Salah satu masalah yang akan timbul apabila membeli langsir siap ialah ukuran langsir yang tidak bersesuaian dengan tingkap rumah. Sama ada ia terlalu pendek atau terlalu panjang, kedua-duanya memang boleh buat kita frust. Sebab itulah lebih baik jika kita ukur dahulu betul-betul supaya tidak menyusahkan nanti..
Tapi kali ini, IMPIANA nak kongsikan cara untuk alter semula langsir panjang meleret dengan cara paling mudah dan cepat. Tanpa perlu potong dan jahit, langsir anda akan nampak lebih kemas!
Tip ini telah dikongsi oleh saudara Ahmad Syahril Mohd dalam akaun facebook nya.
Sedikit perkongsian tips penjimatan daripada masalah kaki langsir yang meleret.. Nak hantar kedai jahit, tak hantar2, last2 DIY je lah..
Ads
Bahan yang anda perlukan :
1. Gam kasut kedai eco
2. Seterika
Ads
Gamkan dan gosok menggunakan seterika supaya gam melekat kuat pada kaki langsir
Ads
Siap! Selamat mencuba semua.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jangan menilai sesuatu dari luarannya saja. Prosa ini bukan sahaja sesuai digunakan untuk orang atau buku, malah juga boleh digunapakai bagi merujuk pada sesebuah kediaman. Kita tidak mungkin dapat meneka apa yang ada didalamnya hanya dengan melihat fizikal luaran bangunan yang usang dan hambar.
Melihat dari keadaan luarnya, pasti ramai yang tidak percaya dengan kewujudan kediaman indah serba lengkap yang ditatarias dengan konsep rustik industrial yang terletak di Petaling Jaya ini.
Pemilik rumah ini telah menggunakan khidmat dari firma rekabentuk hiasan dalaman professional, Icon Factory yang membuktikan bahawa kediaman lama juga boleh tampil menarik jika diberi treatment yang betul. Rekabentuk teliti dan sarat dengan elemen industrial dengan penggunaan bahan yang sengaja dibiar raw dapat dilihat pada segenap ruang kediaman berusia lebih 30 tahun ini.
Permukaan kaunter atau lebih dikenali sebagai countertop merupakan permukaan mendatar untuk membuat kerja di dapur atau kawasan penyediaan makanan. Kaunter selalunya akan berada di atas dan di sokong oleh kabinet. Permukaan ini mesti diletakkan pada paras yang ergonomik bagi memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja penyediaan. Pelbagai jenis bahan atau material yang boleh digunakan untuk membina countertop mengikut kesesuaian dan penggunaan pada dapur masing-masing. Jadi apakah perkara yang paling penting untuk diambil kira sebelum memilih countertop?
Ya, bahan yang dipilih perlu tahan lama dan sudah tentunya perlu kelihatan cantik di dapur anda. Tetapi yang paling penting, ia mesti dapat menahan cabaran masakan Malaysia. Itulah sebabnya pilihan permukaan kaunter dapur adalah sangat penting. Bagi memilih material yang betul, anda perlu tahu dan peka tentang penggunaan dapur. Adakah anda meletakkan kuali panas terus ke atas kaunter? Atau menggunakan batu lesung di atas kaunter untuk menumbuk sambal? Ini material sesuai IMPIANA cadangkan untuk pertimbangan anda semua.
LAMINATE
Laminate diperbuat daripada plastik sintetik dengan permukaan licin yang mudah untuk dibersihkan. Kepingan laminate dipotong mengikut saiz tertentu selain mempunyai banyak pilihan warna dan tekstur. Bahan ini mudah untuk dijaga dan juga tahan lama tetapi jika terdapat sebarang calar ataupun kesan tercabut, itu adalah mustahil untuk dibaiki melainkan anda menukar semuanya kepada yang baru.
SOLID SURFACE
Solid surface datang dalam pelbagai rupa dan warna. Namun, bahan ini memerlukan penyelenggaraan dari masa ke masa, bagi membantu untuk mengekalkan ketahanannya. Walaupun kalis haba dan mudah untuk dibersihkan, solid surface boleh tercalar dan terbakar.
JUBIN SERAMIK
Jubin seramik adalah bahan yang tahan lama dan mudah dibersihkan. Tambahan pula harganya yang murah dan anda mempunyai pelbagai pilihan yang sesuai untuk countertop kediaman. Kerana ia mudah dipasang, anda boleh lakukannya sendiri bagi menjimatkan kos dan masa.
