Cermin, mungkin ada di kalangan kita merasakan ia hanya untuk melhat wajah sendiri. Kini tidak lagi cermin juga umpama barang kemas dalam sebuah tata hias. Terdapat pelbagai jenis cermin yang boleh anda pilih sama ada yang biasa atau yang mempunyai potongan unik dan berseni.
KARAKTER RUSTIK MEMPUNYAI KESINAMBUNGAN ANTARA CERMIN DAN PERABOT. LAMBANG MEDAL PERSIS ZAMAN PENJAJAHAN SPANYOL. MEMANG PADAN JIKA KEDIAMAN ANDA DISERIKAN DENGAN GAYA KLASIK ATAU AMERICAN STYLE.
ELEMEN LUCU ATAU TIDAK SERIUS DI DALAM SEBUAH TATA HIAS SEDONDON YANG SERIUS DAN HAMBAR. SESUAI UNTUK KEDIAMAN MODEN, KONTEMPORARI ATAU ANDA YANG BERJIWA SENI.
GAYA RUSTIK EROPAH YANG PENUH TRADISI DALA GAYA KONTEMPORARI DAN SESUAI JUGA UNTUK GAYA COUNTRY
Kita selalunya menggantung di tempat yang penting. Di pinggir pintu masuk, di ruang makan, kamar beradu, kamar mandi, ruang antara ruang makan dan tamu . Adakala bukan perlu sangat cermin di situ, cuma ia bagaikan satu penyeri dan memberi impak ruang lebih luas (untuk kediaman kecil) dan lambang kemegahan.
PERMAINAN ILUSI..CERIN DI SUSUN DALAM PERLBAGAI KECONDONGAN DAN SAIZ SESUAI UNTUK KEDIAMAN BERKONSEPKAN MODEN
KEPELBAGAIAN BENTUK BINGKAI DAN GAYA YANG MENJADIKAN CERMIN SEBAGAI SATU AKSESORI DINDING YANG SANGAT PENTING.SESUAI UNTUK KEDIAMAN KONTEMPORARI ATAU ETNIK
Pastikan ketinggian cermin sama tinggi dengan bingkai pintu iaitu 7′ jika cerminnya besar. Namun jika cerminnya kecil , pastikan bahagian tengah cermin sama tinggi dengan wajah kita. iaitu sekitar 5′ atau 4′ 9″ kepada mereka yang petit.
ILHAM GAH, UMPAMA GALERI YANG BERSENI, CERMIN BESAR DIJADIKAN AKSESORI UNTUK DINDING INI.
Adakala kita terlalu ghairah memilih cermin berbingkai emas lkasik sedangakn rumahnya moden , ringkas bersahaja. Elakkan . Pilih bingkai yang sama dengan perabot kita. Jika kayu, bingkai kayu, jika kaki sofa kita perak simple dan kemas begitu juga karakter bingkai cerminnya. Jika mood karakter ala rustik , cari bingkai yang juga mempunyai karakter rustik. Ini bagi mewujudkan satu kesinambungan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Mungkin masih ramai yang tidak biasa dengan konsep dekorasi seumpama ini. Konsep coastal yang melambangkan sebuah kampung nelayan dan ilham itu diubah suai selaras dengan keperluan kediaman moden.
INILAH ANTARA KONSEP YANG MENJADIKAN ELEMEN LUSUH SEBAGAI SATU BENDA CANTIK DAN MENGHIDUPKAN HIASAN RUANG.
DI SAMPING WARNA BIRU ELEMEN ANYAMAN JUT, GUNI ATAU RUMPAI AIR MERUPAKAN TRADE MARK KONSEP COASTAL.
Selalunya konsep ini sinonim dengan gaya Amerika yang banyak menolak warna-warna terang dan menggandingkan rona pucat sebagai satu inspirasi suasana pantai di sebelah sana yang agak dingin dan berkabus adakalanya. Tetapi itulah keindahan yang diserlahkan oleh pereka untuk tuan rumah abadikan di kediaman mereka.
RINGKAS DAN CANTIK, GAYA HIDUP NELAYAN YANG SEDERHANA DIABADIKAN DALAM SEBUAH ILHAM KONSEP.
KESEDERHANAAN PILIHAN WARNA PUCAT MENJADIKAN IA SELESA DAN SESUAI UNTUK HIASAN KEDIAMAN HUJUNG MINGGU DAN KEDIAMAN PINGGIR PANTAI.
Pilihan warna biru dengan corak berbelang antara corak lazim yang dapat kita perhatikan pada konsep seumpama ini. Malah elemen yang mencerminkan kisah hidup nelayan dijadikan perhiasan seperti pendayung, rumah api , batu karang dan sebagainya. Ia sememangnya menarik dan menjadikan suasana tidak ubah seperti di perkampungan nelayan.
