Penah tak anda jatuhkan gula-gula getah pada permaidani? Atau benda lain seperti tanah liat atau ‘slime’ yang mampu melekat pada permaidani. Bukan mudah untuk tanggalkan ia daripada permukaan permaidani kerana sifatnya yang melekat.
Tapi tak mengapa, di sini IMPIANA tampilkan 3 cara mudah untuk menanggalkan sisa melekat ini dari permaidani semudah ABC.
Caranya:
Gunakan ais. Letakkan ais pada sisa tersebut kemudian biarkan beberapa minit, sisa melekat tersebut akan dapat ditanggalkan dengan mudah.
Gunakan spray WD-40, hanya semburkan pada permukaan sisa melekat, ia akan tanggal dengan mudah sekali.
Anda juga boleh menggunakan penanggal warna kuku. Sama caranya, anda hanya perlu sapukan pada permukaan sisa melekat. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tahu kah anda, Dalam peti sejuk beku juga boleh berlaku letupan walaupun rasanya tak ada benda yang memudaratkan. Tambahan pula, letupan ini berlaku bukan disebabkan oleh kualiti peti sejuk beku atau masalah litar. Murah ke, mahal tetap alami masalah yang sama jika 3 benda ini berada di tempat yang salah.
Apakah bahan atau benda berbahaya yang tidak sepatutnya diletak di dalam peti sejuk beku? Terdapat tiga bahan yang dikenal pasti yang tidak selamat untuk diletakkan di dalam peti sejuk antaranya ialah:
1. Minuman berkarbonat
Biasanya, minuman berkarbonat mengandungi karbon dioksida di dalamnya yang mana menyebabkan ia menjadi bergas tidak seperti minuman manis biasa. Namun, apabila ia menjadi sejuk beku, air di dalam minuman akan menjalani proses kristalisasi disebabkan oleh suhu yang membeku dan meninggalkan hanya sedikit ruang yang semakin mengecil bagi partikal karbon dioksida di dalam minuman ringan ini.
Pada suhu yang sangat sejuk, karbon dioksida akan mengembang dan oleh kerana tiada ruang yang mencukupi untuk menampung gas ini di dalam tin, ia akan menjadi semakin mengembang pada tekanan yang amat tinggi. Ini akan menyebabkan minuman dalam tin ini meletup apabila tidak lagi dapat menampung tekanan.
2. Ais kering
Seperti minuman berkarbonat, ais kering juga pada asasnya terbentuk dari formasi pepejal karbon dioksida. Biasanya ais kering digunakan sebagai kesan khas kerana ia mengeluarkan asap untuk persembahan konsert, teater dan rumah hantu. Untuk membentuk asap dari ais kering, ia perlu direndam di dalam air yang akan menyebabkan karbon dioksida berubah menjadi gas melalui proses yang dipanggil pemejaluwapan.
Walaubagaimanapun, apabila berada di dalam peti sejuk, suhu berada di bawah -18 darjah celcius, dan proses pemejaluwapan bagi ais kering dipercepatkan pada tahap yang sangat pantas menyebabkan karbon dioksida mengembang sebanyak 600 hingga 800 kali dari bentuk pepejal.
Namun, jika ais kering tidak meletup di dalam ruang sejuk beku, peti sejuk anda akan termati dengan sendiri disebabkan suhunya yang jauh lebih rendah dari suhu peti sejuk anda.
Adalah amat penting apabila anda tidak sepatutnya memegang ais kering dengan tangan yang tidak beralas kerana ais kering boleh menyebabkan luka beku. Jadi, pastikan anda memakai sarung tangan yang tebal apabila mengendalikan ais kering dan pastikan ia tidak diletakkan di dalam peti ais. Sebaliknya di dalam bekas ‘styrofoam’ atau bekas simpanan ais.
3. Alkohol dan cecair mudah terbakar
Minuman beralkohol mungkin boleh disimpan di dalam ruang sejuk beku peti sejuk untuk menjadikan ia sejuk dengan segera tetapi awas apabila botol itu tidak dibuka. Ia akan menyebabkan tekanan dan cecair di dalam botol akan mengembang lalu boleh mengakibatkan letupan yang serius jika ia disimpan lama di ruang sejuk beku.
