Ibu bapa mana yang tidak inginkan kesempurnaan untuk anak-anak mereka. IMPIANA tertarik dengan gaya dan pemilihan tona yang dikenakan dalam kamar si manja ini, ia kelihatan lebih tenang dan mendamaikan. Suasana di dalam kamar ini tidak terlalu berat dengan watak-watak kartun yang menjadi kegilaan anak-anak kecil. Hanya bermain dengan cat berwarna pastel membuatka bilik tidur ini sudah kelihatan sempurna.
Walaupun si manja ini baru sahaja berusia 15 bulan ibu bapanya sudah mendekorasi biliknya dengan penuhi menjiwa. Jom kita ambil inspirasi pasangan ini.
Ads
Ayden’s Area
Playroom + bedroom
Ayden baru 15 bulan tp mama papa excited nk deco bilik die
Wall art inspired by Pinterest.
Code cat;
Base; Jotun Majestic Washed Linen Matt 10679
Awan & Geometry; Jotun Majestic True Beauty Matt Orkla 5125 Jotun Majestic True Beauty Matt Eternal Blue 4108
Masalah dapur sempit, banyak barang tak boleh simpan! Ini adalah salah sati petanda yang anda tidak mencukupi tempat simpanan atau storage. Kalau kita lihat sesebuah dapur yang lengkap dan sempurna, tiada barang yang diletakkan di atas lantai bukan. Pasti ada rak dan kabinet yang lengkap untuk menyimpan perkakas dapur.
Rak besi empat tingkat tahan kearat ini menjadi buruan ramai peminatnya untuk dijadikan kelengkapan pada ruang dapur. Ia amat sesuai utuk sudut dapur yang agak terhad. Mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.
Saiz produk: Lebar 60cm, Kedalaman 35cm Tinggi 148cm
Mampu menampung berat sehingga 10kg untuk setiap tingkat,
Jika ke Subang Jaya sudah pasti semua tahu kawasan perumahan di sini semuanya sudah menjadi sebuah kawasan yang matang dari segi penduduk mahupun komersial. IMPIANA tertarik dengan sentuhan magis J-House by Design Collective Architects ini. Jika anda perhatikan dengan teliti rekaan yang diberikan untuk rumah teres lama ini di luar kotak fikiran.
Karya seni yang mengabungkan sifat dalam ciri moden dan alam ini membuatkan rumah ini benar-benar mendapat nafas baru berbanding dengan rumah disekitarnya. Pemilihan warna putih membuatkan rumah ini nampak menyerlah dan menonjol dalam seni bina dan sentuhan nafas baru kali ini. Walaupun fasad asal rumah ini langsung tidak di sentuh tetapi ia cukup memberi impak dalam pengubahsuaian kali ini.
Di dalam rumah ini, salah satu perkara yang akan menarik perhatian anda adalah vertical garen persendirian; yang menjanjikan untuk membawa beberapa tanaman hijau segar yang sangat diperlukan dalam rumah. Terdapat juga sebidang rumput di kawasan luar yang hanya dapat diakses dari dalam rumah; jadi anda boleh mengadakan pesta di laman persendirian sebanyak yang anda mahukan dalam privasi rumah anda.
Tema putih sudah menjadi pilihan utama dalam kediaman ini. Manakala hiasan rumah yang lain juga di pilih dalam tema putih yang diselangi warna gelap seperti meja makan slab kayu yang menjadi dambaan ramai. Unsur organik juga dititik beratkan dalam perincian rumah ini. Jika diperhatikan dalam ruang tamu yang mengenakan set sofa kelabu ini memberi elemen kontras di situ. Bijak dan cantik bukan.
Penggunaan konsep ruang terbuka dengan mengenakan tingkap secara bukaan luas yang membolehkan cahaya semula jadi menembusi kediaman dan memberi rasa segar dan lapang serta luas untuk saiz pembukaan rumah ini. Rumah lama kan … bukaan sudah pasti tidak terlalu besar. Pereka juga bijak memastikan bahawa sentuhan yang diberikan membuatkan rumah kelihatan lebih luas dengan siling tinggi; ia memberikan penampilan seperti loteng yang agak unik dalam rekaan dalam rumah ini. Sekiranya anda melihat ke atas, anda dapat melihat bahawa terdapat jubin atap akrilik yang memberi anda pemandangan langit luar yang agak menawan juga.
