Cara Mudah Hasilkan Bantal Comel Berbentuk Bintang

Share

“Twinkle, twinkle, little star, how I wonder what you are, up above the world so high, like a diamond in the sky..” Jom hasilkan diy bantal bintang ini, ia amat sesuai dijadikan sebagai dekorasi di dalam bilik si kecil, bilik bacaan atau di hias di ruang tamu. Lebih besar saiz bintang lebih menarik hasilnya.

Anda Perlukan:

  • Fabrik cotton
  • Gunting
  • Pola bentuk bintang
  • Pen
  • Jarum menjahit
  • Jarum peniti
  • Benang
  • Loose polyester fiberfill

+Kos/Masa:  RM20 / 1 Jam

  1. Ambil fabrik cotton dan lipat dua secara terbalik. Lukiskan pola bentuk bintang di atas fabrik.

2. Pinkan kedua-dua lapis fabrik dengan jarum peniti supaya fabrik tidak bergerak ketika digunting.

3. Gunting mengikut bentuk dengan menganggar jarak sebanyak 1 cm sebagai basi jahitan. Bintang yang telah siap digunting.

4. Garisan yang dilukis tadi akan dijadikan panduan semasa menjahit nanti. Ini akan memudahkan proses menjahit.

5. Jahit sekeliling fabrik dengan jahitan lurus. Jahit mengikut garisan yang dilukis. Tinggalkan jarak sebanyak 10sm tanpa perlu dijahit sebagai ruang untuk diisi dengan loose polyester fiberfill.



Nota: Gunting disetiap lekuk  basi fabrik dengan bentuk V untuk memastikan bentuk bintang terhasil dengan cantik.

6. Terbalikkan fabrik dan kemaskan. Bentuk bintang akan elok kelihatan.

7. Masukkan loose polyester fiberfill sehingga penuh. Kemaskan dihujung bucu bintang.

8. Jahit bahagian yang terbuka dengan jahitan sembat atau jahitan sorok.

9. Bantal bintang sudah pun siap.

 

TIP IMPIANA

  • Anda boleh jadikan bantal bintang ini sebagai arca mobil, di mana anda hanya perlu hasilkan lebih banyak bantal bintang ini dengan saiz yang kecil dan gantungkan ia di bilik tidur.

 

 

IKLAN