Buat Sendiri “Vanity Mirror” Daripada Kayu Katil Yang Dah Rosak

Share

Sekarang ni sibuk betul dengan Vanity mirror. Cermi berlampu ni kebiasaanya digunakan di bilik-bilik make-up. Ini kerana keupayaan lampu yang terdapat di tepi cermin tu dapat memberi pencahayaan sempurna dan memberi visual yang jelas. Kalau nak beli bingkai cermin nya sahaja, agak mahal. Ada yang jual harga sampai beribu. Apa kata kita DIY sendiri je. Ikut senarai bahan yang telah diberikan oleh Juliana Kelana

 ni

Bahan-bahan: 
-kayu katil (jadikan bingkai)
-pita pengukur (utk mengukur)
-lamp holder
-mentol (putih LED 3w)
-spray putih (ikut lah nk warna apa)
-cermin (ikut ukuran saiz sendiri)
-wayer (ikut lah berapa meter nak)
-connector (penyambungan wayer)
-plug (on/off)
-gam cermin
-papan (jadikan penahan cermin)

Cara-cara:
1. Ukur dan potong kayu mengikut saiz bingkai Vanity mirror yang telah ditetapkan
2. Setalah siap di potong, Cat atau spray bingkai mengikut warna yang telah dipilih

3. Apabila cat dah kering sepenuhnya, ukur kedudukan lampu pula
4. Tebuk lubang pada posisi lampu yang telah ditetapkan sebagai laluan pendawaian


5. Skrukan pemegang lampu pada bingkai kasyu mengikut kedudukan yang telah ditetapkan tadi
6. Letakkan palywood di bahagian tengah bingkai. Boleh lapiskan cermin di bahgian yang kosong

IKLAN