Bermodalkan RM14.40 Je Dah Boleh Dapat Rak Rempah Ratus Cantik Macam Ni

Share

Kini, ramai yang tergila-gilakan rak rempah ratus yang boleh dijadikan tempat menyimpan serbuk kunyit, garam, lada dan sebagainya. Jika ada rak ini pastinya ruang dapur kelihatan lebih sempurna dan bergaya.

Melihat perkongsian Siti Munawarah

yang membeli papan kayu di Eco Shop yang bernilai RM2.40 sekeping. Katanya terdapat dua jenis papan, iaitu satu lubang dan juga dua lubang. Buatan yang kukuh membuatkan Siti Munawarah terpengarung dengan papan ini. Hasilnya cukup lumayang sebuah rak rempah ratus dihasilkan dengan hanya cantuman setiap papan tersebut.

Bagi menghasilkan rak rempah ratus yang bersaiz kompak ini ia hanya memerlukan enam keping papan sahaja. Dengan hanya berbelanja RM14.40 rak yang cantik dan kukuh ni dah boleh jadi pelengkap ruang dapur anda.

Rak dah siap dan cantik boleh beli kat Eco Shop yang berhampiran. Balang atau bekas rempah nak beli dekat mana pula ye? Ok, Jom Impiana kongsikan link untuk pembelian bekas rempah ratus yang macam ni.

Siapa nak boleh klik link ini untuk pembelian : Bekas Rempah 

IKLAN