Cara Betul Menyimpan Kelapa Parut Supaya Tahan Berbulan Lamanya

Share

Terdapat banyak kegunaan kelapa parut tetapi malangnya, kelapa parut yang dibiar lama dalam suhu bilik tidak boleh tahan lama. Jadi, setiap kali nak guna baru boleh beli. Itu pun tak boleh tangguh-tangguh kerana takut kelapa parut yang dibeli tadi basi.

Tetapi jangan risau, kerana, melalui perkongsian Puan Ani Zam di laman Facebook Masak Apa Hari Ni beliau ada berikan tip dan cara yang betul menyimpan kelapa parut agar tahan lebih lama. Barulah tak rugi..

CARA SIMPAN KELAPA PARUT AGAR TAHAN LAMA :

1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang


2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata
Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan
3. Masukkn loyang ke dlm kukusan yg telah di panaskan

4. Kukus selama 15 minit
5. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dlm plastik


6. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku

7. Kukus semula bila hendak menggunakannya

  • Buat begini boleh tahan sehingga 2 @ 3 bulan kelapa parut tersebut
  • Untuk mendapatkan santan yang pekat , blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis..boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut utk mendapatkan santan yang pekat

SUMBER

IKLAN