“Arghhh… Stressnya tengok anak-anak lipas ni berkeliaran dalam kereta ni. Kalau pukul nanti bersepai pulak isi perut lipas tuh. Ada tak cara mudah untuk hapuskan semua lipas-lipas ni sekaligus ya?”
Bila anak-anak duduk dalam kereta, biasanya mesti ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal, bukan? Jadi, tak hairanlah kereta mudah menjadi tempat pembiakan lipas. Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah kereta yang bersih dan masih menjadi kegemaran lipas. Puas kita halau, masih muncul lagi lepas beberapa hari.
Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.
Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
Ads
Tapi, kalau asyik ‘spray’ berkali-kali, takut kita pula yang pening. Kesan bahan kimianya pula dikhuatiri membahayakan anak kecil. Jadi, apa yang patut anda buat?
Jangan risau, di sini IMPIANA kongsikan cara mudah untuk anda hapuskan anak-anak lipas ini.
Ads
Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:- 1. Minyak masak yang sudah digunakan 2. Susu Pekat 3. Majerin
Sukatan bahan tidak dihadkan, anda boleh gunakan sebanyak mana anda mahukan. Gaul sebati bahan-bahan di atas, kemudian tuangkan kedalam bekas dan biarkan semalaman dalam kereta anda.
Ads
Pagi esok dah boleh lihat hasilnya. Anda bukan sahaja boleh menggunakan cara ini pada kereta anda, malah ia juga sesuai untuk menghapuskan lipas yang berada di dapur, stor, bilik dan ruangan lain.
Selamat mencuba. 🙂
Sumber: RidhwanRashid
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Selain untuk tujuan membersihkan gigi anda, ubat gigi juga mempunyai kegunaan lain yang jarang dipraktikkan. Berikut, 20 penyelesaian mudah dan cepat hanya dengan menggunakan ubat gigi:
1.Mengilatkan kuku Gosokkan ubat gigi pada permukaan kuku anda dengan menggunakan kain kapas selama 1-2 minit dan bilas dengan air bersih. Kuku anda bukan sekadar kilat, tetapi berbau segar.
2.Mengilatkan barang perak Barang perak sama ada sebagai aksesori diri mahupun perhiasan di rumah akan mula pudar. Ini kerana tindak balas bahan terhadap iklim persekitarannya. Untuk mengembalikan kilauan pada barang perak anda, gosokkan ubat gigi dengan menggunakan kain yang dibasahkan sedikit sehingga mencapai keputusan yang anda inginkan,. Bilas barang tersebut dan lap dengan kain kapas sehingga ia betul-betul kering sebelum digunakan semula.
3.Mengilatkan lampu kereta Kereta bila dah mencapai usia lebih 5 tahun, penutup lampu pun akan mula kusam disebabkan terdedah kepada cahaya matahari kerap. Ada yang mengambil keputusan untuk hantar ke tempat mencuci kereta untuk tujuan dikilat. Kalau dah sepasang lampu tu harganya paling murah pun RM 40. Sebenarnya, hanya dengan modal tidak lebih RM 10, anda boleh kilatkan semula lampu kereta anda dengan menggunakan ubat gigi. Lakukan kaedah seperti anda mengilatkan barang perak. Ulang beberapa kali untuk mendapatkan kesan yang lebih menarik.
4. Mengilatkan kekunci piano Kekunci piano apabila kerap digunakan mesti ada kesan kuning-kuning tue kan? Nak hilangkannya, anda hanya perlu guna ubat gigi dan gosokkan pada permukaan kekunci piano. Kemudian bilas bersama kain bersih yang telah dibasahkan dengan air suam.
5. Mengilatkan kasut kulit Esok ada temuduga, kasut kulit masih tidak dikilatkan. Cari pengilat kasut pulak dah habis. Dah larut malam ni semua kedai dah tutup. Penyelesaiannya adalah gunakan ubat gigi. Gosok ubat gigi dengan menggunakan berus gigi lembut. Selesai mengosok, lap kasut dengan menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan air suam untuk hasil super kilat.
6.Googles renang berkabus Elak dari googles anda berkabus. Kaedaan ini pasti mengganggu pemandangan anda ketika menikmati pemandangan di dasar laut. Mengatasi masalah ini, cuci cermin googles anda dengan menggunakan ubat gigi. Hasil cucian, satu lapisan film bakal terbentuk dan mengelak dari cermin googles anda kusam. Ia sama seperti hasil anda mengosok gigi, satu lapisan akan mencegah kehadiran cavity.