Jadi minuman beralkohol adalah dilarang diletakkan di dalam peti sejuk pada ruang sejuk beku.
Selain dari melarang meletak minuman ini di dalam ruang sejuk beku , ia juga agak merbahaya bagi meletak alat elektronik di atas peti sejuk anda. Suhu yang berbeza dan mempunyai gelombang elektromagnetik pada peti sejuk boleh merosakkan alat elektronik anda.
Selain itu, jangan mencuba untuk membuang ais yang membeku di dalam peti sejuk anda dengan benda yang tajam.
Penyejuk di dalam peti sejuk menggunakan gas ‘isobutane’ iaitu gas yang mudah terbakar. Sekiranya anda dengan sengaja membocorkan sistem penyejuk ini dengan benda yang tajam semasa membersihkan peti sejuk, ia juga boleh menyebabkan letupan.
Disebabkan peti sejuk adalah salah satu barangan elektrik yang kerap anda gunakan di rumah, adalah sangat penting bagi anda menjaga peti sejuk di rumah dengan baik.
Anda diingatkan untuk tidak meletakkan item di atas, di ruang sejuk beku peti sejuk anda bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada keluarga anda di rumah. Jika anda tidak pasti sama ada makanan dan minuman itu boleh diletak di dalam peti sejuk atau tidak, sila rujuk kepada label pembungkusan.
Sumber: http://petuaibu.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
“Bilik tidur saya kecil sangat. Nak mengemas pun tak semangat je rasanya. Bilik tidur tu memang fungsinya untuk tidur sahaja dan sukar untuk saya lakukan aktiviti lain di bilik tidur. Tak selesa. Hmm.. terasa juga nak deko bilik tidur bagi nampak luas”
Ya, betul tak semua orang mempunyai ruang bilik tidur yang luas. Lebih-lebih lagi yang tinggal di perumahan jenis flat. Sangat terhad ruang biliknya. Tapi jangan risau ! IMPIANA akan membantu anda dengan tips mudah ini.
Hiasan dekorasi bilik menjadi terhad kerana anda buntu bagaimana hendak jadikan bilik tidur yang sempit menjadi luas dan menarik. Jadi, IMPIANA kongsikan antara cara-cara hendak memberikan impak bilik tidur yang kecil nampak luas adalah dengan :-
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Berapa kerap anda mencuci peti ais atau peti sejuk? Setidaknya, peti sejuk wajib di cuci sebulan sekali bagi memastikan ia sentiasa bersih dan tidak menjadi habitat bekteria yang akan menjadi punca kepada masalah kesihatan seperti keracunan makanan.
Jangan ingat ruang yang sejuk tak menjadi habitat bakteria ya. Oleh sebab itu, untuk pastikan peti ais anda sentiasa bersih dan terhindar dari sebarang bakteria ia perlu di cuci bersih. Kebiasaannya bahan cucian yang digunakan adalah sabun pembersih pinggan. Betul tak? kalau sabun tersebut tidak di cuci bersih kan mendatangkan kemudaratan.
Melalui perkongsian di dalam Facebook, Puan Ayus Hanif berkongsi bahan yang digunakan untuk mencuci peti sejuk.
Selalu masak masak, peti sejuk, freezer cuci tak? Paling rajin mesti cuci seminggu sekali. Ataupun sebulan sekali mesti cuci. Kebersihan sangat penting. Itu lambang peribadi seseorang.
Cara saya, campurkan cuka makan @ cuka epal dengan 1 sudu besar baking powder untuk cuci peti sejuk. Campuran ini boleh juga gunakan untuk cuci oven juga. Untuk freezer kadang-kadang ada kotoran degil, ambil berus gigi dan sental kotoran tu.
Dengan melakukan rutin ini secara konsisten, keadaan peti ais akan lebih bersih dan tidak berbau memandangkan ia umpama bekas besar menyimpan semua makanan kita secara bercampur-campur. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!