Sukun boleh dikategorikan sebagai makanan yang agak sukar diperolehi. Hal ini disebabkan oleh struktur pokoknya yang besar tak ramai gemar tanam di laman. Tapi sekali buahnya digoreng celup tepung atau jadi kerepek, sedapnya yang amat.
Namun terbukti sukun tidak hanya dimanfaatkan buahnya saja. Daun sukun dapat dimanfaatkan kepada kesihatan sama ada melalui daunya yang segar atau pun telah kering. Remedi daun sukun berupaya merawat pelbagai penyakit. Antaranya:
Merawat batu karang
Batu karang kalau rawatan dari doktor adalah melalui pembedahan sama ada secara manual ataupun laser. Namun, anda juga punya pilihan untuk merawat secara alamai. Terdapat beberapa jenis daun atau makanan yang berupaya memecahkan batu karang menjadi hablur dan dikeluarkan melalui proses pencernaan.
Daun sukun antara ramuan yang digunakan untuk merawat batu karang.
Cara penyediaan:
1. Rebus sehelai daun sukun yang masih muda (tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda) bersama 2 cawan air sehingga mendidih.
2. Amalakan minum air rebusan daun sukun satu cawan setiap hari untuk mendapatkan kesan yang baik.
Kalium yang terkandung di dalam daun sukun berupaya mengurai batuan yang terdapat di dalam ginjal dan dibawa keluar melalui urin.
Merawat hepatitis
Daun sukun yang telah kekuning dan masih melekat di pokok mempunyai kandungan Phenol dan Quercetin yang tinggi. Ia berupaya menurunkan tekanan darah dan mencuci pembuluh darah. Ini secara tidak langsung dapat memastikan saluran jantung bersih dan mengawal masalah jantung tersumbat.
Cara penyediaan:
1. Sedaiakan daun sukun tua kekuning yang masih melekat pada dahan
2. Cuci bersih daun tersebut dan keringkan. Tapi jangan keringkan di bawah matahari hari terik. Asalkan kena angin seperti di ruang anjung sudah memadai
3. Bila dah kering sepenuhnya, rebus satu helai daun dengan 5 gelas air sehingga tersisa separuh
4. saring kan air rebusan dan dimun ketika suam setiap hari
Sumber: http://www.akusehatku.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI