Berita

Berkonsepkan Kombinasi Alam Semula Jadi & Moden Elegan, Nikmati Santapan Mewah Dengan Harga Berpatutan Di Kay’s Steak & Lobster

Share

Pernah atau pun tidak anda melihat dekorasi ruang makan yang mempunyai kombinasi yang berbeza dalam satu konsep hiasan dalaman rumah mahupun restoran? 

Tidak dinafikan, sememangnya jarang-jarang dapat kita lihat sebuah kediaman atau restoran yang mahu menampilkan konsep dekorasi sedemikian, betul tak? Tetapi tidak bagi restoran Kay’s Steak & Lobster. 

Restoran Kay’s Steak & Lobster cawangan di IOI, Conezion, Putrajaya ini telah mengetengahkan kombinasi dua konsep dekorasi hiasan dalaman yang berbeza di premis restoran. 

Bagi mahu mewujudkan suasana yang mewah serta selesa kepada para pengunjung, Kay’s Steak & Lobster telah menampilkan konsep alam semula jadi dan moden elegan. 

Ketika kunjungan IMPIANA ke restoran Kay’s Steak & Lobster, terdapat elemen tumbuhan hijau yang seolah-olah seperti Island yang berada di tengah-tengah restoran bagi mewujudkan suasana alam semula jadi di ruang makan dalam restoran.

Di samping itu, Kay’s Steak & Lobster turut mengenakan pemilihan perabot meja dan kerusi makan yang ringkas bersama elemen kayu rotan bagi menampakkan dekorasi hiasan dalaman yang lebih estetik. 

Selain terkenal dengan menyediakan sajian makanan stik dan udang karang, Kay’s Steak & Lobster turut menyajikan menu istimewa dan popular dari luar negara iaitu sajian Beef Wellington. 

Untuk maklumat anda, selain Putrajaya, Kay’s Steak & Lobster ini mempunyai dua lagi cawangan restoran yang terletak di Putra Heights dan Ampang. 

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Baca artikel berikutnya: Courtyard by Marriot Hotel, Menyediakan Tempat Penginapan Berkonsepkan Moden Kontemporari Yang Begitu Elegan!

 

 

 

IKLAN