
Cuaca Malaysia kini semakin tidak menentu. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bukan lagi sekadar fenomena sementara, malah sudah menjadi antara ancaman utama kepada struktur rumah, terutamanya bahagian bumbung.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, banyak laporan kerosakan akibat ribut dilaporkan: bumbung zink tercabut, genting terbang, kebocoran air hujan, malah ada kes di mana keseluruhan atap rumah musnah dalam sekelip mata.
Soalan penting yang harus kita tanya, adakah bumbung rumah anda cukup kukuh menghadapi musim ribut ini?
Sebelum bercakap tentang ketahanan, penting untuk tahu jenis bumbung yang digunakan. Dua jenis paling biasa di Malaysia ialah bumbung zink (metal roofing) dan bumbung genting (concrete tile roofing). Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Bumbung jenis ini ringan, mudah dipasang dan kosnya lebih murah. Ia sesuai untuk rumah kampung, stor, garaj atau anjung. Namun, kerana sifatnya yang ringan, bumbung zink mudah terangkat atau tercabut bila ditiup angin kencang terutama jika tidak dipasang dengan betul.
Selain itu, zink menyerap haba dan bunyi, menjadikan ruang bawahnya lebih panas dan bising ketika hujan lebat. Masalah utama biasanya terletak pada sistem pengikat. Bila skru tidak cukup atau longgar, angin kuat boleh menyelinap masuk dan mencabut helaian logam seperti kertas.
Bumbung genting lebih berat dan stabil, sesuai untuk struktur konkrit kekal. Ia tahan panas dan kalis bunyi, tetapi memerlukan rangka sokongan yang kukuh. Jika kayu reput atau besi berkarat, genting boleh mudah gelongsor atau pecah.
Selain itu, retakan kecil yang tidak dibaiki boleh menyebabkan kebocoran halus yang lambat dikesan dan merosakkan siling serta struktur dalaman rumah.
Musim ribut memerlukan tindakan pencegahan tambahan. Berikut beberapa langkah disarankan oleh pakar pembinaan untuk mengukuhkan bumbung rumah anda.
Ketahanan bumbung sahaja tidak cukup tanpa penyelenggaraan berkala. Berikut langkah penting yang sering diabaikan pemilik rumah:
Jika anda tidak pasti dengan tahap keselamatan bumbung rumah, jangan baiki sendiri. Pemeriksaan dan pembaikan bumbung memerlukan kepakaran serta alat keselamatan khusus.
Dapatkan kontraktor bertauliah atau jurubina berlesen untuk:
Pelaburan kecil untuk pemeriksaan berkala boleh mengelakkan kerugian besar — malah mampu menyelamatkan nyawa keluarga anda.
Ketahanan bumbung rumah tidak bergantung pada jenis bahan semata-mata, tetapi cara pemasangan, penyelenggaraan dan kepedulian pemilik. Sama ada zink atau genting, kedua-duanya boleh tahan lama jika dijaga dengan betul.
Dalam musim hujan dan ribut yang semakin kerap melanda Malaysia, langkah proaktif jauh lebih penting daripada reaksi selepas bencana. Ingat, lebih baik mencegah daripada menyesal bila bumbung sudah melayang.
Mesti Baca: Tragedi Putra Heights: SPNB Bina Semula 81 Rumah Musnah Sepenuhnya
Baca Lagi Di Sini: Rumah Paris Hilton Hangus Akibat Kebakaran Hutan
Artikel Menarik:Berebut Harta Pusaka, Kakak Nekad Roboh Rumah Adik Lepas Menang Kes Mahkamah
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.