Cara Bermain Dengan Warna Oren

Share

Jingga…orang kata warna pinang masak. Aduhai sakit mata bila dihias di dalam kediaman. Adakah benar? Itu mungkin persepsi orang yang takut bermain dengan warna. Hakikatnya, jingga banyak membantu ruang agar nampak seri terutama mereka yang menghias rumah dengan set perabot jati perang mewah.

OREN DENGAN WARNA KAYU MEMANG ELOK…

TAK PERLU BANYAK SIKIT SANA-SINI PUN DAH NAIK SERI.

ANDA SEORANG YANG DRAMATIK? NI KALAU RUMAH AGAK GELAP MEMANG LAWA PAKAI WARNA OREN.

Usah digelapkan lagi rumah dengan cat warna senada. Perang bertemu perang apa je yang nampak ? Kesian kayu jati itu. Jadi antara warna yang serasi dalam kelompok perang adalah jingga. Jangan lupa kita mempunyai banyak pilihan rona jingga yang cantik lagi eksklusif. Mungkin bagi ruang kediaman yang agak gelap dan terkepung itu boleh ditukarkan moodnya dengan rona seumpama ini.

OREN LEMBUT PUN SESUAI UNTUK GAYA MODEN ATAU RETRO

SATU LAGI GAYA RETRO MODEN YANG NAMPAK EKSKLUSIF KAN…

MODEN KONTEMPORARI DENGAN SEDIKIT ESEN ALA-ALA ETNIK DI SITU…

Pereka kata lagi, rona jingga ini boleh merangsang selera anda untuk makan. Ia juga nampak ceria dan moden terutama bagi keluarga muda yang mempunyai anak-anak yang ceria membesar. Anda yang mempunyai karakter periang dan aktif juga serasi dengan warna seumpama ini. Cuma cari biasan atau tone yang paling sesuai.

DRAMATK DAN ELEGAN. MAKSIMALISM SESUAI BAGI ANDA YANG BERJIWA ARTISTIK

GAYA RETRO MEMANG MENARIK JIKA BIJAK MEMADANKAN WARNA YANG SESUAI.

SEGAR DAN CANTIK. TAK PERLU BANYAK ASAL PANDAI BALANCE PENGGUNAAN WARNA OREN NI.

Jaid jika ruang tamu anda memboasankan, semua warna kelabu, hitam atau putih, selitkan sebuah dua kerusi jingga yang boleh menyerlahkan seri suasana. Jika mahu berjimat sejambak bunga jingga atau kemasan jingga sudah memadai. Itulah kehebatan warna terang, tak nak guna banyak, sedikit sudah memadai.

MINIMALISM? SATU CUKUP KASI PERBEZAAN PERABOT DAN TAKLAH NAMPAK BOSAN

ILHAM YANG HAMPIR SAMA. OREN MENJADI PENYERI RUANG

SUAI PADAN YANG POPULAR DI KALANGAN PEREKA UNTUK WARNA JINGGA

IKLAN