JIKA TIDAK PUNYA DINDING KAYU, WALL PAPER JUGA BOLEH DITAMPAL DENGAN KESAN BINAAN KAYU YANG REALISTIK.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Memilih konsep kediaman bukanlah berdasarkan kepada minat semata-mata. Tetapi, ia perlu bersesuaian dengan perwatakkan dan keperluan harian anda. Contoh kata, anda minat rumah berwarna putih. Tapi pada hakikatnya, anda seorang yang pemalas atau mempunyai keluarga yang besar. Adakah deko berwarna putih tu sesuai dengan situasi dan personaliti anda?
Jadi dalam memilih dekor yang bersesuaian dengan diri anda, kaji dulu personaliti anda. Bila dah tahu, baru tengok apakah konsep dekor bersesuain dengan diri anda dari senarai yang telah disediakan
Pembersih atau OCD
Untuk mereka yang OCD atau sangat pembersih, deko berwarna putih tadi memang sesuai. Tapi kalau anda jenis OCD yang mempunyai kekangan masa untuk mengemas rumah, sebaiknya pilih konsep kedimana minimalis.
Konsep minimalis tidak memerlukan perabot dan perincian yang banyak. Disamping itu, ia lebih mudah tersusun dan akan membuatkan minda anda lebih tenang. Ruang rumah yang kosong dan lapang akan memudahkan anda untuk kekal fokus kepada hal-hal yang lebih penting.
Kerjaya seorang fashionista, instagrammer atau ikon media sosial
Kebiasaanya, orang yang banyak mendedahkan diri terhadap umum ni mudah mendapat perhatian dan sentiasa diikuti. Oleh itu, mereka harus kelihatan “up to date” sama ada dari segi fesyen ataupun lifestyle. Disamping itu, anda yang mempunyai kerjaya yang cemerlang dalam bidang ini harus berfikiran terbuka dan seorang yang suka mencuba.
Oleh itu, konsep yang amat bersesuaian dengan anda yang mempunyai personaliti ini adalah kediaman yang berkonsepkan kontemporari kerana sentuhan deko ini sentiasa akan nampak segar dan terkini.
Walaupun stail kontemporari akan sentiasa berubah mengikut masa dan trend pada ketika itu, ada elemenpemilihan perabot bertamakan Scandinavian contohnya masih boleh dikekalkan dalam tema kontemporari. Penggunaan hasil karya dan poster juga amat sesuai dengan tema ini.
Golongan muda yang cemerlang dan profesional
Anda seorang yang amat suka dengan gaya hidup urban dan mewah. Kehidupan harian anda sangat tersusun dan kebiasaan akan dihabiskan dengan kerja dari 9 hingga 5 petang. usai kerja, masa untuk ke gim dan selepas tu bersantai di kedai-kedai atau restoran mewah dan terkemuka adalah cara hidup anda.
Jelas ini menunjukkan, gaya dan konsep kediaman moden amat sesuai untuk anda yang jenis metropolitan ini. Kebiasaanya untuk konsep kediaman ini, pemilihan unit studio, SOHO atau SOVO amat bertepatan dengan anda.
Pemilihan perabot eksklusif dengan gabungan warna yang kontra amat bersesuaian dengan konsep kediaman moden. yang penting hasilnya harus kelihatan seperti hotel
Penggunaan perabot yang licin dan tanpa tekstur, ia akan membuatkan rumah anda tampak lebih elegan. Anda boleh menggunakan kombinasi perabot, langsir, dinding dan lantai untuk mendapat efek ‘monochrome’.
Anda seorang jurugambar, designer atau berjiwa hipster
Kebiasaanya, anda yang memegang personaliti ini merupakan seorang yang kreatif dan inovatif. Hanya mereka yang mempunyai sisi kreatif sahaja boleh menghargai tema dekorasi yang nampak seperti bangunan tak siap ini atau lebih mudah dikenali sebagai konsep industri.
Di Malaysia, tema atau konsep ini amat digilai oleh golongan muda. Kebanyakkan pejabat dan kafe menggunakan konsep dekor ini sebagai tarikkan. Material yang selalu dipilih untuk konsep industri adalah seperti tekstur batu bata, konkrit dan kayu.
Untuk mendapatkan stail ini, kombinasi penggunaan batu bata sebagai hiasan dinding, permukaan konkrit dan guna pakai kayu lama adalah amat penting. Penggunaan besi dan kerja pendawaian elektrik terbuka juga menjadi salah satu elemen menarik dalam hiasan dalaman stail industrial ini.
Anda sangat “easy going”
Umum tahu anda seorang yang ringkas, tenang dan amat mudah didekati. Melalui personaliti ini, konsep kediaman yang bersesuaian dengan adalah nordic atau scandinavian.
Walaupun pemilihan perabot untuk konsep kediaman ini ringkas dan hampir sama dengan minimalis, ia mementingkan perincian lain seperti pasu, ornamen bingkai gambar, lampu, bakul dan sebagainya. Namun kebiasaannya pemilihan perabot kayu dengan rona-rona pastel adalah bersesuaian.
Konsep kediaman nordic atau scandinavian lebih menonjolkan material kayu. Bukan sahaja pada perabotnya, malah kemasan lantai dan dinding.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!