Laman

Buat Sendiri Baja Asli Dari Batang Pisang Untuk Hasilkan Tanaman “OVERSIZE”

Share

Oh! ini lah rahsia orang Thailand hasilkan sayuran daun oversize. Ingat GMO atau baja kimia yang digunakan, rupanya MOL batang pisang je. Daripada pokok pisang yang ditebang untuk diambil buah dilupuskan begitu sahaja, ada baiknya diproses untuk hasilkan MOL untuk mengalakkan pertumbuhan tanaman.

Ada yang kata bukan sekadar pertumbuhan tanaman lebih sihat dan gemuk, malah buahnya adalah gred “A”. Nak buat MOL pula tidak memerlukan bahan yang banyak dan modal yang tinggi. Jom cuba!

Bahan-bahan: 

1 batang pisang
Gula merah

Cara-cara: 

1. Racik atau cincang batang pisang untuk memudahkan proses perapan

2. Sediakan satu bahagian batang pisang yang telah dicincang dan 1 bahagian gula merah. Dalam kes ni, En Rahman gunakan 1.5 kg batang pisang dan 1.5 kg gula merah

3. Gaulkan kedua-dua bahan dan masukkan ke dalam bekas perapan. Tutup ketat bekas perapan dan di simpan selama seminggu

4. Setelah di perap seminggu, tapiskan dan asingkan sisa dari air

6. Untuk kegunaan, campurkan 50ml MOL batang pisang bersama 20 liter air dan sesuai dijadikan sebagai siraman seminggu sekali. Atau spray pada daun setiap hari diwaktu pagi untuk penghasilan buah yang optimum

 

IKLAN