down sangat bila hal baju bajan tak settle-settle. Baru datang semangat lipat, kena stop separuh jalan.
Kalau tak angkut masuk almari terus, mau roboh balik baju yang dah berlipat separuh.
Dah kena start balik dari awal.So cara ni berjaya buat Lynd rasa lega.
Tak stress.
Hopefully dapat bantu mak-mak anak kecil yang lain.
Harap membantu!
IMPIANA: Semoga perkongsian tip ini bermanfaat, bagi mak-mak yang sering tiada masa untuk menguruskan baju berlonggok keluarga di rumah. Mudah dan praktikal, paling penting mengikut kemampuan sendiri dan mudah di ambil.
Sumber: Lynd Abu Bakar
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.