Cara Hidupkan Biru Muda

Share

Bila sebut soal warna, lainorang lain pendapatnya. Lain orang lain pula cita rasanya. Ada yang sukakan warna lantang agar ruang nampak gah , memukau dan melambangkan kekuasaan.

Ada yang lebih sederhana. Ruang mahu dilihat tenang dan memberi keseimbangan antara warna, perabit dan pencahayaaan. Biru muda, antara warna yang popular di kalangan peminat seni hias dalaman yang telah berkembang pesat sejak kebelakangan ini.

BIAR KONSEP MODEN ATAU KEDESAAN, BIRU MUDA TETAP MENYERLAHKAN KEINDAHAN RUANG PILIHAN KITA.

Inspirasi biru muda ini bleh kita lihat di alam semesta. Contoh terbaik pada langit dan samudera. Biru dan putih merupakan padanan yang tidak pernah menghampakan. Bahkan celedon dan procelin juga antara inspirasi yang boleh anda ambil. Kini banyak pereka, syarikat cat dan pelbagai lagi mengambil inspirasi biru muda dari pelbagai medium termasuk denim dan sebagainya.

Bagaimana kita boleh menghidupkan warna ini?

  • Pencahayaan – selalunya rona biru muda sudah semua jadi lembut. Jadi anda yang mempunyai cahaya semula jadi yang agak terik di ruang kediaman, molek ditapis dengan sheer curtain agar suasana lebih rileks dan segar.
  • Pencahayaan putih juga mampu menyerikan suasana dan pada masa yang sama menyerlahkan nilai elegan ruang. Cahaya putih dari lampu fluorecent dan jenis yang sama dengannya mampu memberi nilai estetika berbeza pada waktu malam.
  • Aksesori – Banyak jenis akesori yang boleh anda pilih terutama bagi menambah seri atau nilai estetika pada ruang. Anda boleh memilih porcelin cina, atau hiasan jubin dari Agra India atau Turki jika memilih tema Asia dan sezaman.
  • Anda juga boleh jubin Belanda bagi yang mahukan jaga kolonial atau kotemporari . Atau sekadar balang jernih rona biru muda yang banyak dijual kini yang sesuai dipadankan dengan tema kampung nelayan atau ilham nautika.
  • Selain daripada sofa putih yang menakutkan ramai tuan rumah, anda boleh memilih kerusi katu putih atau kerusi rotan dengan warna aslinya. Ia sudah cukup cantik menjadikan ruang kediaman kita nampak berseri dan punya kepelbagaian.
  • Jangan bimbang jika mahu menempatkan sebuah dua perabot ala vintage yang nampak usang dimamah waktu sebagai satu kelainan. Anda boleh memilih meja konsol dan sebagainya.
  • Bunga-bungaan kering masih mampu menyerlahkan seri ruang kediaman anda. Malah bunga-bunga liar atau bunga yang tidak terlalu mahal sudah cukup menyerlahkan seri sudut kediaman anda.
  • Ambal ala serat warna natural sememangnya cantik disamping permaidani rona khakis yang mampu memberi satu kepuasan pandang.
IKLAN