Mangkuk Tandas Berkerak, Cara Mudah Untuk Hilangkan kesan degil. Mangkuk tandas yang kerap digunakan sudah tentu akan ‘berkerak’ dan kelihatan kotor. Kalau anda sekadar menyiram dengan air atau ‘flush’ air sahaja sudah tentu kerak itu tidak akan hilang.
Ada juga sesetengah orang yang menggunakan sabun dalam kuantiti yang banyak dan terpaksa menggosok ‘toilet bowl’ bertalu-talu bagi menghilangkan kerak tersebut. Kalau anda juga menggunakan kaedah yang sama, apa kata next time anda cuba kaedah yang lebih mudah ini untuk membersihkan kerak pada mangkuk tandas. Anda pasti kagum dengan perubahannya nanti.
TIP BERSIHKAN MANGKUK TANDAS YANG BERKERAK
GUNAKAN CUKA
Anda perlu siramkan cuka dalam kuantiti 2 gelas pada sekitar permukaan dan penutup tandas. Lepas itu biarkan selama 2 jam.
Setelah 2 jam, anda hanya sekadar perlu menggosok toilet bowl dengan berus. Tidak perlu terlalu berkeras cukup sekadar menyental kerak dan kotoran yang ada kemudian bilas dengan air bersih. Cuka yang bersifat menghakis itu membantu menghilangkan kotoran degil dengan mudah.
COKE
Jika tiada cuka, anda juga boleh gantikan dengan coke (coca cola). Caranya sangat mudah, anda hanya perlu tuang coke kedalam mangkuk tandas dan biarkan selama sejam. Kemudian ‘flush’, segala kotoran akan hilang kesan daripada tindakan ‘citric asid’ yang terdapat pada coke.
AWAS! Walaupun bahan-bahan ini digunakan dalam masakan anda harus menggunakan penutup mulut apabila menggunanya untuk membersih tandas.
Bila sebut putih, ramai di kalangan kita hanya tahu putih ini hanya mempunyai 2 biasan. Putih asli atau putih krim. Putih Jadi Tarikan ‘Evergreen’ Dalam Warna Kediaman, Siapa Setuju.
Ehhh salah tu ! Masih banyak biasan warna ini yang boleh kita nikmati terutama anda yang mendiami kediaman sempit dan juga yang mahukan gaya harmoni penuh dengan rona feminin. Sederhana namun menggoda pandangan mata. Kuasa rona putih!
PUTIH BOLEH WAT RUMAH CANTIK KE?
Sebenarnya warna ini pun ada banyak biasan yang boleh anda cuba. Warna ni taklah terlalu terang atau jelas tetapi jika anda sukakan suasana harmoni, damai dan rileks, ilham macam ni patut kita cuba.
MANA LEH KITA DAPAT CAT MACAM NI DAN APAKAH PILIHAN BIASANNYA?
Cuba lihat dalam katalog cat. Selalunya ia disebut sebagai shades of white. Benar pilihan warna ini tidak popular sebab masih ramai yang belum berani memilihnya sebagai warna kediaman. Walhal warna nilah yang patut anda pakai terutama mereka yang duduk rumah kecil dan yang tak berani cuba warna terang tu.
PILIHAN YANG SESUAI UNTUK KITA?
Terdapat biasan yang boleh anda cuba. Dari newtral seperti warna kulit telur ke kehijauan, merahan, kekuningan malah kebiruan serta kelabu.Ia memberi aura yang positif untuk kediaman anda tanpa ada rasa terkongkong atau keterlualuan. Anda yang mahukan ketenangan dan rasa damai, digalakkan memilih warna seumpama ini. Apatah lagi mereka yang takut bermain dengan warna, boleh mencuba menggunakan warna seumpama ini.
17 Jenis Reka Bentuk Sofa Di Dunia, Yang Mana Sesuai Dengan Dekor Kediaman Anda. Sofa, Elemen yang akan mendominasi keseluruhan dekor ruang tamu anda. Walaupun seluas mana kediaman anda, tetamu yang hadir akan tertumpu pada sofa anda. Bukan sekadar keselesaan menjadi ukuran, malah rekabentuknya mampu menzahirkan konsep keseluruhan dekorasi kediaman.
Tapi ramai yang kurang perihatin terhadap sofa. Ia lebih kepada janji ada je. Namun jika anda yang mementingkan sebuah kediaman impian yang sempurna, walaupun bersederhana reka bentuk yang sesuai untuk kediaman anda perlu diambil berat.
Namun, dalam memilih reka bentuk sofa pun boleh buat anda pening kepala. Ini kerana setiap design sofa hanya sesuai dengan konsep rekabentuk yang tertentu. Oleh itu, Pastikan tetapan konsep telah di lakukan sebelum memilih dan membeli sofa di kedai. Selain itu juga, jika anda kenal jenis reka bentuk sofa ia lebih memudahkan carian di kedia. Sebut sahaja jenis sofa yang diperlukan, jurujual akan terus tunjuk rekaan yang mereka ada. Jadi, ia tidak memeningkan dan mempercepatkan proses pemilihan anda.
Jenis-jenis rekabentuk sifa yang terdapat di dunia adalah seperti berikut:
4 Kemasan Siling Buat Ruang Tampak Rapi dan Lebih Menyerlah. Apabila memasuki bagunan atau kediaman, perkara yang paling kurang diberi perhatian adalah bahagian siling. Walaupun begitu, sebenarnya siling mampu memberi impak yang besar buat sesuatu ruang. Para designers juga sering merujuk kepada siling sebagai ‘dinding ke-5’, ini menunjukkan yang kemasan siling juga adalah sama penting untuk dipertimbangkan semasa proses ubah suai rumah.
PLASTER
Plaster merupakan bahan yang mesra alam, tahan lama dan kuat. Selain itu plaster juga merupakan bahan yang mempunyai pelbagai warna dan tekstur berbeza-beza agar mudah dibentuk dan dipadankan mengikut kesesuaian ruang.
PAPAN KAYU
Papan kayu sebagai kemasan siling memang jarang kita lihat di negara ini tetapi bukan bermaksud ia tidak wujud. Kayu dapat menambah karakter kediaman serta merta menjadikan ruang lebih sofistikated dan elegan. Selain itu, siling kayu juga mudah untuk dipasang dan dengan penjagaan yang rapi, ia boleh tahan dalam jangka masa yang lama.
CAT
Dengan mnegecat siling putih yang hambar, anda dapat memberikan life baru untuk sesuatu ruang. Cat pada siling haruslah dari jenis yang tahan lama bagi mengelakkan ia mengelupas dan retak. Lapisan perlindungan juga boleh disapu pertahanan yang lebih mantap selain mewujudkan kilauan reflektif.
WALLPAPER
Kertas dinding yang ditampal pada siling adalah cara yang kreatif untuk menambah warna dan memberi mood pada mana -mana ruangan dirumah anda. Sebelum anda memasang kertas dinding pada siling yang kosong, pastikan ia betu-betul bersih dan rata. Pastikan anda menyapukan primer khas, dibuat khusus untuk digunakan bersama wallpaper agar kerja-kerja pemasangan berjalan dengan lebih lancar.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.