Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang tergolong dalam famili tumbuhan Amaranthaceae iaitu sama famili dengan pokok balung ayam iaitu sejenis tanaman hiasan yang berbunga menarik. Ia dikatakan mengandungi banyak khasiatnya tersendiri. Di antaranya seperti mempunyai kalori yang rendah tetapi tinggi dengan kandungan vitamin A dan K, mencegah kanser, meningkat sistem imuniti badan, mengekalkan kesihatan otak, merendahkan tekanan darah dan kadar kolesterol iaitu sekadar menyebut beberapa contohnya. Terdapat dua jenis pokok sayur bayam iaitu berdaun merah dan juga berdaun hijau.

Penanaman: Ia mudah ditanam menggunakan biji benihnya yang boleh didapati dari buahnya yang matang. Bijinya juga boleh dibeli dari pusat tanaman, kedai pertanian, dan juga pasaraya. Arahan mengenai cara menyemai dan menanam pokok bayam ini juga tertera di pek biji benih yang dibeli bagi memudahkan cara penanamannya .

Cara Mudah Semai Bayam Dari Biji Benih Gerenti Hidup

Ia sesuai tumbuh dalam campuran tanah atau medium tanaman yang agak lembap serta gembur  dan juga mengandungi banyak bahan organik. Campuran yang disyorkan adalah campuran tanah untuk pokok berpasu iaitu dalam nisbah 3:2:1 (Tanah Peroi: Bahan Organik: Pasir Sungai). Pokok bayam mudah ditanam kerana anda hanya perlu menabur benihnya di plot tanaman yang telah digembur atau dicampur medium tanamannya. Seterusnya berikan penjagaan yang diperlukannya. InsyaAllah hasilnya cukup memuaskan.

Untuk menyemai dan menanamnya ikuti langkahnya seperti berikut:

1)Campurkan biji benih pokok bayam yang halus itu dengan pasir halus

IKLAN

2)Tabur terus di tanah yang telah digemburkan terlebih dahulu dan berikan siraman dua kali sehari agar medium semaiannya senantiasa lembap.

3)Apabila anak benih telah tumbuh empat helai daun bolehlah dijarangkan iaitu dengan mencabut beberapa anak benih di sekeliling anak benih yang ingin dibiarkan membesar.

Manakala anak benih yang dicabut tadi bolehlah ditanam semula di ruang kosong yang terdapat di plot tanaman anda di tanah. Bagi anda yang tidak mempunyai ruang di tanah untuk menanamnya tidak perlu risau kerana pokok sayuran ini juga boleh ditanam dalam bekas tanaman seperti pasu, polibeg atau bekas tanaman yang diperbuat daripada plastik atau palung logam dengan menggunakan medium tanaman seperti tersebut di atas

IKLAN

Selepas ditanam dan disiram letakkannya di tempat teduh dahulu sehingga ia mula tumbuh barulah dipindahkan ke kawasan yang mendapat cahaya matahari yang banyak untuk pertumbuhannya dan seterusnya berikan penjagaan seperti di bawah ini.

Penjagaan:1)Ia perlu didedahkan kepada cahaya yang banyak untuk tumbuh subur.

2)Siram 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang bagi memastikan medium tanamannya lembap sentiasa agar anak bayam cepat tumbuh membesar.

IKLAN

3)Gunakan baja organik seperti najis ayam untuk pertumbuhan pokok yang lebih subur.  Ikuti arahan mengenai cara dan kekerapan penggunaannya seperti tertera di pek baja yang digunakan.

Pokok bayam boleh dipetik apabila pokoknya mencapai anggaran umur lebih kurang 2 hingga 3 bulan selepas disemai bijinya dan ini juga bergantung kepada cara penjagaan selepas penanamannya.

Cara Mudah Semai Bayam Dari Biji Benih Gerenti Hidup

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI