Besar Macam Rumah! Bilik Neelofa Curi Tumpuan Ramai

Share

Kamar atau bilik tidur merupakan ruang peribadi yang memerlukan tahap privasi maksima, juga bertindak sebagai sebuah santuari buat pemilik berehat dan menghabiskan masa lapangnya.

Jadi apabila seorang artis berkongsi keadaan kamar peribadi beliau, pastinya ramai yang teruja. Siapa tidak kenal pada Noor Neelofa atau lebih mesra digelar Neelofa atau Lofa ini. Nama yang tidak asing lagi dalam bidang lakonan, pengacaraan dan juga business

ini cukup terkenal dan berjaya bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia! Ramai yang menjadikan beliau idola dan memasang cita-cita untuk berjaya sepertinya suatu hari nanti.

Baru-baru ini, kakaknya, Noor Nabila telah berkongsi sebuah video dilaman YouTube yang menampilkan segmen room tour bilik Neelofa yang telah ditatarias oleh pereka tersohor negara, Dato’ Rizalman. Selain itu, menurut Noor Nabila, ruang tersebut juga mendapat sentuhan istimewa dari ibu mereka iaitu Datin Noor Kartini serta Neelofa sendiri.

Rata-rata penonton meluahkan rasa kagum ketika melihat sendiri keindahan bilik Neelofa.

SUMBER : INSTAGRAM NOOR NABILA, YOUTUBE ROSIX & BELLA

IKLAN