Cara Buat Menara Botol Dari Botol Mineral Terpakai

Share

Ramai antara penduduk bandar yang memilih tidak untuk bercucuk tanam disebabkan kekangan ruang. Selain daripada rumah landed yang semakin kecil halamannya, konsep kediaman bertingkat kini juga menjadi salah satu faktor penyumbang. Bertitik tolak daripada itu maka terhasil lah konsep vertical garden di mana tanaman diletakkan pada dinding khas. Tapi kelemahan sistem khas ini ialah kosnya yang agak mahal. Justeru, apakah penyelesaian terbaik yang mampu menjimatkan ruang dengan harga yang mampu milik.

Jabatan pertanian telah hadir dengan inovasi terbaru iaitu menyarankan penggunaan bahan kitar semula untuk menggalakkan lagi konsep kebun bandar yang diusahakan mereka. Antara rekaan yang menarik dicuba bagi kediaman yang mempunyai halaman sempit adalah menara botol.

Bahan-bahan: 

4 biji        Botol minuman terpakai 1.5 liter
4 biji        Penyambung / nipple pipe
1.5 kaki   Pengikat besi
2 biji        Skru
5 kg        Tanah campuran

Cara-cara:

1. Tandakan Tempat yang akan dijadikan sebagai tempat untuk meletakkan pengikat besi untuk memudahkan ia digantung

2. Ikat pengikat plat besi pada lubang yang telah ditebuk tadi dengan menggunakan skru

3. Ambil botol yang lain dan tandakan pada bahagian tapak botol mengikut saiz mulut botol yang diletakkan pengikat plat besi tadi. Tebuk lubang yang telah di lukis tadi dengan menggunakan soldering iron dan lakukan untuk 3 botol berikutnya

4. Tandakan tetingkap pada dinding botol dari bahagian bawah dan tebuk untuk dijadikan sebagai ruang untuk tanaman. Lakukan untuk semua botol

5. Tebuk lubang pada bahagian penutup botol dengan menggunakan soldering iron untuk diletakkan nipple pipe sebagai lubang saliran. Lakukan untuk ke semua botol

6. Selesai cantumkan semua botol menjadi satu menara, letakkan medium tanaman dan masukkan pokok ke dalam setiap botol

 

7. Selasi menanam, siram semua pokok bermula dari botol paling atas

OGO 25 2017 LAMAN SOLEHAN STEP BY STEP DIY TANAMAN HORTIKULTUR BOTOL AIR BERTINGKAT
OGO 25 2017 LAMAN SOLEHAN STEP BY STEP DIY TANAMAN HORTIKULTUR BOTOL AIR BERTINGKAT
IKLAN