7. Hilangkan water spot Kebiasaanya permukaan meja mesti mengalami masalah ini terutamanya yang terdedah kepada cuaca luar. Ia merupakan tindak balas air membentuk lapisan kapur. Macam-macam kaedah telah dilakukan untuk membersihkannya. Penyelesaian paling mudah, gunakan ubat gigi seperti mana anda letakkan pada barang perak untuk tujuan mengilat.
8. Hilang kesan dakwat pada baju Tiada siapa sukakan kesan dakwat pada baju. Silap-silap baju tersebut terus tidak digunakan lagi. Perkara ini kerap berlaku kepada lelaki yang suka letak pen pada poket hadapan kemeja dan ia amat sukar di tanggalkan. Cara mudah untuk menanggalkan kesan dakwat tersebut adalah dengan membasahkan sedikit bahagian yang terkena dakwat dan letakkan ubat gigi pada bahagian tersebut. Biarkan beberapa ketika sehingga ia mengering. Jika perlu, biarkan semalaman pun tak menjadi masalah. Dah kering, basuh macam biasa sahaja. Tapi kaedah ini hanya sesuai pada pakaian yang baru terkena dakwat. Kalau yang dah lama-lama tue susah sikit.
9.Tanggalkan kesan pewarna rambut Bersihkan tuala yang anda gunakan dari kesan pewarna rambut seperti mana dilakukan untuk tujuan menghilangkan kesan dakwat pada baju.
10. Melegakan kesan gigitan nyamuk Untuk mengurangkan kesan iritasi pada bahagian yang digigit nyamuk, sapukan sedikit ubat gigi pada benjolan tersebut dan biarkan sehingga lega.
Memang sakit mata bila lihat kesan hangus pada periuk. Tak kira lah di dalam mahupun di luar.
Dulunya periuk di sangkut pada dinding cantik-cantik belaka Tapi bila dah berkerak bontotnya sakit mata.
Wah! berpantun pula. Bagi wanita yang memang sentiasa mendedikasikan diri dekat dapur tu, ini antara masalah yang tak boleh diterima. Maka berlaku lah adegan sental periuk seperti kena dera. Namun apa kan daya, sampai bercalar periuk pun, kesan hangus tak hilang.
Anda tak perlu membazir masa, tenaga dan wang ringgit. Cuba gunakan 10 tip mudah ini untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu kuali dan periuk di dapur. SELAMAT MENCUBA.
1. Baking soda Baking soda memang sudah diperakui mempunyai banyak kelebihan dalam mencuci. Untuk menanggalkan kerak degil pada bontot atau dalam kuali, anda hanya perlu bancuhkan 2 sudu baking soda ke dalam satu besen air. Larutkan dan rendamkan 2-3 jam bahagian periuk atau kuali yang mempunyai kotoran ngeri tadi. Kesan hangus tadi atau kerak akan melembut dan mudah untuk disental.
2.Cuka makan dan baking soda Campuran ini khas untuk mencuci bahagian dalam periuk yang hangus. Didihkan air di dalam periuk yang telah hangus tadi dan masukkan satu cawan cuka. Bila kerak hangus tadi mula kelihatan lembut dan mudah tertanggal, matikan api dan masukkan baking soda. Bila dah sejuk, anda boleh lah sental dengan menggunakan span kasar.
3. Garam dan limau nipis Gaul rata garam dan air perahan limau nipis menjadi seperti satu adunan yang likat. Kuantiti yang diperlukan untuk limau dan garam bergantung kepada saiz periuk atau kuali. Lebih besar, maka banyaklah diperlukan. Sapu rata pada permukaan yang berkerak dan dibiarkan selama 2 jam. Selesai 2 jam, letak sikit demi sedikit air pada permukaan yang telah diletakkan garam tadi dan sental. Kaedah ini sesuai untuk bontot periuk dan kuali yang mempunyai kerak yang tebal.
4. Krim tartar Caranya, rendam krim tartar bersama dengan air semalaman ke dalam periuk atau kuali hangus yang anda ingin bersihkan.
5.Garam kasar sahaja
Didihkan air di dalam kuali atau periuk yang hangus tadi. Bila dah menggelegak, masukkan pula segenggam garam kasar dan kacau perlahan-lahan. Kalau ada permukaan yang keraknya tebal, gonyoh sikit dengan menggunakan senduk kayu.
6.Tomato Gunakan tomato yang tidak terlalu masak kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyekkan buah tomato tersebut ke dalam periuk yang hangus dan biarkan semalaman. Esoknya baru anda sental.
