Buat Sendiri Playhouse Untuk Anak-Anak, Murah Dan Menyeronokkan

Share

Duduk lama sangat dekat rumah nak pergi taman permainan tak boleh, nak pergi bersiar pun tak boleh mula macam-macam kerenah anak-anak ni. Jangan kata anak-anak. Kita yang dewasa ni pun macam nak pengsan juga mati kutu dibuatnya. Hari ni IMPIANA nak kongsikan satu inspirasi yang boleh dijadikan satu idea yang baik untuk ibu bapa untuk anak-anak kat rumah. Jom kita buat sama-sama. DIY Playhouse!

Kalau nak beli kat luar ni makan belanja juga ni kan apa kata jom kita buat sendiri, jimat dan menyeronokkan. Hasil perkongsian Sadiqin Sulong.

Anak-anak request nak playhouse, nak beli yang dah siap mahal. Cuba buat sendiri lebih murah sambil-sambil asah skil bertukang.
Banyak idea dan tips dapat dari ahli group ini, mohon halalkan semua ilmu yang saya dapat. Saya kongsikan balik step by step saya buat playhouse ini di ruang setiap gambar. Kita semua boleh buat, cantik tak cantik tak penting di mata anak-anak. Anak-anak dapat tempat untuk bermain petang-petang pun dah cukup gembira.

Langkah-langkah nak buat playhouse

  1. Buat rangka dengan kayu 2×2. Lebar 4 kaki, panjang 6.5 kaki dan tinggi 5 kaki

 

2. Pasang plywood 18mm dan buat tangga. Guna kayu palet buat tutup bahagian atas dinding.

3. Undercoat bahagian yang perlu cat untuk memudahkan urusan cat dan hasil yang lebih kemas.

4. Pasang shera plank hasil lebihan buat stor kat belakang. Overlap 20mm antara dua keping shera.

 

5. Cat semua bahagian dan siap sedia untuk pasang atap.

 

6. Susun atap genting dan lapik bata untuk jaga kaki tiang. Last minit tambah lebihan shera plank acah-acah papan manis. Alhamdulillah dah siap satu playhouse.

Semoga perkongsian ini bermanfaat pada semua pembaca IMPIANA.

Kredit: Sadiqin Sulong

IKLAN