Jangan risau jika anda berada di tingkat atas dan ingin menikmati vertical garden juga mempunyai ruang kosong yang membolehkan penghuni bersantai dan melihat taman dan ruang tamu di bawah. Ruang teres luar untuk gaya santai harian ini dapat digunakan untuk aktiviti bersosial dan pereka juga memastikan ruang rumah ini tidak menerima panas yang berlebihan.
Kredit Gambar : J-House by Design Collective Architects
Kediaman kompak pastinya sudah menjadi kegilaan rakyat di luar negara. Banyak kelebihan sebalik rumah yang kecik dan comel ini jika anda ingin tahu. IMPIANA tertarik dengan kediaman yang dikongsikan di dalam media sosial Siapa Apit ini. Pasangan suami isteri ini berkongsi idea tentang rumah comel mereka yang bersaiz 900 kaki persegi.
“Idea dan design oleh saya dan isteri sendiri dan kami juga banyak buat reference Tiny House kat internet juga. Kos lebih kurang RM120k++ termasuk (exterior + interior + furniture + tanah). Untuk ruang tamu, bilik dan ruang kerja kami gunakan kontena. Untuk dapur dan bilik air kami gunakan konkrit + bata merah. Ruang dalam dinding kontena masih mengekalkan karakter kontena yang berlekuk-lekuk. Tapi kalau korang ada bajet lebih boleh la cover dinding tu. Untuk reduce heat kami just guna ventilation fan (murah) dan aircond (on bila perlu sahaja).
Kami menetap sudah lebih kurang 3 tahun. So far tiada lagi isu besar terlalu panas. Macam kita stay rumah biasa je. Jarang kami on air cond. Banyak guna kipas dan buka tingkap je. Kemungkinan isu utama adalah heat + humidity. Tapi kalau korang ada bajet lebih boleh upgrade ventilation method tu contoh letak insulator dan sebagainya. Selain tu saya dan isteri banyak tanam pokok tak nak nampak rumah keras selain nak rasa lebih nyaman. Dalam rumah juga letak pokok-pokok. Bahagian belakang rumah ada “hutan kecil” yang wife buat untuk tanam pokok-pokok.
Rumah ni ada 3 ruang santai lepak-lepak. Dua dekat atas satu dekat bawah. Ruang kerja dekat bahagian atas memandangkan isteri kerja sendiri, maka atas tu kira macam office dia la. Untuk pagar just guna wire mesh untuk bahagian depan. Bahagian belakang saya guna metal deck roof jadikan pagar. Macam kat construction site tu. Idea ni dapat waktu stay kat Aussie. Kebanyakan pagar rumah kat bahagian belakang ditutup dengan metal deck.
Untuk grill sliding door bawah, saya reuse pagar gunting yang dah rosak dapat kat kedai secondhand. Owner just bagi free sebab dah berkarat dan memang tak function dah. Just improvise guna sikit kreativiti. Alhamdulillah, so far rumah dah 90% siap. Tinggal ada beberapa bahagian je lagi nak upgrade. Kumpul duit sikit-sikit. Baru buat. Jadi prosesnya lambat, sebab tak buat loan rumah. Just guna duit simpanan yang kumpul bertahun-tahun. Semoga dapat memberi sedikit info tentang rumah kontena ni.
Untuk pengetahuan semua, rumah ni diberi nama “Kotak Teduh”. Berkonsepkan model minimalis. ” Less is more.”
Jalan cerita sebalik rumah yang diberi nama ‘Kotak Teduh’ ini cukup memberi inspirasi untuk anda di luar sana yang baru ingin memula kan hidup. Inilah yang dikatakan semua orang boleh memiliki rumah idaman.
“Ukur baju dibadan sendiri”. Pasangan ini cukup memberi insipirasi kepada semua pasangan muda di luar sana dalam bagaimana cara bijak untuk berbelanja dan mmemiliki hartanah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!