Berita

Bernilai 8.5 Juta USD, Jom Lihat Kediaman Selebriti Antarabangsa Hailey Bieber

Share

Bagi anda peminat setia dunia hiburan antarabangsa, sudah pasti mengenali dengan selebriti popular Hailey Bieber yang merupakan isteri kepada penyanyi terkenal Justin Bieber. 

Setelah mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2018, suami kepada Hailey Bieber telah membeli sebuah kediaman yang terletak Baverly Hills, California di Amerika Syarikat buat isterinya. 

Memetik laporan oleh Celebrity Reporter menerusi laman media sosial Facebook, kediaman milik selebriti berkenaan dikhabarkan mencecah nilai 8.5 juta USD. Jadi, bagaimana kelihatan kediaman Hailey? Jom kita lihat bersama. 

Untuk maklumat anda, Hailey mempunyai sebuah kediaman dengan keluasan 11,500kaki persegi dan telah menampilkan konsep dekorasi yang mewah dan elegan. 

Bagi dekorasi hiasan dalaman rumah, Hailey telah memilih rona putih, hitam dan corak kayuan sebagai pilihan. 

Apa yang menariknya mengenai kediaman selebriti ini, ia mempunyai sebanyak 7 buah bilik tidur, 10 bilik air, perpustakaan mini, teater, dapur dan macam-macam lagi. 

Sumber: Facebook Celebrity Reposter

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Baca artikel berikutnya: Bertemakan Konsep Moden Tropikal Bali, Langsir Rumah Ain Edruce Mencecah Nilai RM20,000!

IKLAN