7. Minuman berkarbonat Kalau kesan hangus atau kerak dalam periuk disebabkan oleh gula atau proses caramelizer, anda boleh gunakan minuman berkarbonat sebagai penyelesaian. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan merendam periuk atau kuali yang hangus akibat gula ke dalam air berkarbonat sekurang-kurangnya 2 jam. Kebiasaannya, kerak gula tersebut akan tertanggal sendiri. Mana yang tak tertanggal, anda boleh cungkil dengan menggunakan senduk kayu.
8. Cuka sahaja
Untuk kerak hangus yang tak terlalu serius, anda hanya perlu didihkan secawan cuka bersama 3 cawan air di dalam periuk. Kacau sampai kerak tadi tertanggal sendiri.
9. Garam kasar dan minyak Caranya, sebaik sahaja selepas anda masak, ketika periuk atau kuali masih dalam keadaan masih panas rendamkan terus periuk ke dalam air. Cuba basuh, bilas dan cubalah tanggalkan kerak yang hangus tadi seboleh mungkin. Kemudian ambil segenggam garam kasar dan ratakan pada keseluruh permukaan dalam kuali dan periuk sambil anda menyental lagi sehingga kerak hangus tersebut tertanggal. Selepas itu bersihkan semula kuali, dan lap sehingga kering, panaskan semula kuali dan periuk tersebut. Agak-agak apabila sudah panas, padamkan api. Akhir sekali perlahan-lahan sapukan minyak pada keseluruhan bahagian dalam kuali dan periuk dengan menggunakan berus.
10. Sabun mandi Cara ini hanya akan digunakan jika anda benar-benar ingin menggunakan kuali atau periuk yang hangus tadi secepat yang mungkin. Seboleh-bolehnya dapatkan juga berus keluli atau berus kawat. Caranya adalah dengan memotong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Mula-mula rendamkan sabun mandi tersebut ke dalam periuk atau kuali yang hangus itu bersama-sama dengan sepotong sabun mandi tersebut. Selepas itu , dalam beberapa minit sabun akan mulai kembang. Buangkan lebihan air rendaman tadi. Akhir sekali, tekan dan sentalkan sabun mandi tadi ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga penyek. Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus keluli tadi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kita pasti teringin nak hiaskan bilik air cantik-cantik. Tetapi niat terhenti apabila memikirkan saiz bilik air yang kecil. Terasa buntu dan mati kutu. Sebenarnya saiz bilik air bukanlah masalah jika ada kemampuan kewangan untuk membina sesuatu yang WOW di dalam sebuah bilik yang kecil. Malah ia juga praktikal mengikut keperluan kita.
Seperti bilik air milik Fatin Amierah Zabri ini, dia telah melakukan sendiri ‘makeover’ terhadap bilik airnya. Fatin berkongsi tip dan langkah bagaimana dia melakukan ubah wajah bilik air yang kelihatan biasa ini kepada yang lebih cantik.
OH BILIK TERMENUNGKU
Percaya atau tidak semuanya pemilik buat sendiri , kecuali lantai .
Dahulunya tandas ini kelihatan biasa dan kini warna hitam putih dan lebih menarilk. Macam mana nak buat?
DINDING
Untuk dinding, anda perlu pergi ke kedai yang membekal cat khas untuk tiles. Pemilik menggunakan cat jenis NIPPON EPOXY. Untuk bilik air ini pemilik memilih dua jenis warna.
BORDER
Pembahagian dinding seperti corak yang telah digunakan ia merupakan wallpaper jenis kalis air. Ia sangat sesuai untuk bilik air. Kos perbelanjaan hanya RM25 utnuk 10 meter.
RAK SHAMPOO
Pemilik belinya secara online sahaja. Search shampoo rack. Mesti keluar. Dan drill sendiri . Anggaran kos RM40
CERMIN & KABINET SINKI
Pergi kedai barangan toilet cari yang dah siap set seperti ini. Lebih jimat . Satu set RM399 . Drill sendiri .
POKOK BUNGA Kaison , ikea, ssf semua ada yg jenis ini . Setiap satu tidak sampai RM20 .
LANTAI
Untuk proses ubah suai lantai, pemilik dapatkan perkhidmatan daripada yang pakar. Pemilik hanya memberi idea reka bentuk yang diinginkan dan serahkan kepada yang mahir. Kos yang dikeluarkan RM950 .
Akhir sekali tukar lampu bulb tu kepada warna warm light . So nampak effect mewah sikit .
Okay… Itu je yang mampu . Setakat nak ubah penampilan tandas ala-ala hotel, anda tidak perlu berhabisan sehingga 5-6 ribu untuk tukar tiles . Setakat mana boleh jimat, kita jimat .
Sumber: Fatin Amierah Zabri
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.