Pokok limau, antara jenis tanaman berbuah yang paling mudah untuk dibiakkan melalui kaedah keratan batang. Tak perlu beli anak pokok lagi jika anda telah mempunyai sebatang pokok limau dewasa. Bebiyana Tambi Khan berkongsi cara mudah dan menjadi proses pembiakkan pokok limau purut dengan kaedah keratan batang.

Limau purut, kasturi dan lemon sangat senang ditanam. Hanya perlu pilih dahan yang sihat dan cukup tua untuk dijadikan “cutting”.

Cara-cara:

1. Pilih dahan yang sihat dan “matured”. Potong.Cara Biak Pelbagai Jenis Pokok Limau Paling Mudah

2. Ni contoh dua dahan “cuttings” yang saya pilih. Buang semua daun.Cara Biak Pelbagai Jenis Pokok Limau Paling Mudah

3.Buat lubang dalam tanah yang lembab. Kita tanam 1 cutting untuk 1 bag.Cara Biak Pelbagai Jenis Pokok Limau Paling Mudah

IKLAN

4. Masukkan “cutting” dan padatkan tanah supaya dahan tadi berkubur dengan baik.Cara Biak Pelbagai Jenis Pokok Limau Paling Mudah

5. Jangan buang daun limau purut yang di luruhkan dari dahan tadi. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer.Cara Biak Pelbagai Jenis Pokok Limau Paling Mudah

IKLAN

Nak masak tom yam boleh gunakan.

6. Tunas daun mula keluar 1 minggu selepas di tanam.Cara Biak Pelbagai Jenis Pokok Limau Paling Mudah

IKLAN

7. Alhamdulillah, salah satu lagi dahan yang kita tanam 2 minggu lepas. Cepat membesar.Cara Biak Pelbagai Jenis Pokok Limau Paling Mudah

Ni anak pokok lemon yang kita tanam 1 bulan yang lalu.

Cara Biak Pelbagai Jenis Pokok Limau Paling MudahCara Biak Pelbagai Jenis Pokok Limau Paling Mudah
Pokok limau kasturi yang kita tanam dari cutting 6 bulan yang lalu. Yang ni cukup sihat dan stabil untuk kita tanam dalam pasu besar.Cara Biak Pelbagai Jenis Pokok Limau Paling Mudah

Cutting yang tidak sempat di tanam selepas di potong boleh simpan dalam bekas berisi sedikit air untuk beberapa hari

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI