Cadar dan selimut adalah antara fabrik yang susah untuk disimpan kemas di dalam almari. Bukan sahaja susah untuk menyimpan, malah sukar untuk dilipat kemas. Oleh itu, ada beberapa cara dan kaedah mudah untuk melipat dan menyimpan cadar dan selimut supaya sentiasa kemas.
Kuali aloi anda di rumah macam mana kondisinya? masih berkilat macam baru beli tak terutamanya bahagian bontot kuali. Kerak tebal berwarna hitam pada bahagian bontot kuali wujud kebiasaanya disebabkan oleh 2 faktor.
Bontot kuali mudah hitam disebabkan oleh jelaga dari dapur masakkan. Kebiasaanya ia berlaku di sebabkan oleh tungku bermasalah. Tapi, ada lagi satu punca yang kebiasaanya berlaku dan susah untuk dicuci. Ia berpunca dari minyak atau sisa makanan yang melekat pada permukaan botot kuali. Lama kelamaan dibiarkan, ia akan menebal dan sukar untuk dibersihkan.
Namun, Puan Dahriah Damsah ada cara mudah dan murah untuk memastikan bontot kuali anda kelihatan bersih dan berkilat seperti baru di beli.
Bahan-bahan:
Sabun mandian Fruitale
Berus dawai
Cara-cara:
1. Kikis sabun mandian fruitale menjadi serbuk dan bancuh dengan sedikit air supaya menjadi pes
2. Sental permukaan bontit kuali dengan menggunakan berus dawai setiap kali selesai memasak
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara paling mudah dan cepat memberi nafas baru dalam sesebuah dekorasi adalah hanya melalui cat. Tak perlu tukar perabot atau aksesori, cukup sekadar palitan rona baru pada dinding. Namun, pemilihan rona dan trik yang digunakan dalam mengecat menentukan impak visual terhadap sesuatu ruang. Oleh itu, pastikan tujuan utama atau konsep yang ingin diterapkan sebelum mengecat.
Berikut, IMPIANA kongsikan bagaimana sesebuah ruang boleh bertukar saiznya secara visual walauhanya dengan menggunakan cat sahaja:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Anak-anak yang meningkat besar menuju usia 5 tahun memang sukakan cabaran dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Mak-mak rasa lagi mencabar apabila bayi anda mula merangkak dan baru dapat kaki. Habis setiap pelusuk diterokai tanpa risau ancaman dan bahaya.
Biasa lah, masa-masa yang mencabar ini kediaman anda susah nak nampak kemas dan terusun rapi. Baru sahaja siap mengemas, dah berselerak semula. Paling mak-mak boleh hilang sabar adalah apabila baju dalam almari dan laci berselerak di buatnya. Tapi Ojie Ismail ada cara penyelesaian mudah.
Lipat baju baby cara saya..
Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju..
Guna konsep lipat dan ‘tuck in’ memang terbaik sebab, selongkar lah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.
Bila dah puas anak selongkar sampai laci kosong, ibu2 hanya perlu susunkan semula jer.. Dah tak payah penat2 lipat balik.. Cuma kemas2kan lipatan jika perlu..
Sesaja share, mungkin ada kawan2 yang mengalami masalah yang sama.. Kita lipat2, tak sampai 10minit dia dah selongkar balik..dah nak kena lipat lagi..
Baju petang dan malam: Baris depan, baju lengan pendek+seluar panjang. Baris tengah dan belakang; baju lengan panjang+seluar panjang.
Baju Siang: Baris depan: baju tanpa lengan+seluar pendek
Baris tengah n belakang: baju lengan pendek+seluar pendek
CARA LIPAT BAJU TUCK-IN 1. Butangkan butang paling atas dan bawah. Kalau rajin butangkan semua pun boleh 2. Terbalikkan baju 3. Letak seluar 4. Lipatkan kaki seluar ikut panjang baju 5. Lipat bahagian badan baju.. Pastikan bahagian bahu lurus.. Sbb nak create ‘pocket’
6. Lipat lengan baju
7. Lipat lagi sebelah
8. Lipat 1/3 baju 9. Masukkan kan hujung baju ke bahagian bawah tengkuk baju
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.