KONKRIT
Permukaan kaunter konkrit menawarkan kedua-dua fungsi dan kecantikan, memberikan anda keupayaan untuk mewujudkan permukaan dengan pelbagai warna, bentuk atau saiz. Tekstur dan kemasan disediakan untuk disesuaikan dengan gaya reka bentuk sama ada moden, kontemporari mahupun industri. Kemasan ini juga sememangnya tahan lasak dan mudah untuk dibersihkan dan dijaga.
KAYU
Santai, rustic dan tidak lapuk dek zaman; ini adalah tiga perkataan untuk menggambarkan countertop yang diperbuat daripada kayu. Bukan sahaja dari segi estetik, bahan ini juga kuat dan tahan sehingga bertahun-tahun lamanya. Selain itu, kayu juga merupakan bahan kalis haba, bermakna anda tidak perlu bimbang tentang periuk panas yang anda letakkan diatasnya.
MARMAR
Merupakan pilihan paling mudah jika anda seorang yang mementingkan kemewahan kerana marble akan membuatkan dapur anda tampak lebih elegan dan sesuai dipadankan dengan konsep kontemporari. Tetapi penjaan yang rapi perlu diberikan kerana material marmar ini berliang dan jika tertumpah bahan pewarna perlulah dibersihkan dengan segera agar tidak merosakkan keaslian kaunter marmar tersebut.
GRANITE
Jika anda mempunyai bajet yang banyak dan tidak kisah untuk berbelanja demi mendapatkan permukaan kaunter idaman, Granite adalah pilihan yang tepat. Ia serta merta akan menjadikan dapur anda lebih elegan dan ekslusif. Bahan yang tahan lama, kuat dan menarik ini juga kalis haba, susah untuk di calar dan kemek.
Kredit gambar : Google/ Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Menghias kediaman baru sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana prosesnya bukan semudah yang disangka. Selepas layout planning dan pecahan bajet, pemilihan konsep dan warna juga merupakan perkara yang perlu dititikberatkan. Seperti yang dilakukan pada apartmen 3 bilik ini, pemilik menggunakan warna hijau dan putih untuk menyempurnakan lagi konsep tropikal yang dipilih.
Menurut Puan Hanisah Zakaria atau lebih mesra dipanggil Anis, kediaman berkeluasan 850 kaki persegi ni baru sahaja didiami sejak 11 bulan yang lalu. Kos mengubahsuai dan menghias kediaman yang terletak di Setia Alam, Selangor ini pula dianggarkan memakan belanja sebanyak RM30k. Menurut pemilik yang sudah mula mendeko sejak dua tahun yang lalu, rata-rata idea yang didapati dan diolah adalah melalui hasil rujukan yang di lakukan di pelbagai laman sosial yang mempunyai banyak perkongsian mengenai dekor dalaman.
Bahagian kediaman yang menjadi kegemaran pemilik adalah ruang tamu dan ruang makan. Sesuai dengan konsep yang diketengahkan, ruang tamu kediaman ini dihiasi karpet hijau yang dipadankan dengan dua buah sofa kelabu 2 tempat duduk. Bagi menambah seri ruang, Anis turut meletakkan beberapa pasu tumbuhan hijau yang juga bertindah sebagai pembersih udara dalaman. Beralih pula ke ruang makan serba putih yang tampil cukup simple tetapi sempurna buat keluarga ini. Dilengkapi set meja makan 4 kerusi dan kaunter bar, ruang ini juga dihiasi karpet hijau dan tumbuhan bagi mengekalkan kesegaran konsep tropikal.
Anis juga ada berkongsi tips deko buat para pembaca IMPIANA:
1. Beli perabot secara berperingkat bergantung dengan bajet anda.
2. Pilih konsep yang dekat di hati dan sesuaikan dengan keluasan seluruh ruang.
3. Bersihkan permukaan perabot yang berwarna putih menggunakan span lembap dan sedikit pencuci.
4. Vacuum dan mop rumah sekurang-kurangnya sekali sehari.
5. Pemilihan perabot perlu sesuai dengan penghuni. Contohnya, jika terdapat anak kecil, kurangkan baranga kaca.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.