Buat Booster Tanaman Dari Kangkung Cara Orang Indonesia. Natural farming (NF) merupakan salah satu kaedah pertanian secara mampan dengan menggunakan sumber semulajadi yang berada di sekeliling kita seperti mikroorganisme, enzim serta baja yang dihasilkan sendiri dengan menggunakan tumbuhan dan haiwan.
Kebaikkannya adalah untuk menghasilkan makanan yang selamat, mesra alam di samping berupaya menyuburkan tanah secara alami. Booster Tanaman.
5 jenis baja cecair (NF):
1. Baja hijau 2. Baja Buah-buahan
3. Baja berasaskan ikan
4. Baja berasaskan tulang
5. Baja berasaskan kulit telur/kerang/siput
Kaedah membuat baja hijau / Buah
1. potong 1 kg tumbuhan/buah seperti kangkung/batang pisang/buah muda)
IKLAN
*untuk baja buah, hanya ubah penggunaan 1kg sayur kepada 1kg buah-buahan. yang lainnya proses dan bahan perapan yang digunakan sama
2. Adunkan 1 kg tumbuhan hijau tadi bersama 1 kg gula merah ke dalam bekas yang kedap udara
3. Tutup mulut bekas simpanan dengan kain kasa atas kertas sahaja
IKLAN
4. Peram selama 7 hari
5. Tapiskan dan asingkan sisi untuk mendapatkan cecairnya.
IKLAN
6. Letakkan sisa pada permukaan tanah sebagai sungkupan.
7. Ambil 1 sudu besar cecair baja dan campurkan ke dalam 5 liter air
8. Jadikan bahan campuran tadi sebagai siraman pada tanaman sekurang-kurangnya dua minggu sekali
Pisang Tanah atau nama saintifiknya, Dieffenbachia spp. yang berasal dari Amerika Selatan ini sering menjadi pilihan sebagai tanaman hiasan. Tanaman yang mempunyai ciri-ciri batang lembut dan tidak bercabang berwarna hijau dengan daun bertompok kuning, putih, atau hijau mengikut jenis. Ketinggian tanaman ini mampu mencecah sehingga 3 meter. Ia dijadikan sebagai tanaman hiasan di sekitar rumah, pejabat, sekolah dan lain-lain kerana ia kelihatan cantik dan mudah dijaga. Namun, ramai yang masih tidak menyedari tanaman ini sebenarnya bertoksik dan mampu mendatangkan mudarat kepada kita terutamanya kanak-kanak.
Tanaman ini diklasifikasikan sebagai tumbuh-tumbuhan penyebab dermatitis oleh Pusat Racun Negara. Getah dari tanaman ini mampu menyebabkan keradangan di bahagian mulut, kulit, dan mata. Kesan daripada toksik dari tanaman ini juga mampu menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Kesan apabila tergigit tanaman beracun ini akan menyebabkan lidah membengkak dengan serta merta menghalang pernafasan. Selain dari itu, toksik yang terhasil dari tanaman ini juga boleh mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk bercakap.
Jika anda tersentuh tanaman ini, pastikan anda membasuh bahagian badan dengan air dan sabun. Manakala jika anda tergigit atau tertelan tanaman ini, segera minum air atau susu supaya ia dapat melarutkan toksik dari tanaman ini. Pastikan anda mendapatkan rawatan dari klinik atau hospital berdekatan.
Walaubagaimanapun, ingatlah bahawa mencegah lebih baik dari merawat!
Ramai yang mengimpikan untuk memiliki sebuah kediaman yang tenang dan mempunyai privasi optimum. Betul tak? Namun apa kan daya, hiruk pikuk dan kebisingan terutamanya dari jiran berhampiran di tambah pula jalan yang menjadi laluan utama tidak memberi peluang dan kelebihan keapda anda. Tapi, ini tidak bermakna anda perlu melupakan untuk memiliki sebuah kediaman yang kalis bising dan mempunyai privasi buat seisi keluarga. Solusi terbaik adalah dnegan menggunkan elemen-elemn landskap seperti berikut
SOUND BARRIER
Perasan tak ada Kawasan highways tertentu, terutamanya yang berhampiran dengan Kawasan perumahan, pihak tol akan menggunakan tembok tinggi. Ia bukan sahaja untuk tujuan mengawal pemandangan di Kawasan yang diletakkan. Ia juga bertujuan mengurangkan impak bunyi bising dari kenderaan. Anda boleh gunkan konsep yang sama iaitu dengan menggunakan tembok dinding lebih 3 meter, hanya kemasanya sahaja perlu ditukar menjadi sesuati yang lebih cantik seperti penggunaan batu bata atau send stone
PAGAR
Untuk mewujudkan privasi yang optimum pada kediaman anda, jangan guna pagar biasa yang warna hijau tu. Sebaiknya pilih material yang lebih padu seperti konkrit, kayu dan sebagainya untuk hasil yang lebih baik, menarik dan cantik
POKOK DAN TUMBUHAN RENEK
Bina pagaran dengan menggunkan tanaman untuk mencegah pencemaran bunyi dan mewujudkan ruang privasi didalam kediaman. Pilih tanaman yang mempunyai daun yang padat sebagai pagaran seperti Eugenia, Baphia nitida dan sebagainya. Nak tahu, tanaman pagaran lain yang sesuai dan cantik [klik sini]
INSTRUMEN ALAMI
Untuk memecah kebinsingan dari kenderaan yang lalu lang atau aktiviti jiran yang kruang menyenangkan, apa kata tambah instrument alami seperti pancuran air. Ia bukan sekadar melenyapkan pencemaran udara yang terdapat dipersekitaran anda malah memberi terapi minda secara tidak langsung
Bayam berazil atau dikenali dengan nama bayam sissol/samba lettuce / poor mans’s spinach antara sayuran yang paling mudah ditanam dan cepat membiak. Namun hakikatnya terdapat rahsia disebalik sayuran hijau berdaun kerinting ini. Menurut salah satu artikel di dalam Website majalahsains.com, terdepat beberapa khasiat bayam brazil terhadap kesihatan
1. Bayam brazil mengandungi enzim yang berupaya membantu melawan kanser.
2. mengekalkan kesihatan mata 3. Membekalkan vitamin K dan juga menguatkan tulang.
4. Bagi mereka yang ingin berdiet, bayam brazil antara sumber makanan rendah karbohidrat dan lemak 5. Selain itu, spesis sayuran yang terdiri di dalam golongan bayam brazil ini membantu meningkat sistem imunisasi badan
6. Membantu sistem penghadaman 7. Mengelak masalah sembelit
8. Membantu melancarkan darah 9. Mencegah anemia
10. Mengatasi masalah gusi 11. Nutrisi yang baik untuk pembesaran
12. Mengekalkan stamina 13. Mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium.
14. Mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda 15. Bagi wanita yang hamil pula, pengambilan Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung (Leonardo et al., 2014).