Bukan Hanya Elemen Hiasan, Labu Sayong Boleh Sejukkan Ruangan Rumah!

Share

Labu Sayong merupakan warisan budaya orang melayu yang begitu bernilai kepada sejarah terutamanya di negeri Perak.

Sering dijadikan elemen dekorasi, rupanya ada manfaat orang dulu-dulu menyimpan air LABU SAYONG.  Rupanya dengan menyimpan air di dalam labu sayong dan diletakkan di sudut dalam rumah mampu menyejukkan ruang.

Foto Via Pexels

Baca perkongsian pengalaman dari Puan Aqilah Nor ini.

Sebelum ni saya menyimpan air di dalam labu sayong. Tapi, sekian lama air dia kering macam tu sahaja. Tapi saya perasan masa tu, ruang rumah jadi sejuk sedikit. Saya mencari perkaitannya.

Rupanya, ada satu kajian telah dibuat oleh UPM tentang labu sayong dan kaitannya dengan penyejukan. Saya rasa macam ada menyumbang kepada suhu bilik juga.

 

Saya letak satu labu sayong dalam bilik, dipenuhi air untuk menyejukkan ruang kamar tidur.

Nampaknya kena beli lagi labu sayong untuk diletakkan di ruang lain. Betapa khazanah warisan sebegini, sangat ‘di luar kotak’ manfaatnya.

Semoga Bermanfaat.

Sumber: Aqilah Nor

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

IKLAN